Dr. Fahmi Ngah retweeted
Bagus YB @FahmiDoc rakam dan buat video macam ni
Barulah rakyat nampak peranan dan fungsi YB untuk memudahkan urusan serta menyelesaikan masalah rakyat.
Kalau tak buat macam ni akhirnya jadi bangau oh bangau dan masalah tak selesai.
Puas hati tengok ending 👍
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Kerajaan Selangor berpandangan pendekatan lebih tegas perlu dipertimbangkan bagi membendung kegiatan penipuan dalam talian atau ‘scam’ susulan peningkatan kes yang dilihat memerlukan tindakan lebih daripada sekadar kempen kesedaran.
EXCO Infrastruktur Digital, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata aspek penguatkuasaan berkaitan jenayah siber berada di bawah bidang kuasa agensi Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri.
#MediaSelangor #KlikSemasa #scam #MohammadFahmiNgah
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, terletaknya Droneport-1000 iaitu kawasan ujian dron terbesar negara. Keluasannya 24 kilometer persegi dengan ruang udara setinggi 1,000 meter dan dron besar sudah diuji terbang sejauh 40 km.
Peruntukan RM500 ribu disediakan untuk menaik taraf kemudahan dan melaksanakan program bersama pihak swasta. Geran padanan juga sedang turut dipertimbangkan untuk menarik lebih banyak penglibatan syarikat lain.
Nilai sebenar Droneport-1000 ialah peluang pekerjaan. Dengan pengumpulan pelbagai syarikat yang hadir, akan terbuka ruang kerja dan latihan untuk juruteknik, jurutera serta anak muda tempatan yang meminati bidang teknologi dron.
Menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) juga, insya-Allah kita mempunyai rancangan meneroka dan memperluaskan lagi penglibatan dalam industri teknologi dron di Selangor.
#KitaSelangor
#RS2
Isu banjir terowong FAS. @pjcitycouncil telah operasikan pam, cctv & boomgate kawalan jauh utk menghalang kenderaan masuk ketika air tinggi. Mohon kenderaan patuh & jgn ambil risiko jika boomgate diturunkan ya.
Kawasan ini memang akan dinaiki air sebab low point, jadi @pjcitycouncil gunakan boomgate utk halang kenderaan masuk ketika air tinggi @adibhazlami
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Kerajaan Negeri memanfaatkan bakat muda dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi membantu menghasilkan penyelesaian terhadap isu dan aduan yang dihadapi pihak berkuasa tempatan (PBT).
EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata program Selangor AI Heckhaton dan Selangor AI Forum 2026 menjadi platform mendapatkan tenaga mahir yang mampu membantu Kerajaan Negeri dalam penyelesaian masalah serta analitik berasaskan AI.
#mediaselangor #kliksemasa #AI #PBT
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Kecerdasan buatan (AI) berpotensi merapatkan jurang analisis data kerajaan sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata teknologi itu mampu membantu menangani kekangan dalam penganalisisan data, termasuk kebergantungan kepada tenaga pakar yang sukar diperoleh dan memerlukan kos tinggi.
#MediaSelangor #KlikSemasa #DrMohammadFahmiNgah #AI
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Selangor menyasarkan kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencapai sekurang-kurangnya penarafan Bandar Pintar Tahap 1 menjelang akhir tahun ini.
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata ketika ini hanya dua PBT belum memperoleh penarafan berkenaan, manakala 10 yang lain sudah mencapai Tahap 1 dan Tahap 2.
#MediaSelangor #KlikSemasa #DrMohammadFahmiNgah #PBTSelangor
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Selepas berdepan panas, hujan dan tekanan mengejar masa penghantaran, penghantar p-hailing di Selangor kini mempunyai ruang rehat khusus menerusi Pusat TEDUH (Tempat Elok untuk Hentian) yang tersedia di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata, kemudahan itu memberi ruang kepada penghantar untuk berhenti seketika sementara menunggu pesanan, selain berlindung daripada cuaca tidak menentu.
#rider #teduh #inisiatif #kerajaannegeri #selangor #kemudahan #pbt #selesa #tvselangor #mediaselangor
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Kerajaan Negeri sedang meneliti model baharu yang membolehkan seorang guru mengendalikan sesi pagi dan petang di sekolah agama bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) @jaisel_official dengan kadar gaji lebih tinggi.
EXCO Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata pendekatan itu membolehkan peruntukan bagi dua tenaga pengajar disalurkan kepada seorang guru yang mengendalikan kedua-dua sesi.
#kafa #gaji #tinggi #kendali #duasesi #guru #tenaga #pengajar #selangor #jais #tvselangor #mediaselangor
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Kerajaan Negeri akan memperluas penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam mulai tahun depan, dengan beberapa program hackathon dilaksanakan bagi mengenal pasti penyedia teknologi yang sesuai.
