Pinned Tweet
Website kami sudah kembali seperti biasa. Layari laman buzzkini.my untuk berita trending, isu semasa, gaya hidup, tips, info dan banyak lagi.
2
2
3,337
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mendakwa pemimpin utama DAP tidak menerima gelaran kebesaran seperti Datuk kerana berkait dengan pendirian parti berkenaan.
Menurut beliau, pemimpin parti berkenaan tidak cenderung untuk menerima gelaran berkenaan disebabkan tidak mahu mengiktiraf kedudukan serta institusi Raja-Raja Melayu.
Terbaharu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga Naib Presiden Amanah, Adly Zahari menyelar dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah fitnah.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
65
Isyarat tangan semasa dalam keadaan kecemasan atau mahu meminta pertolongan dalam keadaan tersembunyi kebiasaannya melibatkan mangsa yang terlibat dalam kes penderaan.
Semua pihak perlu cakna dengan isyarat ini kerana anda boleh segera membantu mereka jika ternampak isyarat ini dilakukan sama ada secara atas talian atau bersemuka.
#berita #beritaterkini #Malaysia
34
“Rumah itu pun diwartakan sebagai penjara. Memang konsep penjara, anak bini tidak ada dalam tu.
“Anak bini dia bukan tinggal sekali. Datin Seri Rosmah Mansor duduk Pavilion.” - Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
41
Umum mengetahui infrastruktur jalan merupakan perkara yang sangat penting buat pengguna jalan raya. Yelah, jalan yang tidak diselenggara dengan baik adalah berbahaya.
Ini kerana ia boleh menyebabkan kemalangan dan lebih buruk lagi sekiranya insiden itu merisikokan nyawa selain berlaku kecederaan tak diingini.
Terbaharu seorang pengguna di Threads telah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas sebuah jalan raya yang berlubang di Kuala Lumpur.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
24
"Atas semangat terbabit, saya mengharapkan NGO tampil menggerakkan usaha memperjuangkan satu mekanisme perundangan yang membolehkan banduan menjalani separuh daripada tempoh hukuman mereka di penjara dan separuh lagi tahanan di rumah.
"Ini untuk semua banduan berasaskan peraturan yang adil, telus dan terpakai secara saksama.
"Sebagai tanda komitmen terhadap perjuangan ini, saya akan menyerahkan sepenuhnya gaji saya berjumlah RM11,900 sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO berkenaan yang akan menggerakkan perjuangan terbabit." - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/11/…
26
LOD atau Letter of Demand atau surat tuntutan merupakan salah satu surat yang dihantar kepada seseorang individu sebagai pemberitahuan atau amaran atas sesuatu tindakan yang dilakukan.
Namun seseorang yang menerima surat LOD ini tidak boleh memandang enteng kerana ia merupakan perkara serius sebelum tindakan selanjutnya iaitu ke mahkamah.
Baru-baru ini seorang peguamcara, Arif Azmi telah menjelaskan perkara yang boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak mengambil sebarang tindakan atau 'ignore' apabila menerima surat LOD.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
19
"Agama nombor satu, benda lain tak boleh lebih dari agama atas nama sukan, hiburan, seni tak boleh langgar batas agama.
"Kita (umat Islam) tidak boleh sesekali kompromi dalam perkara dosa. Jangan kamu tolong dalam hal dosa. Dosa paling besar, syirik kepada Allah." - Ustaz Azhar Idrus
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Akmal
⬆️: Naili
buzzkini.my/agama/2026/11/11…
21
“Aku satu je, pantang orang provoke aku. Kau nak gaduh, jom gaduh. Kau jangan nak provoke aku, bila aku datang, kau tak berani bangun pun.
“Last-last aku dapat tahu aunty bus ni memang pailang (bermasalah). Ha silap hari la kau nak cari pasal dengan aku.” – Zarina Anjoulie
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Fatin
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
2
166
"Sepatutnya, kalau mereka berasa sudah tidak boleh bekerjasama ataupun tidak lagi menghormati Perdana Menteri, mereka boleh membuat tindakan mereka dari segi sokongan ataupun menarik balik sokongan… tetapi tidak payah menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen." - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
19
Apabila ada masa yang lapang pasti ada di antara kita yang merancang untuk berjumpa dengan rakan-rakan atau pendek kata 'melepak'.
Kebiasaannya apabila berjumpa anda pasti akan menceritakan mengenai perkembangan diri sendiri, isu semasa atau ada juga berjumpa atas tujuan perniagaan.
Namun berbeza dengan sekumpulan pemuda ini, apabila mereka mengamalkan budaya melepak sambil membaca al-Quran beramai-ramai.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
31
"Dalam politik, manifesto bukan sekadar himpunan janji atau slogan yang mampu menarik perhatian rakyat. Ia perlu disokong dengan perancangan yang jelas, kemampuan kewangan, tempoh pelaksanaan serta mekanisme untuk memastikan setiap janji dapat direalisasikan.
"Justeru, manifesto Parti Kancil (Bersama) perlu dinilai berdasarkan kemampuan menawarkan penyelesaian yang konkrit, bukannya sekadar menjual semula idea reformasi dalam pembungkusan politik yang berbeza,"- Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd Udin.
