
Ciapan disini adalah berdasarkan kapasiti saya sebagai orang awam tanpa sebarang kaitan dengan jawatan yang saya pegang. #MalaysiaMadani🇲🇾
Shah Alam
Joined June 2012
- Tweets44.1K
- Following839
- Followers26.4K
- Likes64.2K
Adzman Kamaruddin retweeted
Menerima kunjungan tiga Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala, memperluas perdagangan dan pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang strategik termasuk teknologi digital, kecerdasan buatan dan tenaga hijau.
Pesanan saya agar amanah ini terus memanfaatkan ruang diplomasi untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi, memperkukuh persahabatan dan memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara di peringkat antarabangsa.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
Adzman Kamaruddin retweeted
Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) yang ditandatangani Kerajaan MADANI dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini menjadi landasan untuk memperkukuh kestabilan politik, memastikan kelangsungan urusan pemerintahan serta memberi ruang kepada agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.
Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik. Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Semoga persefahaman ini menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara (MSN) Bil. 2/2026, saya menegaskan peranan penting majlis ini sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara.
Sejarah bukan sekadar untuk dihafal, tetapi perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta akan negara.
Dalam mendepani perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), penghayatan sejarah semakin penting agar kemajuan teknologi tidak menghakis nilai, budaya dan identiti bangsa.
Justeru, sejarah negara perlu terus dipelihara berlandaskan fakta dan penyelidikan sahih, serta disampaikan dengan pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan generasi muda demi membina masa depan negara yang berpaksikan jati diri nasional.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
I am deeply grieved by the tragic loss of life in the train collision in Spain. Our thoughts are with all those who have lost loved ones, and we wish the injured a swift recovery.
Malaysia stands in solidarity with the people of Spain at this difficult time. We also pay tribute to the emergency personnel and others working tirelessly at the scene.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to Prime Minister Pedro Sánchez, the Government and people of Spain, and especially to the families of the victims.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AP
Adzman Kamaruddin retweeted
Alhamdulillah, Majlis Ilmu MADANI hari ini di Seri Perdana, Putrajaya menerima tamu istimewa, Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Batubara, tokoh dakwah dari Indonesia.
Saya menyentuh peri pentingnya majlis ilmu bersama tokoh seperti Ustaz Abdul Somad dalam menyuburkan kefahaman agama, agar cahaya ilmu menerangi akal, menjernihkan hati dan membimbing amal bersandarkan tradisi akliah yang berakarkan ilmu akidah,
Ustaz Abdul Somad dalam tausiahnya menyentuh tema perpaduan dalam jamak budaya dan agama dengan mengambil ibrah serta tauladan dari Rasulullah SAW. Pada bicaranya, khazanah turath menemukan bahasa kehidupan, persoalan agama menjadi hampir dengan denyut keseharian, sehingga orang ramai dapat menimba makna daripada telaga ilmu yang dalam.
Semoga Allah SWT memelihara hikmah Ustaz Abdul Somad dalam lapangan dakwah, mengurniakan kebijaksanaan serta menjambatani ilmunya ke muara hati insan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Tengah hari tadi, saya sempat curi masa menekuni karya terbaharu oleh James Marriott, ‘The New Dark Ages: The End of Reading and the Dawn of a Post-Literate Society’, yang mengangkat persoalan besar dan mendesak tentang kemerosotan budaya membaca dan menelaah, kedangkalan pemikiran dan masa depan peradaban dalam era dan arus digital masa kini.
Saya turut menghimbau bagaimana pemergian pujangga besar Perancis Victor Hugo pada 1885 yang menyaksikan sekitar dua juta manusia membanjiri kota Paris untuk memberikan penghormatan terakhir. Begitu juga Fyodor Dostoevsky pada 1881, apabila puluhan ribu rakyat mengiringi jenazahnya di Saint Petersburg, dan ia secara tidak langsung membuktikan masyarakat ketika itu menyanjung tinggi kesusasteraan, budaya, tradisi ilmu dan pemikiran. Kedua-dua mereka bukan dari kalangan raja mahupun panglima perang yang menang perang, tetapi tokoh dan sarjana yang pemikirannya telah meresap jauh ke dalam jiwa dan sanubari masyarakat.
