Panglima Wilayah Laut 2 & warga Navy People Pangkalan TLDM Sandakan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 kepada seluruh rakyat Malaysia.
𝗞𝗲𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗧𝗠, 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
1
680
15 Sep 26 - Projek Pemindahan Ilmu Hidroponik Pintar Sayur Sawi dan Salad Komuniti Tertumpu BAKAT telah melabuhkan tirai dengan jayanya melalui majlis penutup yang berlangsung di Rumah BAKAT.
624
K𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧
15 Sep 26 - Panglima Wilayah Laut 2 telah menerima kunjungan hormat daripada Kepten Hj Tajudin bin Yahya (B), Naib Yang Dipertua 1 Persatuan Veteran TLDM Selangor.
#NavyUpdate
267
15 Sep 26 - Markas Wilayah Laut 2 telah melaksanakan Taklimat dan Latihan Praktikal Pengendalian Rakit Keselamatan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran warga MAWILLA 2 dan UBN menggunakan peralatan keselamatan ketika menghadapi situasi kecemasan di laut.
#NavyUpdate
152
Pendaftaran 𝗦𝗮𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘃𝘆 𝗙𝗹𝗲𝗲𝘁 𝗥𝘂𝗻 2026 kini telah mencecah 𝟭,𝟬𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮! 🎉 Terima kasih atas sambutan dan sokongan luar biasa daripada semua peserta yang telah mendaftar.
📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻: 𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟲
𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲
11 Sep 26 - Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2026 telah dilaksanakan bertempat di Masjid Al-Anbar, RKAT Taman Samudera, melibatkan seramai 25 peserta.
#NavyUpdate
211
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗟𝗜𝗟 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗨𝗧 𝗔𝗧𝗠 𝗞𝗘-𝟵𝟯
11 Sep 26 - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Khas sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-93
#NavyUpdate
209
𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟲
Tawau, 10 Sep 26 - Audit Kesiapsiagaan KD SRI TAWAU telah dilaksanakan pada 6 hingga 10 Sep 26 dengan memperoleh 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗺𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 dengan pencapaian 90.26%.
facebook.com/share/p/1Bxe5C1…
264
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗔𝗕𝗬𝗔𝗗𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝟮
3 September 2026 - Majlis Makan Tengah Hari ahli Wisma Abyadh bersama Panglima Wilayah Laut 2 telah berlangsung dengan suasana penuh meriah.
336
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧
3 September 26 - Panglima Wilayah Laut 2 telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Mohd Fahmie bin Othman, Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.
#NavyUpdate
333
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧
3 September 26 - Panglima Wilayah Laut 2 telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Komander Mohd Hafiz bin Ahmad TLDM, Pegawai Memerintah KD TODAK.
#NavyUpdate
214
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧
3 September 26 - Panglima Wilayah Laut 2 telah menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Pertama Wan Baderul Hisan bin Wan Muda, Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia-Tokyo, Jepun.
#NavyUpdate
𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐕𝐘 𝐅𝐋𝐄𝐄𝐓 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚓
🗓️ 𝟓 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)
🚨 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!🚨
👉 sandakannavyfleetrun.onpay.m…
🏁 𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐆𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐋𝐀!⚓🔥
1
256
17 Ogos 2026, Kota Kinabalu - Warga KD PAUS meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-50 KD PAUS yang disempurnakan oleh Laksamana Muda Haji Jamaludin bin Haji Sairi, Panglima Wilayah Laut 2.
#NavyUpdate
#HUTKDPAUS
facebook.com/share/p/1811icy…
17 Ogos 2026, Kota Kinabalu - Majlis Kenaikan Pangkat Leftenan Muhammad Haziq bin Azhar TLDM ke pangkat Leftenan Komander TLDM telah disempurnakan oleh YBhg. Laksamana Muda Haji Jamaludin bin Haji Sairi, Panglima Wilayah Laut 2.
#NavyUpdate
facebook.com/share/p/1YMEXPY…
𝗪𝗘 𝗘𝗫𝗜𝗦𝗧 𝗕𝗘𝗖𝗔𝗨𝗦𝗘 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗙𝗟𝗘𝗘𝗧
3 Ogos 26 - Perintah Ulung Panglima Wilayah Laut 2 bertemakan 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮.
#NavyUpdate
3
462
𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔
27 Julai 2026 - Laksamana Muda Hj Jamaluddin bin Hj Sairi secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Wilayah Laut 2 dengan memasuki pejabat buat julung kalinya di Markas Wilayah Laut 2.
#NavyUpdate
#kdsrisemporna
#KDSriTawau
514
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐂𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔
Cebu, Filipina, 25 Jun 2026– Hari kedua lawatan operasi di bawah kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) menyaksikan delegasi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang diketuai oleh Laksamana Muda Ivan Mario Andrew, Panglima Wilayah Laut 2, mengadakan kunjungan hormat ke atas Mayor of Cebu City, Nestor D. Archival Sr., di Cebu City Hall.
