Afizah Emir retweeted
BN dahului Istana?
Kenyataan Istana Negeri Sembilan jelas. Peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas diperkenankan Tuanku.
Surat peletakan jawatan memang telah dihantar ke Istana, tetapi ketulenannya masih belum disahkan.
๐ค Made with AI
BN dahului Istana?
Kenyataan Istana Negeri Sembilan jelas. Peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas diperkenankan Tuanku.
Surat peletakan jawatan memang telah dihantar ke Istana, tetapi ketulenannya masih belum disahkan.
๐ค Made with AI
Afizah Emir retweeted
Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Shahrul Aliff Yaacob, anggota polis yang terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah van polis di Sungkai, Perak hari ini.
Saya telah mengarahkan Setiausaha Politik saya, Kamil Munim, untuk menyampaikan sumbangan serta menghulurkan bantuan segera kepada waris Allahyarham dan anggota yang terlibat.
Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini, manakala anggota polis yang cedera diberikan kesembuhan segera.
Al-Fatihah.
Afizah Emir retweeted
145 UNDI, MALAYSIA KEKAL DI PENTAS GLOBAL!
Malaysia berjaya mempertahankan kerusi Majlis ITU bagi penggal 2027โ2030, sekali gus memperkukuh suara negara dalam pembangunan telekomunikasi dan teknologi 6G.
#keselamatansiber
Kredit: BeritaRTM
Afizah Emir retweeted
Bajet Defisit, Janji Bertambah
Bajet Kedah 2027 mencatatkan defisit RM90 juta, tetapi senarai projek baharu terus bertambah. Persoalannya, bagaimana projek baharu mahu dilaksanakan jika projek lama pun masih terbengkalai?
Jangan sekadar pandai menabur janji. Rakyat mahu hasil!
Afizah Emir retweeted
Hadir bersama-sama delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat dua hala bersama Presiden Emmanuel Macron dan delegasinya, dan seterusnya ke sesi sidang media bersama oleh kedua-dua pemimpin negara.
Peningkatan hubungan MalaysiaโPerancis ke taraf Perkongsian Strategik menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik membuka ruang untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, teknologi tinggi, peralihan tenaga serta pembangunan bakat.
Komitmen perkhidmatan awam sudah pastinya merealisasikan persetujuan yang dicapai kedua-dua negara kepada tindakan. Ini menuntut penyelarasan rentas kementerian dan agensi untuk memudah cara pelaburan berkualiti serta menggerakkan kerjasama teknologi dan latihan yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.
๐ฒ๐พ๐ค๐ซ๐ท
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Foto: BERNAMA dan Jabatan Penerangan Malaysia
Afizah Emir retweeted
Malaysia bakal mempunyai satu lagi tulang belakang digital yang lebih kukuh. Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2.7 bilion akan menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui jajaran kira-kira 5,500km dan 10 stesen pendaratan.
Projek yang dilaksanakan TM ini menggunakan teknologi Alcatel Submarine Networks (ASN) dari Perancis, antara pemain utama dunia dalam teknologi kabel dasar laut. SALAM akan menyediakan laluan alternatif sekiranya kabel sedia ada terganggu, di samping menyokong 5G, perkhidmatan awan, AI dan pusat data.
Yang paling penting, kita bukan sekadar tambah kapasiti. Kita sedang bina rangkaian digital negara yang lebih berdaya tahan, selamat dan bersedia untuk masa depan termasuk untuk Sabah dan Sarawak.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Afizah Emir retweeted
Alhamdulillah, satu lagi kejayaan membanggakan Malaysia di pentas dunia.
Malaysia berjaya mengekalkan kerusi sebagai Ahli Majlis ITU bagi penggal 2027โ2030.
Ini bermakna suara Malaysia terus diberi tempat dalam menentukan hala tuju teknologi dan telekomunikasi dunia.
๐ค Made with AI
Alhamdulillah, satu lagi kejayaan membanggakan Malaysia di pentas dunia.
Malaysia berjaya mengekalkan kerusi sebagai Ahli Majlis ITU bagi penggal 2027โ2030.
Ini bermakna suara Malaysia terus diberi tempat dalam menentukan hala tuju teknologi dan telekomunikasi dunia.
๐ค Made with AI
Afizah Emir retweeted
Pagi ini menerima kunjungan Tamu Kenegaraan, Presiden Perancis, @EmmanuelMacron di Bangunan Sultan Abdul Samad sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama Presiden Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan. Sambutan ini cukup bermakna tatkala ia berlangsung di mercu bersejarah berusia lebih 100 tahun, yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kemerdekaan negara.
Usai istiadat pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan, saya dan Presiden Macron mengadakan pertemuan empat mata selama hampir satu jam. Kami bicarakan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Perancis, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serta isu lain yang menyentuh kepentingan bersama.
๐ฒ๐พ๐ค๐ซ๐ท
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Afizah Emir retweeted
Tak habis-habis lagi cerita Negeri Sembilan ni.
