๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) menganjurkan Majlis Anugerah Media Akademi Dalam Industri (ADI) 2026 pada 27 Oktober 2026 di Putrajaya bagi mengiktiraf peranan pengamal media dalam mengetengahkan kisah kejayaan bakat tempatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran melalui ADI.
Majlis ini disempurnakan oleh YBrs Tuan Jaya Singam A/L A. Rajoo , Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Penganjuran kali ini menerima 69 penyertaan merangkumi tiga kategori, iaitu Televisyen, Radio & Portal Video; Media Cetak & Portal Berita; serta Media Sosial โ Video Pendek, sekali gus mencerminkan komitmen pengamal media dalam menghasilkan karya yang bermaklumat, kreatif dan berimpak.
Sehingga Oktober 2026, ADI telah merekodkan 15,893 penempatan bakat tempatan dengan penglibatan 3,064 syarikat, menerusi pendekatan latihan berasaskan pekerjaan yang menghubungkan pembangunan kompetensi dengan keperluan sebenar industri. Majlis turut dijadual menampilkan Pelancaran Digital Ikon ADI 2026 bagi memperluas perkongsian kisah kejayaan dan inspirasi pembangunan bakat negara.
Pengiktirafan ini memperkukuh peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan impak inisiatif pembangunan modal insan, sekali gus menyokong aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh daya saing industri Malaysia.
@MITIMalaysia
#MPC #MPI #AnugerahMediaADI2026 #AkademiDalamIndustri #PembangunanBakat #Produktiviti #BakatMalaysia #MalaysiaProduktif
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengadakan perbincangan strategik bagi memperincikan pemetaan klasifikasi ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐ข๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐ (MSIC) untuk sektor keutamaan negeri berdasarkan prestasi ekonomi, produktiviti dan kekuatan sektoral.
Perbincangan memberi fokus kepada pengenalpastian aktiviti ekonomi utama, penentuan kod MSIC yang bersesuaian serta penilaian nilai ekonomi bagi sektor pertanian, industri dan perkhidmatan.
Hasil pemetaan ini akan menjadi input penting kepada penyediaan draf akhir Kajian Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2035, khususnya dalam merangka intervensi produktiviti negeri yang lebih tepat, berfokus dan berasaskan data.
Kerjasama strategik MPC, Kementerian Ekonomi dan DOSM ini memperkukuh usaha menterjemahkan analisis ekonomi kepada tindakan yang mampu memacu pertumbuhan produktiviti di peringkat negeri dan nasional.
@EkonomiMalaysia
@StatsMalaysia
@kp_dosm
#MPC #Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐
Mengiktiraf Kecemerlangan. Memacu Produktiviti. Memperkasa Daya Saing Industri
Tahniah kepada UMW Aerospace Sdn. Bhd. atas kejayaan merangkul Anugerah Perdana Menteri sempena Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Kejayaan ini mencerminkan komitmen terhadap kecemerlangan perniagaan, inovasi dan peningkatan prestasi organisasi.
Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (Malaysia Business Excellence Framework โ MBEF) menjadi asas penilaian AKI 2026 bagi mengenal pasti organisasi yang mencapai tahap kecemerlangan dalam pengurusan dan prestasi perniagaan.
Sebagai Ketua Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh MITI, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerajui dan menyelaras keseluruhan proses penilaian, merangkumi semakan dokumen, sesi pitching, penilaian di lokasi (on-site assessment) serta penyediaan laporan dan syor pemenang untuk pertimbangan Ahli Majlis AKI.
Usaha ini memastikan penilaian dilaksanakan secara sistematik berasaskan kriteria MBEF, sekali gus memperkukuh budaya kecemerlangan dan produktiviti dalam kalangan industri Malaysia.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang AKI 2026. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan, inovasi dan peningkatan produktiviti ke arah memperkukuh daya saing industri negara.
@MITIMalaysia
@joharighani
@simtzetzin
#AKI2026
#MBEF
#MPC
#MITI
#KecemerlanganIndustri
#Produktiviti
#DayaSaingNegara
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐&๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pembangunan Kerangka Ekosistem Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi mendapatkan pandangan, maklum balas serta cadangan daripada kementerian, agensi, institusi penyelidikan dan pihak industri. Inisiatif ini bertujuan membangunkan kerangka ekosistem R&D yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh produktiviti negara melalui penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi.
Menurut Dr. Mazrina Mohd Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC, inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara pihak berkepentingan, mengenal pasti cabaran serta jurang dalam pelaksanaan aktiviti R&D, di samping meneroka peluang untuk meningkatkan keberkesanan penyelidikan dan pengkomersialan hasil inovasi. Usaha ini penting bagi memastikan aktiviti R&D dapat menyumbang secara langsung kepada peningkatan produktiviti, kecekapan operasi dan daya saing industri.
Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan kerangka ekosistem R&D yang mantap dalam menyokong aspirasi Malaysia untuk meningkatkan daya saing negara dan mencapai sasaran untuk berada dalam kelompok 10 negara paling berdaya saing di dunia.
