Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm) header
Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm) profile picture

AI builder: @natcraftai Building https://teapawt.net/t.co/VGlY42HizN Writer for https://teapawt.net/t.co/ryOx2JXAvm

Joined May 2020
Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)Photo by Ameruddin Ibrahim (@ameruddinibrahm)
Ameruddin Ibrahim retweeted
guys final call baju boxcompute, lepas maghrib saya tutup order pay.chip-in.asia/hFBKx2WVEG9โ€ฆ
4
3
1
14
1,024
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” 20 Oktober 2026 ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—  ๐—ญ๐—˜๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ซ BERSAMA ingin menarik perhatian umum kepada krisis kewangan yang sedang melanda Zetrix AI Berhad (dahulunya MyEG Services Berhad) sedangkan ia sebuah syarikat berkepentingan awam yang mempunyai kesan besar kepada keselamatan negara. Setakat ini, perbincangan mengenai Zetrix AI Berhad hanya berlegar dikalangan pelabur di Bursa Kuala Lumpur akibat kejatuhan harga sahamnya secara mendadak. Tidak ada lagi ahli parlimen atau parti politik yang memberi tumpuan mengenai implikasi kejatuhan saham Zetrix kepada kepentingan awam. Mengikut pelaporan kewangan Zetrix sendiri, harga penutup sahamnya pada 1 April 2026 adalah 75.5 sen sesaham. Pada 19 Oktober 2026, harga sahamnya telah jatuh kepada 5 sen sesaham, iaitu penyusutan mendadak sebanyak 93.4% dalam tempoh enam bulan (terutamanya kejatuhan yang bermula pada 28 Ogos 2026). Berdasarkan maklumat awam yang diperolehi dari laporan-laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, berikut ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh dana-dana awam: ๐—ž๐—ช๐—ฆ๐—ฃ Jumlah saham Zetrix: 67,674,000 Maklumat setakat: 1 April 2026 ๐—ž๐—ช๐—”๐—ฃ Jumlah saham Zetrix: 390,090,000 Maklumat setakat: 2 Oktober 2025 ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ (๐—จ๐—๐—ฆ๐—•) Jumlah saham Zetrix: 211,507,500 Maklumat setakat: 1 April 2026 Maklumat terkini pegangan dana-dana awam di dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia tidak dilaporkan sehinggalah Laporan Tahun Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan. Walau bagaimana pun, berdasarkan maklumat pegangan setakat Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dipegang oleh ketiga-tiga dana awam ini adalah begitu besar. Sekiranya ketiga-tiga dana awam ini masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku pada 28 Ogos 2026, besar kemungkinan mereka terlepas peluang untuk menghadkan kerugian dan terpaksa terus memegang hingga sekarang. Jika ini berlaku, dana-dana awam KWSP, KWAP dan UJSB berdepan dengan potensi kerugian sebanyak RM472 juta (pada kerugian 70.5 sen setiap saham). Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix ini melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata. Sejak sebulan yang lalu, selain dari kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada JPJ sebanyak RM314 juta, Zetrix terus berdepan dengan masalah aliran tunai. Terbaru ialah pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix, yang sehingga kini masih belum diselesaikan. Umum mengetahui bahawa HeiTech Padu Berhad telah dianugerahkan kontrak bernilai RM1.05 bilion untuk membangunkan sebuah sistem imigresen bersepadu negara (NIISe). Semasa HeiTech Padu memenangi kontrak ini dalam tahun 2024, dua pemegang saham terbesarnya ialah Rosetta Partners Sdn Bhd (yang dikuasai bersama oleh DYMM Sultan Kelantan dan Farhash Wafa Salvador) dan Zetrix AI Berhad (sebelum itu dikenali sebagai MyEG Services Berhad). HeiTech Padu juga mengumumkan bahawa Zetrix adalah rakan teknologi yang akan bersama-sama membangunkan teknologi yang digunakan NIISe. Walau bagaimana pun, ekoran krisis kewangan yang melanda Zetrix, pada 2 September 2026 Zetrix telah menjual keseluruhan 16.9% pegangan di dalam HeiTech Padu, yang menimbulkan persoalan mengenai peranan Zetrix sebagai penyedia teknologi kepada projek NIISe ini. Berdasarkan perkembangan-perkembangan ini, saya berpandangan pentadbiran Madani, terutamanya Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan, tidak lagi berdiam diri dan berharap isu ini tidak disedari rakyat. Sebagai jaguh tata kelola negara, rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara-perkara berikut: 1. Berapa jumlah saham yang dipegang oleh GLIC (KWSP, KWAP dan UJSB) dan GLC (Maybank, CIMB dan lain-lain) pada 1 April 2026, untuk menunjukkan keterdedahan dana awam kepada krisis kewangan yang dihadapi Zetrix? 