Pertemuan tersebut menjadi platform perbincangan mengenai kerjasama dalam sektor ekonomi, pembangunan komuniti maritim dan keselamatan perairan, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Filipina.
Pada masa yang sama, warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Filipina (TLF) telah menjayakan Goodwill Games melibatkan acara tarik tali, futsal dan bola keranjang bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan esprit de corps antara kedua-dua angkatan laut.
Turut diadakan latihan selaman antara pasukan selam MAWILLA 2 dan TLF di Rafael Ramos Naval Base, Cebu sebagai platform memperkukuh kerjasama serta berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang selaman.
facebook.com/share/p/1FZBoAp…
#tenteralautdirajamalaysia
#Markaspemerintahanarmadatimur
#kdsrisemporna
#KDSriTawau
#NavyUpdate
1
577
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 - 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐅𝐈𝐋𝐈𝐏𝐈𝐍𝐀
CEBU, 24 Jun 2026 - Aset Markas Wilayah Laut 2, KD PAUS dan KD YU sedang melaksanakan lawatan operasi di bawah kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) ke Cebu, Filipina dari 24 hingga 26 Jun 2026.
Kedua-dua kapal selamat merapat di jeti Captain Veloso Pier, Rafael Ramos Naval Base, Cebu dan telah disambut mesra oleh delegasi Tentera Laut Filipina (TLF) yang diketuai oleh Deputy Commander Naval Force Central, Kepten Walmer C. Base PN. Upacara turut diiringi persembahan pancaragam TLF sebagai tanda penghormatan dan persahabatan erat antara kedua-dua angkatan laut.
Ketua delegasi TLDM Laksamana Muda Ivan Mario Andrew, Panglima Wilayah Laut 2 telah membuat kunjungan hormat ke atas Comander Naval Force Central, Commodore Joselito E. De Guzman. Sesi tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan, meningkatkan persefahaman serta membincangkan isu keselamatan maritim serantau. Sesi turut dihadiri oleh Kdr Mohd Nor Hadidi bin Ismail TLDM Ketua Pegawai Staf Operasi MAWILLA 2, P/Kdr Muhammad Izar bin Alias TLDM Pegawai Memerintah KD PAUS, dan Lt Kdr Mohd Nazar bin Bahril TLDM Pegawai Memerintah KD YU.
Acara utama pada hari pertama adalah Majlis Resepsi TCA yang dihadiri oleh warga TLDM dan TLF di dalam suasana penuh muhibah dan semangat persahabatan. Majlis ini menjadi platform untuk memperkenalkan hidangan tradisional kedua-dua negara dan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan yang mencerminkan keunikan warisan dan identiti Malaysia serta Filipina.
Hubungan erat antara TLDM dan TLF yang diperkukuhkan menerusi pelbagai siri kerjasama operasi, latihan dan diplomasi pertahanan ini terus menyumbang kepada kestabilan serta keamanan perairan serantau, khususnya di kawasan sempadan maritim kedua-dua negara. Kerjasama yang terjalin bukan sahaja meningkatkan keupayaan operasi bersama malah turut menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim demi kepentingan bersama.
facebook.com/share/p/1DGvcb1…
#tenteralautdirajamalaysia
#Markaspemerintahanarmadatimur
#kdsrisemporna
#KDSriTawau
#NavyUpdate
𝗦𝗘𝗡𝗗 𝗢𝗙𝗙 𝗞𝗗 𝗣𝗔𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗗 𝗬𝗨 𝗞𝗘 𝗧𝗥𝗜𝗟𝗔𝗧𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗖𝗢𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗔𝗥𝗥𝗔𝗡𝗚𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 (𝗧𝗖𝗔) 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 𝟮𝟬𝟮𝟲
23 Jun 2026 - Suasana penuh semangat dan kebanggaan terpancar di sesi pelepasan aset Markas Wilayah Laut 2, KD PAUS dan KD YU yang akan melaksanakan lawatan operasi di bawah kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) ke Naval Force Central, Cebu, Filipina bermula 24 hingga 27 Jun 2026.
Penglibatan kedua-dua kapal ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau sambil mengeratkan hubungan strategik bersama negara-negara anggota TCA dalam usaha memastikan keselamatan dan kestabilan perairan serantau sentiasa terpelihara.
Seluruh warga MAWILLA 2 mendoakan agar pelayaran dan penugasan yang dilaksanakan berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
#tenteralautdirajamalaysia
#Markaspemerintahanarmadatimur
#kdsrisemporna
#KDSriTawau






































































