Aten (@_atenn) profile picture

SAHM

Johor, Malaysia
Joined January 2011
Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)Photo by Aten (@_atenn)
Aten retweeted
semalam kawan aku kat Singapore tengok @SyedSaddiq punya debate dalam parlimen. Syed Saddiq cadangkan Transboundary Haze Act serupa macam Singapore supaya Kerajaan Malaysia boleh ambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang terlibat dengan pembakaran dekat sana. kawan aku cakap sejak akta tu dikuatkuasakan 2014, takde satu pun syarikat-syarikat yang kena saman dan didenda. dia suruh aku baca Working Paper daripada NUS pasal Transboudary Haze Act. isu utama akta dan penguatkuasaan akta tersebut: 1. saman Indonesia sebagai negara geopolitically unrealistic 2. penguatkuasaan Indonesia sendiri sangat lemah (chronically weak) 3. bukti pemilikan ladang penghalang paling besar akta dekat Singapore ni boleh denda S$100,000 sehari (dihadkan S$2 juta) kepada syarikat-syarikat Singapore yang didapati terlibat dengan pembakaran yang menyebabkan jerebu di Singapore tapi tak pernah ada yang berjaya disaman sebab kekangan aset (ladang sawit) berada luar daripada jurisdiction Singapore. tak mudah. buat akta macam mana pun kalau Indonesia tak bagi kerjasama dengan penguatkuasaan tak boleh pakai takkan selesai.
46
1,055
42
2,874
256,352
Sbb tu in the Shadow Budget, we made it clear that bantuan sosial seperti elaun minyak, elaun cost of living, elaun kanak2 semua ini akan institutoinalised. Maksudnya, ia akan dimasukkan ke dalam satu Akta dan funding of the program akan dijamin di bawah Akta. This is to avoid precisely the challenges that ordinary Malaysians are facing. where their benefits are cut or adjusted simply due to shift in government's spending priority. In fact, we have even proposed to amend the Constitution to enable us to establish earmarked funds to ringfence certain types of revenue to finance specific projects (ie. excise on tobacco & sugar will be earmarked to finance health). Under the current mechanism, we can't really do that. On the harder road part, none of them were in the position to call the shots. Final decision lies with the PM. What's the point of staying in power if you can't execute the reforms entrusted by the people? I hope you would keep an open mind and judge us by merits.
𝗚𝗲𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗨𝗻𝗱𝗶: 𝗥𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗗𝘂𝗹𝘂, 𝗥𝗲𝘀𝗰𝘂𝗲 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 Waktu dalam kerajaan, you had the opportunity to deliver. Lepas letak jawatan, suddenly siap ada grand plan to save Malaysia. Rupanya negara lebih senang diselamatkan bila tak perlu jawab dalam mesyuarat Kabinet. GST 5%, mansuhkan bantuan dan subsidi, ganti dengan allowances, tambah kementerian. Cantik atas kertas. Tapi bantuan baru sempat sampai sebelum rakyat kena kos tambahan? Kalau revenue tak cukup, macam mana? Rakyat tak boleh bayar barang dapur dengan projections. You talk about taking the “hard road”. Tapi you resigned from the jobs entrusted to you. Sekarang kami kena percaya you akan stay sampai semua janji ini terlaksana? Kalau pelaksanaan sangkut, nak resign lagi? Sorry lah, I don’t trust you. Pada saya, you are quitters. Writing a shadow budget doesn’t suddenly make you the nation’s saviours. Bagi saya, Bersama masih Geng Pecah Undi. Sekarang tambah costume penyelamat negara pula. Before asking us to trust your promises, explain why we should trust you to finish the job.
16
70
5
219
9,907
Penyatuan dua hati yang membangunkan sebuah negara. Berpisah buat sementara, moga ketemu semula di syurga. Selamat jalan ke negeri abadi, bonda permata negara, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali. Semoga Allah mengampunkan segala dosa, menerima segala amal, melimpahkan rahmat-Nya, dan menempatkan beliau dalam kalangan insan yang beruntung di sisi Allah. Takziah buat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad & keluarga.