2. Berapa jumlah saham yang masih dipegang pada 20 Oktober 2026 dan berapa jumlah kerugian dana awam melalui GLIC dan GLC akibat krisis Zetrix ini? Berapa kerugian atas kertas (bagi saham-saham yang masih dipegang) dan berapa kerugian yang telah ditanggung (bagi saham-saham yang telah dijual antara 1 April 2026 hingga 20 Oktober 2026, berbanding harga pembelian asal)? 3. Syarikat mana yang menjadi pembekal teknologi kepada projek NIISe apabila Zetrix telah melupuskan pegangan di dalam HeiTech Padu dan apa kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu? Kejatuhan Zetrix membuka pekung kroni kapitalisme yang masih segar di bawah pentadbiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Saya akan memberi tumpuan kepada perkara ini sehinggalah rakyat mendapat jawapan yang memuaskan dan mereka yang terlibat disiasat; seperti mana saya memberi tumpuan kepada skandal-skandal kewangan dana awam yang terdahulu di bawah pentadbiran UMNO (1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA, NFC). Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ Kenyataan media penuh boleh diakses di laman web BERSAMA: bersama.org/ms/kenyataan-medโ€ฆ
20
157
13
333
21,878
Ameruddin Ibrahim retweeted
Lepas wife post kat Threads tadi, myUASA.com terus take off mcm roket. Connected devices: 2887 Study hours clocked: 106 hours
7
23
793
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐Ÿšจ2026 BAHRAIN GP RECAP ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ - It's not held in Bahrain - Torrential rain before the race - Half of the grid stopped on the track during the formation lap, bringing out a red flag - Half of the grid starts on slicks, the other on inters - Charles Leclerc was in P22 at some point of the race - Bottas spins on his own - Kimi Antonelli hits the pit entry bollard - Lewis Hamilton's masterclass comeback - Alex Albon stops on the track with gearbox issues, VSC deployed - The VSC evolves in a full SC - George Russell retires from the race behind the SC - Lando Norris forgets that the track has a Turn 1 - Max Verstappen wins the race - Fernando Alonso scores 4 points - Lance Stroll completes all the laps of the race ALL HAIL SEPANG
97
2,716
128
19,064
425,998
Ameruddin Ibrahim retweeted
Derek Sivers is always super interesting to listen to. Jim always asks great questions. Have taken a break from podcasts but definitely loading this one up.
"Pain's power relies on surprise. If you expect it, it's weaker. If you choose it, it's gone." Derek Sivers (@sivers is an author, entrepreneur, and TED speaker. He founded CD Baby, once the largest seller of independent music online, with more than $100 million in sales for over 150,000 musicians. After more than a year of saying no to every podcast, he said yes to this one. The conversation covers raising a son, why he moves countries on purpose, the certainty slider, leading a team as an explorer, and how AI can make you more independent from big tech. Out now on Infinite Loops, with host @jposhaughnessy. TIMESTAMPS 0:00 Intro 1:30 30 Hours a Week With His Son 4:41 From Manager to Consultant 9:57 Letting Kids Feel the Consequences 15:16 Why He Moves Countries on Purpose 22:31 Who We Become for Other People 28:47 Why Bangalore 32:35 Living Many Lives in One Lifetime 36:41 Using AI to Steelman the Other Side 42:24 A $1,000-a-Year Company for a China Visa 46:47 The Certainty Slider 55:49 Why Saying "I Don't Know" Builds Trust 58:18 Speaking Only When There Is Something to Say 1:00:21 Explorers vs. Straight-Line Leaders 1:07:22 Tech Independence and Punk Tech 1:11:12 How AI Can Make You More Independent 1:20:07 Science Is Punk 1:26:28 Cutting a Paragraph Down to One Line 1:31:25 The Vicious AI Critic 1:34:40 Restrictions Will Set You Free 1:38:07 Useful Not True and the Bridge of Nihilism
1
2
8
4,402
Ameruddin Ibrahim retweeted
Malaysiaโ€™s jailed former Prime Minister Najib Razak, a central figure in the countryโ€™s biggest corruption scandal, has been granted a bid to serve the remainder of his jail term under house arrest bloomberg.com/news/articles/โ€ฆ
13
68
10
85
41,090
