“Kubur kami kat dlm kelapa sawit”
“Eh takpe… saya nak tgk … jumpa sana Yer”
Kongsi rezeki dengan penggali2 kubur di KH melayu sedenak
NK❤️
1
254
Walau apa juga perbezaan pendapat atau prinsip … kita semua tetap menyatu dalam semangat Kemerdekaan … MERDEKA!!!
1
7
638
“Saya pun nak buat untuk penggali kat tempat saya “
“Saya pun nak Derma kat penggali kubur anak saya”
Respon bila saya selalu post ttg bagi baju kepada penggali kubur
Syukur ramai yang berminat nak bantu hero2 ini di tempat masing2
Sebarkan kebaikkan dan bersyukur ❤️
Napsiah Khamis retweeted
Ada ramai yang bertanya latarbelakang saya? Memang saya tidak terkenal dan bukanlah siapa-siapa.
Saya hanyalah anak kampung. Membesar di rumah serba sederhana di FELDA Sungai Behrang, Muallim, Perak. Dibesarkan oleh Almarhum Ayahanda dan Almarhumah Bonda yang menyara keluarga dengan menoreh getah, selain mengajar anak-anak FELDA mengaji Al-Quran.
Ada lah sedikit latarbelakang Ijazah Pengajian Undang-Undang, Ijazah Pengajian Syariah, Ijazah Sarjana (Master), Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam Kewangan Islam di United Kingdom. Ada lah juga ambil kursus profesional Kewangan Islam dan lulus cemerlang.
Ada lah juga pengalaman sebagai peguam, penasihat undang-undang, pensyarah undang-undang, Penasihat Syariah bank-bank dan takaful dan koperasi termasuk penasihat kepada beberapa organisasi di luar negara.
Saya ada sedikit pengalaman bekerja di Dubai International Financial Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan di Fordham Law School, New York, Amerika Syarikat. Mewakili Malaysia dalam program Young Intellectual Exchange di Jepun dan penerima Biasiswa Fulbright di Amerika.
Ada lah sedikit pengalaman di Universiti sebagai pensyarah, Profesor, Dekan dan Timbalan Rektor di Universiti. Menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti termasuk pernah menjadi lembaga penasihat universiti di luar negara.
Saya aktif lah juga dengan kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan di Malaysia dan luar negara. Pernah laksanakan Misi Kemanusiaan di dalam Gaza, Syria, Turkiye, Indonesia dan lain-lain negara yang bergolak dan dilanda bencana alam.
Di United Kingdom, saya aktif dengan Palestine Solidarity Campaign, di New York dengan Fordham Islamic Society, MUBANY dan AMAL.
Alhamdulillah, sudah menerbitkan lebih 30 buku dan bab dalam buku dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta ratusan artikel dan makalah. Pernah lah juga menang Buku terbaik MAPIM Peringkat Kebangsaan Kategori Bahasa Inggeris.
Pengalaman saya dalam dunia Kewangan Islam sudah melebihi 25 tahun. Sudah biasa juga dengan pengauditan, perakaunan, penyata kewangan, balance sheet dan lain-lain. Lulus cemerlang juga lah subjek ini dalam kursus profesional yang saya ambil. Pernah dapat Anugerah the Upcoming Scholar peringkat antarabangsa dalam bidang kewangan Islam masa muda-muda dulu.
Cuma tidak perlu lah saya cerita berapa banyak sanad-sanad hadis yang telah saya terima dari alim ulama muktabar.
Jika ada yang berminat bolehla rujuk laman sesawang saya yang juga pernah menang Anugerah Weblog Akademik terbaik Ahli Akademik Peringkat Kebangsaan.
Kejayaan ini semua adalah hasil sokongan Almarhum Ayahanda, Almarhumah Bonda, Isteri tercinta, anak-anak, keluarga, sahabat-sahabat dan kesemua guru saya khususnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang, Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, UIAM dan Durham University, United Kingdom.
Hadza min fadhli Rabbi. Terus belajar dan belajar.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
Kejohanan Badminton PIALA NAPSIAH KHAMIS
Nak support dan beri sokongan kepada pemain2
Handal2 belaka semua
Ada kategori dewasa dan kanak2 juga
Teruslah bersukan untuk lebih cergas 💃💃
“Ingat lagi tak tu” saje mengusik pakcik Rahman … 😁
Saya hantar baju untuk penggali kubur Mount Austin
Suka lah diorang kan .. tak pernah ada orang beriya2 nak buatkan mereka baju sebelum ni … Team kita jer bersungguh2 nak pastikan design cantik dan semua penggali dapat 😁
Kelas donut untuk si cilik
Semua berbakat untuk jadi chef !🤩🤩
Next kita buat kelas lain Yer
Mak2 semua happy ..mak2 cakap “biar diorang kurang main gajet “ … ok next kelas kita belajar buat mini pizza ok! 💃
Cantik kan design untuk Baju penggali kubur Felda Ulu Tebrau ni ..