✍🏻: Fatin
🎨: Akmal
🔎: Faez
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/11/…
21
"Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh makmal bebas yang bertauliah, keputusan ujian mengesahkan bahawa produk-produk berkenaan mematuhi spesifikasi keselamatan makanan yang ditetapkan serta keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan berkaitan," kata pihak Gardenia.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa orang pengguna yang mengadu sakit perut dan muntah-muntah selepas makan roti Gardenia.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Akmal
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/11/…
29
Satu lagi pencapaian membanggakan untuk jenama tempatan. 🇲🇾🍫
APOLLO kini memasuki fasa baharu dengan pelancaran APOLLO 2.0! Ada kilang yang lebih moden, barisan pengeluaran kek yang baharu dan Innovation Lab tersendiri.
Lebih menarik lagi, APOLLO telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Most Layer Cakes Produced In A Year atas penghasilan 587,736,544 kek lapis pada tahun 2026.
@APOLLO_MALAYSIA @ACCESSCOMS
#APOLLO #ANewEraofYumminess #TheMalaysiaBookofRecords
68
Pernah tengok phone secantik warna Starwish Purple vivo V80 yang baru ni?
Korang mesti terpegun dengan ZEISS 100mm Center-Stage Portrait, Kitorang dah test phone ni seminggu, bateri silicon-carbon 7,200 mAh dengan 90W FlashCharge memang setel semua kerja, siap buat editing video ni lagi!
#vivoV80 #ZEISSPortraitSoPro #vivoMalaysia #StarwishPurple
1
99
Kota Laksamana disasarkan menjadi ibu negeri Melaka menerusi cadangan pembangunan koridor ekonomi baharu sekiranya calon Barisan Nasional (BN) dari MCA, Melvin Chua berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Menurut Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh cadangan itu merupakan antara perancangan kerajaan negeri untuk mengubah landskap pembangunan dan ekonomi kawasan berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Antara cadangan pembangunan di Kota Laksamana adalah sektor perumahan, pelancongan dan perubatan yang berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai pusat pentadbiran negeri yang baharu.
"Saya mensasarkan, insya-Allah Kota Laksamana akan menjadi ibu kota negeri Melaka. Itu yang saya harapkan.
"Kerana siapa boleh beritahu saya di mana sekarang ibu kota Melaka? Tak ada. Tak ada tempat.
"Jadi kalau kita (BN) menang Kota Laksamana, kita hadiahkan pada orang Kota Laksamana sebuah pusat yang akan menjadi ibu negeri Melaka," kata Ketua Menteri Melaka itu.
Sebagai info DUN Kota Laksamana akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Melvin Chua, Low Chee Leong (PH-DAP) yang merupakan penyandang sejak 2018, dan Ethan Lim Zhi Hao (BERSAMA).
98
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta hari ini (10 November) hingga 23 Ogos 2028.
Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan dalam barisan Kabinet berkuatkuasa serta-merta.
"Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini," kata Loke dalam satu kenyataan sebentar tadi.
✍🏻/🎨: Hazwani
🔎: Faez
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/10/…
48
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ketika berpaut di bahagian pintu belakang sebuah kereta jenis Perodua Axia berhampiran Plaza Tol Nilai.
Terbaharu, seorang lelaki warga China ditahan selepas dia disyaki meninggalkan anak lelakinya berusia 12 tahun sebelum mangsa terjatuh ketika cuba mengejar kenderaan yang dipandunya.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.
Jelas Johari, tangkapan tersebut dibuat ekoran laporan polis yang diterima berhubung rakaman video tular kejadian berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari Cheras, Kuala Lumpur menuju ke Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk beriadah kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.
“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, berlaku pertengkaran antara mangsa yang juga anak sulung suspek dengan adiknya sehingga menyebabkan suspek berasa marah,” katanya.
Tambah Johari, suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas melepasi plaza tol berkenaan sebelum mengarahkan mangsa keluar dan memarahinya.
“Suspek kemudian meninggalkan mangsa di tepi jalan sebelum meneruskan pemanduan dengan alasan mahu memberikan pengajaran supaya anaknya tidak mengulangi perbuatan sama.
“Bagaimanapun, suspek mendakwa melihat mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum mengambil keputusan berpatah balik untuk mendapatkannya semula.
“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran Bandar Baru Nilai bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan,” jelasnya.
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨:
⬆️: Naili
74
Niat untuk menjalani kehidupan yang sihat atau menguruskan badan adalah salah satu usaha yang bagus dan perlu dilakukan oleh setiap orang. Namun niat sahaja tidak cukup, perkara ini perlu dilakukan secara berterusan untuk melihat hasilnya.
Tak dinafikan proses menguruskan badan bukanlah perkara yang mudah, malah pelbagai inisiatif turut dilakukan oleh segelintir pihak seperti mengambil ubat atau suntikan yang sememangnya mahal.
Namun anda mungkin tidak tahu yang sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menganjurkan program khas obesiti yang dikenali sebagai MIMO (Multidisciplinary Integrated Management of Obesity).
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/gayahidup/2026/1…
28
Dalam pada itu, seorang pemuda dari Yaman yang dikenali sebagai Muhammad tidak menyangka percutian di Sungai Pertak bersama rakannya bertukar menjadi tragedi.
Jelas penuntut kolej swasta di ibu negara itu, dia bersama rakannya bercadang untuk berkelah di tapak perkhemahan tersebut sempena cuti Deepavali dan sampai di lokasi kira-kira jam 5 petang semalam (9 November).
"Cuaca ketika itu dalam keadaan baik dan tiada sebarang petanda insiden kepala air akan berlaku," katanya.
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/10/…
51



