HAMDAN RUKUN retweeted
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham L/Kpl Muhammad Shahrul Alif bin Yaacob dari IPD Batu Gajah yang dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan van polis yang terbabas di KM 352 Leburaya PLUS arah selatan siang tadi.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, diterima semua amal ibadatnya dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Mudah-mudahan juga seluruh keluarga Allahyarham tabah mengharungi saat-saat getir ini.
Al-Fatihah.
HAMDAN RUKUN retweeted
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Menerima khabar duka akan pemergian Ayahanda kepada Datuk Zaidi, Pegawai Khas saya di Dun Slim yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Ucapan takziah buat Datuk Zaidi & seluruh ahli keluarga di atas kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham Hj Aziz Bin Nordin, menerima segala amal ibadahnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah.
HAMDAN RUKUN retweeted
Walaupun Negeri Perak sedang berada di landasan tepat dalam pertumbuhan ekonomi, namun, masih banyak yang perlu kita lakukan.
Sebab itu wacana ilmiah Perak Economic Outlook 2027 ini penting untuk kita mendengar pandangan serta cadangan bernas daripada pakar-pakar, ahli akademik & pemain industri,
Bagi menilai kekuatan kita & cabaran ekonomi yang akan Perak tempuhi di tahun mendatang serta merangka langkah pembangunan ekonomi yang lebih berkesan.
Dalam tempoh empat tahun pelaksanaan pelan Perak Sejahtera 2030, banyak yang telah kita capai.
KDNK Perak meningkat daripada RM80.5 bilion pada tahun 2022 kepada RM91.5 bilion pada tahun 2025, dengan pertumbuhan ekonomi 5.7 peratus, mengatasi kadar nasional 5.2 peratus.
Sektor pembuatan pula mencatatkan pertumbuhan 15.2 peratus, tertinggi di Malaysia, manakala pelaburan swasta yang diluluskan melonjak daripada RM6.61 bilion kepada RM15.76 bilion dalam tempoh yang sama.
Kedudukan kewangan negeri juga semakin kukuh dengan lebihan belanjawan empat tahun berturut-turut dan kita berada di landasan untuk mencatatkan tahun kelima.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa tumpuan kita selepas ini adalah untuk memastikan setiap pelaburan yang masuk benar-benar diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, pendapatan yang lebih baik dan ruang perniagaan yang lebih luas.
Kita mahu projek-projek strategik seperti AHTV, KIGIP, LuMIC, SVTP dan Perak HIP terus bergerak maju.
Dalam masa yang sama, anak-anak Perak mesti dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan industri supaya mereka tidak terlepas peluang pekerjaan yang bakal tersedia.
Usahawan kecil, petani dan nelayan juga tidak boleh kita tinggalkan dalam arus pembangunan ini.
Bagi saya, inilah makna sebenar kepada “Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina.”
Kita mahu ekonomi Perak terus berkembang, tetapi yang lebih penting, hasil pembangunan itu dapat dirasai oleh lebih ramai rakyat.
Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan terus bekerja untuk memastikan momentum yang telah dibina ini membawa Perak melangkah lebih jauh.
#PerakSejahtera2030
HAMDAN RUKUN retweeted
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak susulan persefahaman politik yang telah lama terjalin antara UMNO, BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN tidak pernah berhasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi di negeri itu dan akan menghormati persefahaman sedia ada dengan gabungan politik di Sarawak.
#AWANInews #PRNSarawak #SarawakMemilih
Berita lanjut di: astroawani.com/berita-politi…
HAMDAN RUKUN retweeted
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐫. 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐮𝐟 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐡
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh atas pelantikan untuk meneruskan amanah sebagai Ketua Menteri Melaka.
Kepercayaan yang diberikan rakyat ini membawa bersama tanggungjawab yang besar untuk meneruskan segala usaha yang telah dibina, di samping memperkukuh kestabilan negeri dan memastikan setiap pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Melaka.
Insya-Allah, saya yakin dengan pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki, kesinambungan kemajuan Melaka dapat diteruskan dan lebih banyak peluang dapat dibuka untuk rakyat di seluruh negeri.
Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB Datuk Seri Utama dalam memikul amanah ini serta terus memimpin Melaka ke arah masa depan yang lebih maju dan sejahtera.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
#MelakaMajuJaya
Alhamdulillah. Menang kalah adalah ujian. Mari kita bersyukur. Tahniah Melaka. Ini masa menunaikan janji.
HAMDAN RUKUN retweeted
Walau sepadat mana pun jadual dengan urusan pentadbiran negeri, saya akan cuba juga cari masa untuk bersama orang-orang di kawasan.
Alhamdulillah, memulakan urusan di hari Jumaat ini di pusat khidmat untuk bertemu dan bersemuka dengan penduduk kawasan.
Bila duduk semeja dengan orang-orang kampung macam ni, macam-macam cerita yang kita dapat dengar.
Dari sini kita sedar setiap orang, setiap keluarga tu ada keadaan dan kesulitan mereka masing-masing.
Kadang-kadang benda tu mungkin kecil pada kita, tapi sebenarnya cukup besar maknanya bagi mereka yang sedang menghadapinya.
Sebab itu, kita tak ambil mudah setiap apa yang diadu.
Selagi ada ruang untuk bantu, kita cuba cari jalan yang terbaik untuk selesaikannya.
#PerakSejahtera2030
HAMDAN RUKUN retweeted
𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐍 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐍
Malam tadi saya meluangkan masa untuk hadir ke Ceramah Grand Finale BN-PN di Kampung Krubong, Melaka bagi DUN N.13 Paya Rumput sempena PRN Melaka atas semangat kerjasama, penyatuan ummah dan kesatuan fikrah antara kedua-dua gabungan politik.
Inilah semangat Muafakat Melaka. Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berganding bahu.. memperkukuh persefahaman serta menyatukan usaha dalam menghadapi PRN Melaka kali ini.
Bagi saya, muafakat yang dibina atas keikhlasan dan kesepakatan merupakan asas utama dalam menjayakan sesuatu perjuangan. Semangat kebersamaan inilah yang perlu terus kita pelihara, dengan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat Melaka sebagai keutamaan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan BN dan PN yang turut bersama malam tadi. Kehadiran dan kebersamaan semua cukup bermakna dalam memperkukuh hubungan serta semangat muafakat antara kedua-dua gabungan ini.
Penghargaan juga kepada seluruh jentera dan masyarakat Paya Rumput atas sambutan yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadi asas kepada kerjasama yang membawa kebaikan kepada rakyat Melaka.
Muafakat Melaka.. Kita geng BIRU! 💙
#MuafakatMelaka
#BarisanNasional
#PerikatanNasional
#GelombangBiru
#KitaGengBiru
HAMDAN RUKUN retweeted
‘Tony Pua Harus Diambil Tindakan’ - Asyraf Wajdi
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin DAP, Tony Pua susulan hantarannya di Facebook berhubung pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Asyraf Wajdi mendakwa hantaran Tony Pua secara terang-terangan mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong selain mempertikaikan kuasa baginda dalam Lembaga Pengampunan.
“Saya meneliti hantaran biadab Tony Pua, pemimpin DAP di Facebook yang secara terang-terangan mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan bersyarat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Selain mempersenda jelas Tony Pua mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi hantaran di media sosial malam tadi.
Menurutnya, kenyataan Tony Pua turut mengundang komen-komen yang didakwanya menghina seorang Raja Berdaulat.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Peguam Negara akan membiarkan perkara berkenaan tanpa tindakan.
“Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas akan memberikan isyarat yang salah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri takut untuk bertindak terhadap DAP,” katanya.
Asyraf Wajdi turut mendakwa tindakan tersebut bukan kali pertama dilakukan Tony Pua dengan merujuk kenyataan terdahulu pemimpin DAP itu yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung penghayatan Rukun Negara.
Tegasnya, perbuatan yang disifatkannya sebagai kebiadaban melampau itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan tegas perlu dikenakan.
“Kegagalan pihak berkuasa bertindak dikhuatiri akan menyebabkan orang-orang Melayu bangkit sehingga boleh mencetuskan keadaan yang tidak dapat dijangkakan,” katanya.