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata pendekatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menilai keupayaan penyedia teknologi berdasarkan penyelesaian yang ditawarkan, bukan semata-mata faktor kos.
#ai #pembudayaaninovasi #fahmingah #teknologi #pentadbiran #selangor #tvselangor #mediaselangor
Dr. Fahmi Ngah retweeted
EXCO Agama Islam menegaskan prinsip dan dasar 'you do this, you go' ke atas sebarang insiden gangguan seksual yang didakwa berlaku di sekolah agama di negeri ini.
Menurut Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc lagi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat tindakan sewajarnya dalam mengekang insiden itu, selain pengurusan sekolah juga diminta bertindak tegas.
#IsuAmangSeksual #JAIS #MediaSelangor #kliksemasa
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2026 selepas mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan Negeri (ADN) pada Persidangan DNS di Bangunan Dewan Negeri Selangor, semalam (6 Ogos 2026).
EXCO Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata RUU itu bertujuan menambah baik beberapa peruntukan berkaitan tatacara pembuatan fatwa, memperjelas kedudukan fatwa negeri serta menyelaras proses berkenaan dengan keperluan semasa pentadbiran agama Islam.
Jelasnya, pindaan tersebut turut memperjelaskan kedudukan fatwa yang diputuskan di peringkat negeri berhubung keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
#MediaSelangor #KlikSemasa #DNS #DrMohammadFahmiNgah #RUU #MKI
Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Negeri di kalangan melayu, india, cina yang menyokong menjayakan pindaan ini.
Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh kedudukan agama Islam serta sistem kehakiman syariah di negeri ini.
RUU yang dibentangkan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc mendapat sokongan sebulat suara daripada 52 Ahli Dewan Negeri selepas selesai dibahaskan.
#RUU #FahmiNgah #MediaSelangor
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Selangor menjadi antara peneraju bagi industri dron menerusi pembangunan Droneport-1000 sebagai kawasan pengujian dan penilaian dron terbesar di negara ini.
EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata kawasan yang terletak di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Kuala Selangor memiliki keluasan 24 kilometer (km) persegi dengan ruang udara sehingga ketinggian 1,000 meter.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Aviation & Technology Innovations Sdn Bhd (SELATI), Zannifa Azura Ahmad berkata Droneport-1000 akan membolehkan agensi kerajaan, ahli akademik dan pemain industri membangunkan teknologi secara bersama dengan rangka kerja kawal selia yang diperlukan bagi memastikan pelaksanaannya selamat.
#MediaSelangor #KlikSemasa #Droneport1000 #droneMalaysia #UNISEL
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Tiga keluarga asnaf di Kanchong Darat, Banting menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas menerusi Program Ziarah Mawaddah bersama EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc, baru-baru ini.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) @JAISelangor memaklumkan bantuan itu disampaikan bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.
#mediaselangor #kliksemasa #kanchongdarat #JAIS #sumbangan #keperluanasas
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Dari Felda Nitar, saya singgah di Felda Adela bagi mengikuti Program Pengukuhan Jentera bersama Saudara Faizul Abdul Ghani, calon Pakatan Harapan bagi N39 Tanjung Surat.
Dalam ucapan saya, saya menzahirkan hasrat Pakatan Harapan untuk menjana pembangunan yang lebih saksama di seluruh Johor. Dari Segamat hingga Johor Bahru, limpahan rezeki dan pembangunan mesti dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat tanpa mengira daerah.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jentera dari Cabang Bukit Antarabangsa, Petaling Jaya dan Tanjung Karang yang telah hampir dua minggu berkampung di sini demi membantu misi kempen Pakatan Harapan.
Esok adalah hari penentuan. Ayuh buat keputusan yang tepat demi masa depan Johor yang lebih maju, adil dan sejahtera. Ayuh, keluar mengundi dan berikan sokongan kepada Pakatan Harapan!
#JohorDiDepanUndiHarapan
#PakatanHarapan
#PRNJohor2026
Dr. Fahmi Ngah retweeted
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) @maisgovmy merangka pelbagai inisiatif pendigitalan bagi memperkasa penyampaian dakwah serta mendekatkan institusi agama dengan masyarakat menerusi pendekatan lebih interaktif, pantas dan responsif.
EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata, menerusi Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor (HATIS) MAIS 2026-2030, beberapa inisiatif digital utama akan mula dilaksanakan tahun ini bagi memastikan mesej dakwah serta maklumat dapat disampaikan secara lebih berkesan dan mudah diakses masyarakat.
#DrFahmiNgah #MAIS #MediaSelangor