Belum sempat DUN bersidang, MB pula umum letak jawatan.
Negeri Sembilan bukan sahaja mencatat episod Exco dengan tempoh perkhidmatan yang singkat, malah Ismail Lasim hanya memegang jawatan MB selama 106 hari.
๐ค Made with AI
Tak habis-habis lagi cerita Negeri Sembilan ni.
Belum sempat DUN bersidang, MB pula umum letak jawatan.
Negeri Sembilan bukan sahaja mencatat episod Exco dengan tempoh perkhidmatan yang singkat, malah Ismail Lasim hanya memegang jawatan MB selama 106 hari.
๐ค Made with AI
Afizah Emir retweeted
N9 memang tak pernah gagal mencipta sejarah! ๐คฃ
Dulu EXCO paling singkat, sekarang MB pula mencatat rekod paling singkat.
Afizah Emir retweeted
Lima tahun Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Australia menjadi landasan penting untuk membawa hubungan ini ke tahap lebih tinggi, dengan kerjasama yang lebih konkrit, seimbang dan berpaksikan kepentingan bersama.
Malaysia melihat ruang yang luas untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, keselamatan tenaga, peralihan iklim serta transformasi digital. Usaha membangunkan rantaian bekalan dan nilai serantau yang lebih berdaya tahan, khususnya dalam sektor mineral kritikal, juga perlu diberi keutamaan melalui pemindahan teknologi, pelaburan dan pembangunan kepakaran agar manfaat kemakmuran dapat dikongsi secara lebih saksama.
Dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa, ASEAN dan Australia perlu terus memperkukuh multilateralisme, menghormati undang-undang antarabangsa serta meningkatkan kerjasama dalam menangani ancaman keselamatan siber dan risiko kecerdasan buatan (AI).
Ini saya tekankan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN-Australia dan Malaysia turut menyuarakan kebimbangan terhadap konflik di Asia Barat yang semakin meruncing, termasuk serangan ke atas Arab Saudi, serta menggesa agar usaha diplomatik dipergiat bagi meredakan ketegangan dan menangani punca sebenar konflik.
๐ฒ๐พ ๐ฆ๐บ
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Afizah Emir retweeted
Atok semalaysia.
PMX bukan sahaja mendunia malah merakyat
Duit yang masuk dalam ic setiap bulan bukti PMX tahu keperluan sebenar rakyat.
Kekalkan PMX penggal akan datang gais.๐ช
๐ค Made with AI
Atok semalaysia.
PMX bukan sahaja mendunia malah merakyat
Duit yang masuk dalam ic setiap bulan bukti PMX tahu keperluan sebenar rakyat.
Kekalkan PMX penggal akan datang gais.๐ช
๐ค Made with AI
Afizah Emir retweeted
HASIL NAIK, DEFISIT MASIH ADA!
Hasil Kedah RM850 juta, tetapi perbelanjaan mencecah RM940 juta. Defisit RM90 juta masih membayangi Belanjawan 2027.
Persoalannya, apakah strategi kerajaan negeri untuk memperkukuh kewangan Kedah?
Rakyat mahu bukti, bukan sekadar angka!
Afizah Emir retweeted
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฌ๐ช๐น๐ณ?
Ya, pada pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah MRL sambil tren bergerak menuju Bentong. Sebelum mesyuarat bermula, saya sempat meninjau apa yang ada di dalam tren pemeriksaan ECRL (CIT), daripada bilik kawalan dan bilik persidangan hingga ke ruang makan, kabin kelas perniagaan dan bilik multimedia. Usai mesyuarat, kembali ke ECRL Terminal Bersepadu Gombak mengiringi YB Menteri Kewangan II ke Majlis Inisiatif Sukuk Bertoken dengan kerjasama CIMB di bawah Program Sukuk Kelima MRL.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Afizah Emir retweeted
Dalam Sidang Kemuncak ASEANโPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-16 di Manila, saya menggariskan keperluan menterjemahkan Pelan Tindakan ASEAN-PBB 2026โ2030 kepada hasil yang nyata, khususnya dalam peralihan hijau dan digital, daya tahan iklim serta pembangunan mampan.
Saya turut menggesa agar pembaharuan PBB dilaksanakan dengan lebih berani, termasuk pemansuhan kuasa veto yang sekian lama membelenggu Majlis Keselamatan PBB daripada bertindak secara adil dan berkesan. ASEAN juga mesti terus mempertahankan prinsip Kepusatan ASEAN serta keluhuran undang-undang antarabangsa dalam mendepani persaingan geopolitik yang semakin mencabar.
Mengenai Palestin, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kekejaman berterusan, pemindahan paksa dan kebuluran yang menimpa rakyat Palestin. Kita menuntut gencatan senjata segera dan berkekalan, penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, perlindungan terhadap petugas kemanusiaan serta keanggotaan penuh Palestin dalam PBB.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI



