Melalui pendekatan kolaboratif ini, MPC komited untuk menyokong pembangunan kerangka ekosistem R&D yang lebih tersusun dan bersepadu bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan, mempercepat pembangunan teknologi, meningkatkan produktiviti dan daya saing industri serta memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi.
@MITIMalaysia
#MPC #Produktiviti #Inovasi #DayaSaing
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Program Perkongsian Digital Kaizen 2026 telah menghimpunkan perkongsian pengalaman dan pencapaian syarikat demonstrasi, UEDA Plating (M) Sdn. Bhd. dan Sunchirin Industries (Malaysia) Berhad, dalam mengaplikasikan Kaizen, IoT dan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi.
Program anjuran MPC dengan kerjasama APO dan JPC ini turut menerima maklum balas positif daripada para peserta, mencerminkan minat dan penghargaan terhadap perkongsian ilmu, pengalaman industri serta amalan terbaik yang diketengahkan.
Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada penerapan Digital Kaizen dan budaya penambahbaikan berterusan dalam kalangan PKS sektor pembuatan di Malaysia. ๐ค
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#DigitalKaizen #MPC #APO #JPC #Produktiviti #PKS #IndustriPembuatan #PenambahbaikanBerterusan
Saksikan wawancara bersama Encik Mohammed Alamin Rehan, Pengarah Seksyen Daya Saing Negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkaitan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 - Pemacu Produktiviti dan Daya Saing Negara.
Tonton secara langsung menerusi Facebook Selamat Pagi Malaysia atau laman sesawang rtmklik.gov.my
#MPC #Produktiviti #RKB #ReformasiKerenahBirokrasi
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
@RTM_Malaysia
๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐! ๐
Jom ikuti Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026! Dua hari penuh dengan pengisian yang padat dan bermanfaat ๐
๐ Projek-projek RKB berpotensi tinggi dari seluruh negara dibentang dan dinilai
๐ Pameran projek RKB: menampilkan bagaimana urusan kerajaan kini lebih mudah dan pantas bagi rakyat dan peniaga
๐ Perkongsian strategik antarabangsa: hala tuju RKB untuk produktiviti dan daya saing negara
โฆdan banyak lagi aktiviti menarik! ๐
๐
28โ29 Oktober 2026
๐ Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam
๐ Maklumat lanjut: rkb.gov.my/
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
#RKB2026 #ReformasiKerenahBirokrasi #KurangKerenah #MPC
๐ฌ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Sorotan perjalanan Projek Demonstrasi Digital Kaizen untuk PKS Sektor Pembuatan di Malaysia, hasil kerjasama MPC, APO dan JPC dalam mengaplikasikan Kaizen, IoT dan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti di peringkat operasi.
Bersama memacu PKS ke arah masa depan industri yang lebih cekap dan berdaya saing! ๐
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#MPC #APO #JPC #DigitalKaizen #Produktiviti
Disiplin produktiviti telah menjadi pembeza utama antara syarikat yang berkembang stabil dengan syarikat yang stagnan walaupun mempunyai potensi yang setara.
#MITI #Produktiviti #MPC #NIMProductivity #NIMPact #NIMProve #MalaysiaProduktif
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berjaya menganjurkan Seminar Penyebarluasan Digital Kaizen yang menghimpunkan 130 peserta secara fizikal dan sehingga 60 peserta dalam talian, termasuk wakil negara anggota Asian Productivity Organization (APO).
Seminar dimulakan dengan ucaptama oleh Setiausaha Agung APO dan ucapan pembukaan oleh Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC. Pakar daripada Japan Productivity Center (JPC), En. Komatsu dan En. Miyahara, turut berkongsi pendekatan praktikal dalam menggabungkan Kaizen, teknologi digital dan penggunaan data bagi meningkatkan produktiviti industri.
Dua syarikat model, Sunchirin Industries (M) Sdn. Bhd. dan UEDA Plating (M) Sdn. Bhd., berkongsi pengalaman melaksanakan Digital Kaizen melalui teknologi Internet Benda (IoT), pemantauan data dan penambahbaikan proses. Pelaksanaan tersebut telah membantu meningkatkan produktiviti, memperkukuh prestasi penghantaran, mengurangkan kerja lebih masa serta menambah baik pemantauan operasi.
Kolaborasi MPC, APO dan JPC ini diharap dapat mendorong lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi Digital Kaizen secara berperingkat dan mampan, sekali gus memperkukuh produktiviti serta daya saing industri negara.
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#MPC #DigitalKaizen #Produktiviti #TransformasiDigital #Kaizen #APO #JPC #PKS
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐๐) ๐๐๐๐
๐ Cyberjaya Event Hall | 20 Oktober 2026
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) turut mengambil bahagian dalam pameran sempena Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri (HIK JPM) 2026 yang melibatkan kehadiran Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Penyertaan MPC ini menjadi platform untuk mengetengahkan inisiatif produktiviti, inovasi dan kecemerlangan organisasi ke arah perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berdaya saing.
Inovasi Pemacu Produktiviti Negara! ๐ฒ๐พ
@shamsulazribakr
#MPC #MalaysiaProductivityCorporation #HIKJPM2026 #HariInovasi #Produktiviti #Inovasi
Saksikan wawancara bersama Puan Wan Fazlin Nadia Wan Osman, Pengarah Seksyen Daya Saing Negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkaitan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 - "Ke Arah Melonjakkan Produktiviti".