Kenyataan Asyraf Wajdi itu menyusul selepas hantaran Tony Pua berkenaan pengampunan Najib di media sosial hari ini. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
HAMDAN RUKUN retweeted
Badan Peguam Mahu Batal Prosiding Tahanan Rumah Najib, Mahkamah Dengar Permohonan Esok
Oleh Mynewshub | 11 November 2026
KUALA LUMPUR – Badan Peguam Malaysia memfailkan cabaran undang-undang baharu bagi membatalkan prosiding Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang membawa kepada keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), permohonan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa melalui firma guaman Amir & Rajpal Ghai.
Badan Peguam memohon perintah certiorari bagi membatalkan prosiding LPWP bertarikh 18 September 2026, termasuk sebarang keputusan dan aturan yang membolehkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.
Selain itu, badan berkenaan turut memohon pengisytiharan mahkamah bahawa prosiding tersebut serta tindakan susulan jabatan kerajaan bagi melaksanakan keputusan berkenaan adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.
Lebih menarik, Badan Peguam turut mahu Najib dihalang daripada mengemukakan permohonan pengampunan baharu sehingga semua kes jenayah yang masih berjalan terhadapnya selesai, selain beliau mengakui tanggungjawab terhadap sabitan dan menyatakan kekesalan secara terbuka.
Badan Peguam juga memohon supaya pelaksanaan tahanan rumah digantung sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, S Indra Nehru, pada Khamis, 12 November.
Perkembangan terbaharu ini hadir sehari selepas Najib, 73, dibenarkan pulang ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Selasa bagi menjalani baki hukuman penjara kes SRC International.
Mahkamah Tinggi sebelum itu mengeluarkan perintah baharu yang membenarkan Najib menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, selaras dengan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun, cabaran Badan Peguam itu belum membatalkan perintah tahanan rumah Najib kerana permohonan berkenaan masih tertakluk kepada proses mahkamah.
Sumber: Free Malaysia Today (FMT) dan Bernama.
#Mynewshub #NajibRazak #Bossku #BadanPeguam #TahananRumah #Mahkamah #BeritaSemasa
HAMDAN RUKUN retweeted
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐮𝐲𝐨𝐧𝐠, 𝐋𝐚𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚
Teruja saya melihat semangat anak-anak muda Duyong malam tadi yang tetap hadir beramai-ramai ke Jelajah Esports Melaka Biru 2026 walaupun dalam keadaan hujan.
Saya difahamkan seramai 3,200 orang peserta telah mendaftar dari seluruh DUN di Melaka bagi siri jelajah kali ini. Bagi saya, e-sports kini bukan lagi hanya hobi. Kalau digilap dengan betul, bakat anak-anak muda ini mampu pergi jauh, malah boleh menjadi sumber pendapatan.
Terima kasih kepada YB Helmy yang turut bersama-sama menyantuni anak-anak muda Duyong malam tadi. Nampaknya beliau memang dekat dengan anak-anak muda di sini. Semoga hubungan baik ini terus diperkukuh dan mendapat sokongan daripada anak-anak muda Duyong.
Terima kasih semua! Teruskanlah mengejar cita-cita. Insya-Allah, semoga yang terbaik buat anak-anak muda Duyong dan seluruh Melaka.
#JelajahEsportsMelakaBiru2026
#Duyong #KitaGengBiru
#GelombangBiru
#BNSayangRakyat
Sumber: Free Malaysia Today
share.google/jNrhyBB9PuxPjk0… Ia juga akan membakar semangat pengundi BN/PN dan insyaAllah menambah undi pengundi muda.
1
5
341
HAMDAN RUKUN retweeted
Mengiringi perjalanan terakhir adinda saya, Allahyarham Rosli bin Mohamad, sebelum berpisah dari dunia yang fana ini buat selama-lamanya.
Terima kasih buat semua yang menziarahi, menghulurkan bantuan & tak putus-putus menitipkan doa buat Allahyarham.
Moga Allah membalas segala kebaikan & keikhlasan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Ya Allah Kau Yang Maha Pengasih.
Kau ampunilah segala dosa Allahyarham, Kau terimalah semua amal kebaikannya & Kau angkatkanlah darjatnya bersama kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh.