Marriott juga mengingatkan bahawa ancaman kepada peradaban bukan semata soal hilangnya akses kepada ilmu, malah berlaku lambakan, tetapi juga lunturnya kecintaan dan kesabaran untuk membaca, merenung, dan berfikir secara kritis dan mendalam.
Kita mungkin semakin kaya dengan maklumat, namun miskin dan papa dalam kebijaksanaan. Justeru, persoalannya bukan sekadar apakah manusia masih membaca, tetapi apakah manusia masih mahu berfikir.
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Semua tiada open tender! Contract maintenance selama 20thn. Ratusan juta wang rakyat meke telan. Cuba lihat mahligai Kucing Tua Pasir Salak! Inikah cara pendekar2 Umno memelihara agama dan ummah?
Adzman Kamaruddin retweeted
Macamana lah dia balun Anwar tanpa bersalah sebelum ni sedangkan dia sendiri pun bukan betul sangat.. Kesimpulannya, jangan percayakan orang politik 100%..🤔
Adzman Kamaruddin retweeted
Salam, saya nak jual kasut sebab beli kasut ni dulu macam semangat nak pakai. Sekarang dah tak rasa nak pakai. Siapa minat boleh whatsapp 0123633997. Kasut semua baru siap box. Boleh scroll thread untuk tengok dan harga. 1/5.
Adzman Kamaruddin retweeted
Tan Sri Azman Hashim tibai habis dari 1MDB ke Tabung Haji. Beliau sebut dulu Malaysia Boleh, sekarang Malaysia Semua Boleh. Kenapa? Sebab bila rasuah dah tak malu. Malu apa bosku?
Tokoh2 besar nampak benda ni dan dah jelak. Ini bukan lagi tentang politik tapi tentang 'nilai'.
Adzman Kamaruddin retweeted
AUKU dah mansuh. Sepatutnya tiada lagi halangan atau ancaman untuk mahasiswa dan mahasiswi bersuara.
Tapi mcm biasalah perangai samseng puak umno ni mana pernah berubah. Student UM yang outspoken haritu nampak gaya dah start dapat ugutan/ancaman dari puak-puak ni.
Adzman Kamaruddin retweeted
Saya menerima khabar bahawa Editor Kanan Makkal Osai, saudara Rajan Boopalan telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami darah beku di kepala.
Beberapa pegawai Pejabat Perdana Menteri telah mewakili saya menziarahi beliau di Hospital Selayang hari ini. Selain bertanya khabar dan menyampaikan salam saya, mereka turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan.
Saya mendoakan agar saudara Rajan diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali pulih seperti sedia kala. Semoga beliau dan keluarga diberi kekuatan untuk mengharungi saat yang mencabar ini.
Adzman Kamaruddin retweeted
Saya hadir untuk bersama dengan warga pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah dalam majlis peluncuran pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 sebagai ikhtiar Kerajaan MADANI meringankan beban mereka yang sekian lama berdepan pelbagai tantangan, termasuk persaingan industri dan tekanan kos sara hidup.
Pertemuan ini turut mengimbau kenangan sewaktu saya melalui detik-detik paling getir dalam perjuangan reformasi pada tahun 1998. Ketika ramai memilih untuk menjauh, sebahagian pemandu teksi tampil membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jasa dan ketulusan mereka kekal terpahat dalam ingatan saya hingga ke hari ini.
Saya turut tegaskan bahawa setiap hasil yang dijana negara harus akhirnya kembali memberi manfaat kepada rakyat. Tatkala kedudukan kewangan negara semakin mengukuh, adalah menjadi kewajiban Kerajaan MADANI untuk memastikan limpahan kemakmuran itu turut dirasai kelompok pekerja yang selama ini menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara.
Justeru, prinsip inilah yang akan terus mendasari perjuangan Kerajaan MADANI, yakni menghargai setiap sumbangan, membela yang memerlukan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] merupakan satu perkembangan penting dalam usaha kita memaknai reformasi institusi Parlimen, kebebasan Parlimen dan kematangan demokrasi berparlimen negara.