7
1,076
7
3,878
74,099
Hanya satu game je diperlukan untuk fans chelsea benci jdt. Satu game je dah cukup untuk buat dorang sedar yg betapa kaninanya jdt ni😂
Dear @OfficialJohor no matter how long it takes, I will be there when you lose a football match.🤝
22
846
13
2,225
147,173
Hari ini, Parlimen membahaskan laporan RCI Tabung Haji. Setiap gabungan parti politik (PH, BN, PN) ada saham dalam apa yang berlaku: 1) penyelewengan dan salah urus tadbir berlaku di bawah BN, sehingga rizab Tabung Haji jadi negatif dan kerugian berbilion ringgit. 2) PAS mensucikan perkara itu malah mengulangi dakyah aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam, nak bekap Umno. 3) PN tak bayar RM1.5b yang sepatutnya dibayar kpd TH atas alasan Covid, tapi guna wang buat Jana Wibawa boleh pula. 4) PH peram laporan RCI Tabung Haji selama 3 tahun untuk jaga hati Umno, hanya buat keluar bila saya cuit untuk tunjukkan kompromi politik yang telah dibuat. 5) PH pun tak bayar RM11.5 bilion yang patut dilunaskan kepada TH ikut perjanjian sukuk UJSB pada Mei 2026, sebaliknya roll over komitmen itu ke 2036. Covid tak de dah nak buat alasan, agaknya apa alasan sekarang. Kita sama-sama tengok perbahasan hari ini ada sentuh perkara-perkara ini ke tidak. Kesian orang-orang Tabung Haji bertungkus lumus nak selesaikan masalah yang ditinggalkan, bila orang politik datang dan pergi tapi tak fokus kepada pemulihan Tabung Haji.
60
1,127
37
2,327
110,997
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝟭𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗡𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang. Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut: i.Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar; ii.Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji; iii.Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan. Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: a)Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan); b)Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029; c)Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang. Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019. Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13. Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi. Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja). Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19. Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji. Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji. Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026. Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai. Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya). Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak). Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036). Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026. Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi? Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang. 10 𝘖𝘨𝘰𝘴 2026 Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
17
144
12
366
48,365
Aten retweeted
Mana CCTV dari KLIA yg menunjukkan seluruh proses yg pilot tu lalui dari dia masuk KLIA hingga naik kapal terbang? Indonesia dah tunjuk bila Malaysia nak tunjuk? Takut apa? Takut ramai org kena kutuk ke? Atau nak lindungi polis/imigresen? Ini ke reformasi transparensi yg terkini?
22
699
16
1,415
61,860
Aten retweeted
If you are a political party, and the day comes that people are joyous to see you lose, you know you're in deep, deep trouble.
30
228
8
628
24,313
Aten retweeted
Putrajaya Perdana Berhad (PPB) ni pernah dimiliki Jho Low melalui UBG dan Tabung Haji beli saham PPB (2014) ketika Jho Low masih memiliki saham dalam PPB (up until 2015): PPB juga menerima RM170 juta daripada SRC International Berhad, dimana RM32 juta masuk ke dalam akaun Najib (2014). Pemilik asal Putrajaya Perdana Berhad Rosman Abdullah juga saksi pendakwaan dalam kes SRC. Tak pasti ada kaitan ke tak Jho Low dengan pelaburan Tabung Haji dalam PPB bernilai RM193.5 juta yang telah menyebabkan Tabung Haji rugi RM145.3 juta. Kalau SPRM nak siasat dan buat audit forensik bolehlah mula daripada situ
#TabungHaji share.google/WHXlkJQpWlG6fFg… still stubborn and trying to blame everyone else but themselves. Buying putrajaya perdana berhad at inflated prices and never got back the returns promised. Who made they decision. Azeez was chairman of that company too
7
151
5
187
18,537
31 Julai 2026 Unjuran ILHAM Centre menunjukkan BN dan PN secara gabungan berpotensi menguasai 22 kerusi DUN, sekali gus membentuk blok majoriti yang stabil, manakala PH pula dijangka memenangi minima 9 kerusi. Menarik kan? Keputusan PRN N9 esok bakal menentukan talian hayat politik Anwar & PH. Stay Tune ❤️‍🔥🍿 #TSR
9
15
1
29
2,878
Aten retweeted
JAKIM dah upload Laporan RCI Tabung Haji. Takde PDF. Fliphtml: online.fliphtml5.com/kaxni/W…
Rafizi dalam ceramah PRN Johor mendakwa: 1. Tabung Haji rugi RM30 bilion 2. Tabung Haji dirompak 3. UMNO taknak RCI didedahkan 4. PM setuju dengan UMNO untuk jaga hati UMNO tak sabar nak baca RCI nak tau siapa "rompak" dan duit kena rompak tu masuk poket siapa.