Tenanglah di sana, Adindaku. Kasih dan ingatan ini akan kekal buat selamanya.
Al-Fatihah. – at Hulu Kinta, Perak
HAMDAN RUKUN retweeted
Najib Pulang Ke Langgak Duta, Jalani Baki Hukuman Penjara Secara Tahanan Rumah Berkuat Kuasa Serta-Merta
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.
Memetik laporan media, keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas membatalkan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah baharu.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula perintah pelepasan bertarikh 6 November lalu.
“Perintah pelepasan yang dikeluarkan Jumaat lalu dibatalkan dan digantikan dengan yang baharu hari ini.
“Tertuduh perlu menjalani baki penjara yang dikurangkan secara tahanan di rumah, di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028,” katanya seperti dilaporkan media.
Semakan itu dibuat bagi memastikan perintah pelepasan berkenaan selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.
Terdahulu, pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, 73, ditangguhkan sementara oleh AGC bagi membolehkan penelitian lanjut dibuat terhadap tafsiran perintah pengampunan berkenaan.
Pada 6 November lalu, Najib menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, sekali gus memenuhi antara syarat pengampunan bersyarat itu.
Sebelum ini, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat berkenaan dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang. - MYNEWSHUB
Saya tidak lagi berada di Melaka. Maklumat daripada sahabat yang berada di sana menggambarkan peluang besar untuk BN/PN termasuk undi awal yang berlangsung hari ini. InsyaAllah sama sama kita doakan.
HAMDAN RUKUN retweeted
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dukacita dimaklumkan Allahyarham Rosli Bin Mohamad, adinda kepada YAB Menteri Besar Perak telah kembali ke Rahmatullah lewat petang tadi di Hospital Tanah Merah.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu.
Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, diterima semua amal ibadahnya & dimasukkan di syurga yang abadi.
Mudah-mudahan seluruh keluarga Allahyarham tabah mengharungi dugaan ini.
Al-Fatihah.
-Admin-
Sumber: Threads
share.google/pMBqlcXPzeV2KH7… Adam Adli menyangka anak muda sepertinya dahulu. Anak muda jauh lebih matang. Mereka mahukan masa hadapan yang cemerlang. Anak muda tak suka ditipu.
HAMDAN RUKUN retweeted
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Malam terakhir di Türkiye, saya meluangkan masa bersama anak-anak Malaysia yang sedang menuntut ilmu serta warga Kedutaan Malaysia dalam satu majlis makan malam di Istanbul. Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Seronok dapat bertemu, bertanya khabar dan mendengar sendiri pengalaman anak-anak Malaysia yang gigih menuntut ilmu di perantauan. Jauh daripada keluarga dan tanah air, namun tetap membawa harapan dan cita-cita besar untuk masa depan.
Lebih membanggakan, seramai 17 pelajar Malaysia merupakan kumpulan pertama penerima tajaan MARA yang melanjutkan pengajian di Sabancı University, Türkiye. Mereka kini mengikuti pelbagai bidang pengajian strategik dengan tempoh pengajian selama empat tahun, dan rata-ratanya baru sahaja memulakan semester pertama.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi pendidikan dengan Türkiye dan saya telah meminta MARA agar menggandakan bilangan ini pada tahun depan agar lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan antarabangsa.
Saya turut menitipkan pesanan agar mereka memanfaatkan setiap peluang untuk menimba ilmu, menguasai kemahiran baharu dan membina jaringan antarabangsa, tanpa melupakan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Kepada anak-anak Malaysia di Türkiye, teruskan melangkah dengan yakin. Tuntutlah ilmu setinggi mungkin, bina pengalaman seluas mungkin, dan suatu hari nanti pulanglah membawa kepakaran untuk menyumbang kepada negara.
Terima kasih kepada seluruh warga Kedutaan Malaysia, para pelajar dan semua yang menjayakan pertemuan penuh bermakna ini.
Walau sejauh mana kita merantau, Malaysia tetap di hati.
#AnakMalaysia #MalaysiaTurkiye #MARA #Istanbul2026 #DiplomasiPendidikan




