Saya menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak, termasuk kepimpinan Dewan Negara dan Dewan Rakyat, pihak Kerajaan, Bahagian Undang-Undang serta Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang bersama-sama memberikan dukungan bagi menjayakan reformasi ini.
Reformasi ini bukan sekadar soal kebebasan dan bidang kuasa, tetapi juga tanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme warga Parlimen, mutu perbahasan dan adab dalam berbeza pandangan.
Saya berharap kebebasan yang diperkukuh ini dimanfaatkan sebaiknya, dengan kerjasama semua pihak, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi demokrasi yang matang, berwibawa dan diyakini rakyat.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya.
Foto: FMT
Adzman Kamaruddin retweeted
Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen, terdiri daripada dua Ahli Kerajaan dan dua Ahli Kumpulan Pembangkang, selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869].
Ahli Kerajaan:
1. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
2. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad
Ahli Kumpulan Pembangkang:
1. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
2. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Selepas lebih tiga dekad dimansuhkan, Akta Perkhidmatan Parlimen kembali berkuat kuasa bagi memberikan autonomi kepada Parlimen untuk mengurus pentadbiran dan hal ehwalnya sendiri. Langkah ini merupakan penanda aras penting dalam reformasi institusi Parlimen, sekali gus memperkukuh kedudukan Parlimen sebagai tonggak demokrasi berparlimen negara.
Moga amanah yang diberikan kepada keempat-empat Ahli Dewan Rakyat ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan semangat kerjasama, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi yang bebas, berwibawa dan mengutamakan kepentingan rakyat.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Malam ini saya menyantuni keluarga besar Sumud Nusantara bersempena Global Sumud Flotilla Congress 2026 yang menghimpunkan solidariti masyarakat antarabangsa bagi memperjuangkan kebebasan Palestin serta membela hak serta maruah rakyatnya, termasuk di Gaza.
Penderitaan rakyat Palestin bukan soal agama atau bangsa, tetapi soal kemanusiaan dan hak setiap insan untuk hidup bebas, bermaruah serta menentukan nasib sendiri, justeru penjajahan, penindasan dan kekejaman terhadap orang awam tidak boleh dibiarkan berterusan.
Pelancaran Sumud Protocol malam ini menjadi satu langkah untuk menyelaraskan usaha pembebasan Palestin melalui lima jalur gerakan, meliputi perfileman, tindakan ahli parlimen, gerakan masyarakat sivil dan belia, flotila ke Gaza serta Kongres Global.
Resolusi Asas Gerakan Global Sumud yang dimeterai pula perlu diterjemahkan kepada tindakan bersama yang tersusun dan berterusan. Solidariti tidak harus terhenti pada kata-kata, sebaliknya perlu disusuli usaha nyata untuk memastikan hak rakyat Palestin terus diperjuangkan.
Insya-Allah, dengan kesungguhan dan kerjasama masyarakat antarabangsa, kita akan terus mengusahakan keadilan, hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta masa depan yang lebih aman dan bermaruah bagi rakyat Gaza.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Lawatan negara Raja Jordan, Raja Abdullah II, mencerminkan hubungan diplomatik Malaysia-Jordan yang kukuh dan berterusan sejak lebih enam dekad, di samping memperteguh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi dan pertahanan demi kepentingan bersama.
Lawatan ini memperlihatkan komitmen kedua-dua negara untuk terus mempererat hubungan persahabatan dan memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Adzman Kamaruddin retweeted
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dengan Belanjawan MADANI 2027 sebagai tumpuan utama dalam kerangka Waad Nasional yang telah saya usulkan semasa membentangkannya. Waad atau ‘covenant’ tersebut mesti berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, adil dan seimbang bagi menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum.
Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, Belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Mesyuarat turut menyentuh kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan.
Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#Belanjawan2027
Adzman Kamaruddin retweeted
Hari ini saya mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.
MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Daulat Tuanku!
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI


























