Tonton secara langsung menerusi Facebook Selamat Pagi Malaysia atau laman sesawang rtmklik.gov.my
"Memacu Produktiviti, Memperkukuh Daya Saing"
#MPC #Produktiviti #RKB #ReformasiKerenahBirokrasi
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
@RTM_Malaysia
Peningkatan margin keuntungan sebanyak 30 peratus melalui kecekapan operasi merupakan hasil yang telah dibuktikan oleh syarikat-syarikat yang menjalani transformasi produktiviti secara terstruktur.
#MITI #Produktiviti #MPC #NIMProductivity #NIMPact #NIMProve #MalaysiaProduktif
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus memperkukuh peranan strategiknya dalam memacu daya saing negara menerusi pemerkasaan usahawan wanita di Annual Women Economic Forum.
Komitmen cemerlang ini terbukti nyata apabila MPC telah dianugerahkan ๐๐๐ค๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐ฃ๐๐ก๐ฆ & ๐ต๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐ธ๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐ค๐๐๐, yang diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, bagi pihak organisasi.
Dr. Mazrina turut menyampaikan pembentangan dalam sesi ๐ผ๐๐๐ข๐ ๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ค๐โ๐๐๐: ๐๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐ฃ๐๐ก๐ฆ & ๐ฟ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐ ๐ถ๐๐๐๐๐ก๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐บ๐๐๐ค๐กโ bagi mengetengahkan Program Transformasi Produktiviti (PTP) serta program teras MPC yang lain, seperti Akademi dalam Industri (ADI), PROSHARE, dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).
Penglibatan MPC disemarakkan lagi melalui penyertaan Pn. Wan Fazlin Nadia Wan Osman di sesi ๐ด๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐ข๐๐๐ก๐๐๐๐ โ ๐โ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐ข๐ yang menghimpunkan 11 perwakilan kedutaan antarabangsa.
Selain itu, Dr. Mazrina dan Dr. Noor Aishah Hassan turut diamanahkan sebagai juri jemputan bagi sesi BIZZPITCHMATCH 2026.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan MPC dalam melonjakkan produktiviti negara menerusi pemerkasaan usahawan wanita yang berdaya saing, berinovasi, dan berimpak tinggi.
#MPC #Produktiviti #Wawasanita
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berbesar hati menerima Pengiktirafan Khas (๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐) daripada MEIF sempena sambutan ulang tahun ke-10 MEIF, sebagai penghargaan terhadap kerjasama berterusan dalam memperkukuh agenda produktiviti industri.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen bersama MPC dan MEIF dalam membina ekosistem industri yang lebih produktif, berdaya saing dan mampan.
Melalui kerjasama strategik ini, MPC terus memainkan peranan dalam menyediakan platform berterusan untuk industri mengenal pasti cabaran, membangunkan intervensi yang bersesuaian serta menterjemahkan keutamaan produktiviti negara kepada inisiatif pembangunan kapasiti yang praktikal dan berimpak.
Sepanjang perjalanan ini, sinergi antara MPC dan MEIF menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa industri melalui perkongsian pengetahuan, penerapan amalan pengurusan moden dan peningkatan keupayaan organisasi.
Semoga kerjasama ini terus diperkukuh bagi memacu kecemerlangan produktiviti dan menyokong pertumbuhan industri Malaysia ke arah masa hadapan yang lebih berdaya saing.
๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐ค๐๐ ๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐, ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง, ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข ๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ค. ๐ท
@MITIMalaysia
#MPC #MEIF #Produktiviti #TransformasiIndustri #DayaSaingIndustri
Melalui transformasi produktiviti yang terstruktur, syarikat dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan, mengurangkan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah serta memperkukuh proses kerja bagi meningkatkan prestasi operasi.
#MITI #Produktiviti #MPC #NIMProductivity
๐ข NANTIKAN!
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Bagaimanakah Digital Kaizen dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi PKS dalam sektor pembuatan? Nantikan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik daripada inisiatif kerjasama MPC, APO dan JPC.
Saksikan pengalaman sebenar syarikat perintis dalam mengaplikasikan prinsip Kaizen, teknologi Internet of Things (IoT) dan pendekatan berasaskan data bagi menyokong penambahbaikan operasi secara berterusan.
๐
Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
๐ Tempat: Ballroom A, Aras 2, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
โจ Nantikan perkongsian inspirasi, pengalaman praktikal dan idea baharu untuk membawa produktiviti ke tahap yang lebih tinggi!
๐ Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk menyertai program ini melalui pautan berikut:
nimp.malaysiabusinessexcelleโฆ
Kerana setiap penambahbaikan membawa perubahan, dan setiap perubahan membuka ruang kepada produktiviti yang lebih baik.
@MITIMalaysia
#MPC #MalaysiaProductivityCorporation #DigitalKaizen #TransformasiProduktiviti #Produktiviti #PKS #IndustriPembuatan #IoT






































