Astro Audio News (@AstroAudioNews) header
Astro Audio News (@AstroAudioNews) profile picture

We're the voices behind the news updates for Astro Audio Channels 馃幎馃帳 Co Reg No : 199601031120 (403472-D)

Malaysia
Joined August 2015
Kuching City FC menempah slot ke final Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua, sekali gus mara dengan agregat 3-2. #AstroAudioNews #PialaFA
1
68
Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 sebelum jaringan sendiri Mukhairi Ajmal pada penghujung masa tambahan mengesahkan kemenangan The Cats. Kuching City bakal berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final.
43
#Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas sepakan penalti Enzo Le F茅e pada minit ke-36 memastikan kemenangan buat pasukan tuan rumah. #AstroAudioNews #EPL
1
54
Keputusan itu menyaksikan The Blues jatuh ke tangga kelima liga selepas dipintas Liverpool, yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace. Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ini keempat buat Chelsea dalam saingan EPL musim ini.
21
Penganut Hindu mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor bagi menunaikan upacara keagamaan sempena sambutan Deepavali. Kemeriahan Pesta Cahaya itu turut menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing yang mengambil peluang meluangkan masa bersama keluarga.
33
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2026 anjuran MIC dan MIED yang berlangsung di Mansion Oncidium Hall, Kota Kemuning, Shah Alam hari ini. Kredit: Bernama #AstroAudioNews #Deepavali
62
Pelakon Cico Harahap atau nama penuhnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 48, disahkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Ampang minggu lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang.
1
1
138
Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, ketika dihubungi berkata Allahyarham sebelum itu mengadu sesak nafas kepada ibunya, penyanyi veteran Uji Rashid, sebelum dimasukkan ke Hospital Ampang pada Ahad lalu.
26
Kerajaan menegaskan tiada arahan dikeluarkan kepada orang ramai untuk simpan bekalan makanan selama 72 jam. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata stok beras negara ketika ini dijamin mencukupi untuk tempoh enam bulan dan akan terus ditambah. #AstroAudioNews
69
Menteri Komunikasi beri jaminan sistem perbankan dalam talian dan transaksi kewangan negara kekal selamat. Katanya, setakat ini, percubaan penggodaman yang dikesan tidak melibatkan kecurian data atau menjejaskan operasi sistem perbankan dalam talian negara. #AstroAudioNews
54
Man United berdepan misi wajib menang apabila berdepan Aston Villa di laman sendiri, awal pagi nanti. Ini susulan kemenangan 3-1 Nottingham Forest ke atas Man City malam tadi menyaksikan United tergelincir ke tangga ke-18, sekali gus menghuni kelompok tiga pasukan tercorot.
2
78
Untuk rekod, kali terakhir United memasuki ke dalam zon penyingkiran pada peringkat ini dalam saingan itu adalah pada November 1986. Ikuti aksi antara United dan Villa secara langsung bermula 12:30 pagi nanti di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka!
12
Manchester City terus bergelut apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 1-3 kepada Nottingham Forest. Keputusan itu menyaksikan City kini ketinggalan 6 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal yang mengumpul 27 mata selepas 10 perlawanan.
1
63
Sebelum ini, City turut tewas kepada Aston Villa dan Brighton & Hove Albion selepas memulakan kempen dengan 7 kemenangan berturut-turut.
19
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan pihaknya tidak pernah mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya mahu memastikan pelaksanaannya selaras dengan undang-undang. Kredit: Astro AWANI #AstroAudioNews
1
86
Sehubungan itu, AGC berpandangan persoalan berhubung status hukuman penjara Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International perlu dirujuk segera kepada mahkamah bagi mendapatkan penentuan dan arahan yang jelas.
41
Perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sambutan Deepavali esok menyebabkan trafik di beberapa lokasi lebuh raya utama meningkat dan perlahan setakat 10 pagi ini. #AstroAudioNews
1
77
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, antara laluan yang sesak ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dengan trafik menghala ke Pantai Timur sesak dari Plaza Tol Gombak hingga ke Lentang.
39
馃獢饾悐饾悇饾悓饾悁饾悞 饾悐饾悎饾悕饾悎 : 饾棩饾棓饾棤饾棓饾棢饾棓饾棥 饾棖饾棬饾棓饾棖饾棓 饾棡饾棝饾棓饾棪 饾棪饾棙饾棤饾棧饾棙饾棥饾棓 饾棪饾棓饾棤饾棔饾棬饾棫饾棓饾棥 饾棝饾棓饾棩饾棞 饾棗饾棙饾棙饾棧饾棓饾棭饾棓饾棢饾棞 饾煯饾煬饾煯饾煵 | 饾煷 饾棥饾棦饾棭饾棙饾棤饾棔饾棙饾棩 饾煯饾煬饾煯饾煵 #metmalaysia #NRES #malaysiaMADANI #RancakkanMADANI #selamatharideepavali
5
3
5,107
Jabatan Peguam Negara, AGC tangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. #AstroAudioNews
1
121
Ia selepas timbul persoalan perundangan berhubung interpretasi frasa menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta dan kesannya terhadap bak谋 nukuman penjara bagi kes SRC International.
14