Dah siap Nanti Kita hantar…
Kita bantu mereka happy
Bantu setakat mana yang mampu
#kongsiRezeki
Saya pun anak pak Guard 😁
Sambung keje balik
Sambil bagi sumbangan kita nak check diorang ni dapat tak benefit dari kerajaan negeri dan pusat ..
Teringat masa kecik selalu tido dlm pondok Guard sebab nak tunggu bapak habis shif jadi Guard pasar ..: 😁❤️
Napsiah Khamis retweeted
Kenyataan Media BERSIH
23 Jun 2026
Salah Guna Aset Kerajaan Berleluasa Menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) memandang serius beberapa insiden yang melibatkan penggunaan aset dan sumber kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang akan diadakan pada 11 Julai 2026.
BERSIH merujuk kepada beberapa kejadian berikut:
1. Penyiaran di RTM Ceramah Umum Pakatan Harapan “Keadilan untuk Bangsa Johor” pada 15 Jun 2026. facebook.com/share/v/1AY8VWT…
2. Pengumuman Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke berkenaan Perkhidmatan Shuttle Selatan pada 16 June 2026, dimana 3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 diagihkan percuma kepada rakyat Johor
3. Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor oleh Menteri Besar Sementara, YB Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada Khamis,18 Jun 2026.
4. BERSIH turut menerima laporan berkenaan pemberian Bakul Kasih Johor di seluruh negeri
Walaupun inisiatif-inisiatif ini boleh memberi manfaat kepada rakyat, pelaksanaannya dalam tempoh menjelang pilihan raya menimbulkan persoalan serius mengenai keadilan dan kesaksamaan medan persaingan politik. Kerajaan mempunyai akses kepada jentera, dana, media dan institusi awam yang tidak dimiliki oleh parti-parti lain. Apabila sumber-sumber ini digunakan ketika rakyat sedang membuat pertimbangan untuk mengundi, ia mewujudkan kelebihan yang tidak adil kepada pihak yang sedang memegang kuasa.
Amalan terbaik demokrasi menuntut supaya pengumuman dasar baharu, pelancaran program berskala besar, pengagihan bantuan serta penggunaan aset kerajaan yang boleh memberi manfaat politik kepada mana-mana pihak dihentikan sebaik sahaja Dewan Negeri dibubarkan. Kerajaan Sementara di peringkat negeri, dan juga Kerajaan Persekutuan seharusnya menahan diri daripada membuat pengumuman bantuan, projek dan agihan bantuan dalam sela masa pilihan raya.
BERSIH ingin mengingatkan keputusan petisyen mahkamah pilihan raya dalam kes petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2023 di mana mahkamah pilihan raya telah memutuskan membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Terengganu ketika itu kerana kesalahan penyogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. Kelakuan yang menjadi kesalahan di dalam petisyen tersebut adalah agihan wang bantuan melalui program kerajaan negeri seperti i-Belia, i-Pencen dan i-Siswa.
Program-program pemberian baucar, wang bantuan, agihan bakul makanan dan seumpamanya walaupun berselindung di balik jenama kerajaan, boleh menjadi satu kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 8 Penjamuan dan Seksyen 10 Penyogokan.
BERSIH ingin mengingatkan semua parti politik bahawa pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil menuntut persaingan berdasarkan dasar, rekod pentadbiran, integriti dan visi untuk masa depan negara, bukannya berdasarkan keupayaan mengerahkan sumber kerajaan untuk meraih sokongan politik. Rakyat berhak membuat pilihan dalam suasana yang adil, tanpa dipengaruhi oleh penggunaan jentera dan dana awam untuk tujuan politik kepartian.
Sehubungan itu, BERSIH sekali lagi menegaskan keperluan mendesak untuk meminda dan mengemaskini Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR). Selain kesalahan-kesalahan sedia ada seperti penjamuan dan pemberian barang bernilai di bawah Seksyen 8 serta penyogokan di bawah Seksyen 10, AKPR perlu dipinda bagi memasukkan peruntukan khusus yang melarang penggunaan aset, dana, institusi dan sumber kerajaan untuk tujuan memperoleh kelebihan politik dalam tempoh pilihan raya.
Selagi kelemahan ini tidak diperbetulkan, selagi itulah penyalahgunaan aset kerajaan akan terus berulang tanpa mengira siapa yang memegang kuasa, dan cita-cita untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil akan terus menjadi janji yang tidak tertunai.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
Suka penggali2 kubur cahaya Masai dapat baju sama untuk Team mereka
“Terima kasih puan… nanti kalau ade orang jemput pegi majlis boleh pakai baju sama “
Terima kasih wira2 yang berkhidmat 😍
Saya dah sebut saya tak dicalonkan pada PRN ni .. tapi Uncle tetap berusaha berdoa untuk saya … siap tanya Sifunya ..
Terima kasih Uncle…. ❤️
Saya tau Uncle dan yang lain sayang saya ,, saya akan terus berkhidmat semampu saya dan dengan cara saya …
Saya nak Uncle sihat Yer!