18
416
14
664
119,054
What happened to Anwar Ibrahim's promised release of Tabung Haji RCI report by yesterday? Dah ada kompromi dengan murid Zahid Hamidi lagi ke?
12
37
1
146
19,220
Aten retweeted
1/ Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini buat lantikan "Timbalan EXCO" untuk bantu uruskan portfolio negeri. Sekali pandang, nampak macam bagus untuk kecekapan. Tapi dari sudut undang-undang dan perlembagaan, langkah ini wajar dipersoal. 🧵👇
9
80
4
189
13,146
TERKINI 30 NGO MENDESAK TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY MEMECAT ATAU MEMBATALKAN PELANTIKAN SULTAN AHMAD BIN SULAYEM SEBAGAI CEO MMC PORT HOLDINGS YANG KAWAL BEBERAPA PELABUHAN UTAMA MALAYSIA INI SUSULAN KAITAN SULTAN AHMAD DENGAN FAIL JEFFREY EPSTEIN
23
1,934
20
3,108
89,038
Bagus post ni. Patut kena lebih diviralkan. Beberapa pihak dah mula bergendang konon Malaysia akan rugi besar kalau Balaji & NS ni blah dari sini. Tapi kalau kita tengok respons Balaji, itu merupakan satu ugutan kepada negara kita. Danial ni telah cerakinkan dengan lebih baik.
The Network School (@ns) drama is all over the Internet What's really happening? I'm Malaysian & Irish ~ born and raised in London. Recently moved back to 🇲🇾 for good. My plan? To help build Malaysia's AI Builders Hub (@KrackedDevs) ~ upskilling our people, pulling Malaysian builders together, and pushing for Malaysian-made tech products. Turning Malaysians from consumers into producers. Here's a thread - a simple breakdown of the NS Drama, from my humble perspective 👇
17
2,927
3
3,805
149,021
Aten retweeted
kat mana dalam Undang-Undang Negeri Melaka cakap EXCO tak boleh letak jawatan secara sukarela dan perlu perkenan TYT? Menteri kabinet pun boleh letak jawatan bila-bila kot dalam Perlembagaan Persekutuan tak perlu perkenan Agong. sama aje macam Nga Kor Ming berdegar-degarnya 🤣
Umno Youth chief Dr Akmal Saleh has made a constitutional argument as to why he is still a Malacca state executive councillor despite having pledged to resign. In a social media video last night, Akmal said that he tendered his resignation on Jan 19 and sent letters to Chief Minister Ab Rauf Yusoh and Governor Ali Rustam. Full story: malaysiakini.com/news/779725
7
185
4
297
28,452
Yang memasukkan rasa gembira dan tenang ke dalam hati kita ialah Allah. Yang menghilangkan rasa sedih dan susah hati juga Allah. Maka mintalah kepada-Nya, kerana Dialah yang berkuasa mengubah keadaan hati kita. Sabar ya abg faiz...x boleh cium dan peluk adik lg bila abg blk sklh
26
117
2
629
17,325
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan. Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari. Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami. Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih. Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan. Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat. Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya. Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat. Benih itu telah ditanam. Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama. Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
90
316
15
1,138
114,468
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026 Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding. Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media. Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi. Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%. Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi. Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum. Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini. Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda. Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026. Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu. Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini. Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti. Rafizi Ramli 11 Julai 2026
167
531
47
2,387
480,889