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Berita mengenai pengampunan bersyarat dan pelepasan tahanan di rumah yang diberikan kepada Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak semestinya diterima berbeza-beza oleh pelbagai lapisan rakyat. Ada yang marah, ada yang kecewa, ada yang gembira. Saya berharap rakyat diberi ruang untuk menzahirkan pandangan mereka selagi di dalam batas undang-undang. Saya juga berharap rakyat biasa berpada-pada dalam menzahirkan pandangan mengenai perkara ini kerana ia telah berlaku, dan ia berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PH dari PKR, DAP dan AMANAH untuk memberi penjelasan yang sebaiknya, serta tidak mengulangi hujah yang sama iaitu perkara ini adalah di luar kawalan mereka. Ini bukan soal politik, tetapi hutang yang Datoโ€™ Seri Anwar dan PH ada kepada rakyat mengenai 1MDB, terutamanya individu-individu tidak bernama yang mengambil risiko besar dalam menjalankan tugas harian mereka sehingga isu 1MDB diketahui umum. Datoโ€™ Seri Anwar mendapat laba besar dari isu 1MDB. Selain dari ucapan di Parlimen yang ditulis oleh penulis-penulis ucapan, beliau tidak ke depan memperhalusi skandal 1MDB berbanding ramai rakyat biasa yang lain. Di kemuncak pertembungan skandal 1MDB di antara tahun 2015 hingga 2018, beliau berada di penjara. Tanggungjawab memperjuangkan hak rakyat bersabit 1MDB digalas oleh rakyat biasa di kalangan penjawat awam, media dan aktivis. Ramai dari mereka ini tidak bernama. Skandal 1MDB juga meyakinkan sebahagian rakyat yang tidak pernah mengundi PH untuk memilih PH menjadi kerajaan dalam pilihan raya 2018. Maka, adalah wajar Datoโ€™ Seri Anwar dan kepimpinan PH menjelaskan kepada rakyat mengenai pelepasan tahanan di rumah yang diberikan kepada Datoโ€™ Seri Najib, walaupun sekadar untuk menenangkan rakyat yang kecewa dengan keputusan ini. Paling kurang, Datoโ€™ Seri Anwar perlu mengumumkan syarat-syarat tahanan di rumah secara terperinci, supaya jika ada pelanggaran yang nyata; tindakan boleh diambil. Biarlah rakyat biasa menjadi mata dan telinga masyarakat agar pelepasan tahanan di rumah ini dilaksanakan secara tegas mengikut syarat-syarat yang dikenakan. Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai rasa mendalam mengenai penyelewengan 1MDB dan rentetan isu akibat skandal itu, saya berharap kita sama-sama sedar bahawa tanggungjawab menjaga amanah rakyat itu adalah satu kerja berterusan yang tidak akan berhenti. Menjadi tanggungjawab kita untuk terus mendidik golongan muda mengenai apa yang berlaku dan peri penting usaha berterusan membudayakan pentadbiran negara dengan integriti. Kepada Datoโ€™ Seri Najib, keluarga dan penyokong mereka, saya berharap mereka memahami bahawa luka dari skandal 1MDB ini adalah dalam bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Sementara saya berlapang dada dengan keputusan yang telah dibuat, sebaik-baiknya proses tahanan di rumah itu berjalan dengan senyap untuk tidak mengundang pelbagai reaksi yang lain. Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ
117
584
25
1,094
78,339
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti pengumuman hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi hari ini - baik yang hadir ke PJ Pac ataupun yang menonton secara langsung di saluran media sosial. Bermula dari saat ini, BERSAMA menjemput orang ramai yang hadir, semua yang menonton, dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mendaftar sebagai ahli BERSAMA. Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman bersama.org Saya juga menjemput orang ramai untuk menyumbang secara crowdfunding kepada BERSAMA, yang boleh dibuat secara online di laman bersama.org atau secara manual ke bank akaun BERSAMA. Maklumat sumbangan online dan maklumat bank boleh diperolehi di laman web yang sama. Saya juga telah menerima makluman awal berkenaan beberapa isu teknikal yang dihadapi oleh beberapa pengguna semasa pendaftaran ahli. Isu-isu teknikal ini sedang diselesaikan oleh pasukan teknikal. Jikalau anda menghadapi isu-isu teknikal ini, boleh ikuti beberapa langkah: ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—— ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ถ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป (๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—ป) Pengguna yang mengalami isu ini akan menerima satu emel khas daripada BERSAMA mengandungi satu pautan untuk menyambung dan melengkapkan pendaftaran. ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป Isu ini terjadi kepada pelayar Safari di iOS dan isu ini telah diselesaikan. Sekiranya masalah yang sama masih berulang, pohon menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome untuk mendaftar. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir hari ini. Makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke masa selepas ini.
85
320
14
1,061
33,933
Ameruddin Ibrahim retweeted
Bersama went with Sang Kancil as its logo
22
408
53
1,472
205,443
Ameruddin Ibrahim retweeted
My app ranked 6th on a random day ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ˜‚
17
10
96
7,139
Ameruddin Ibrahim retweeted
In life, an ally or most importantly a genuine friend like @WongChen_MY is rare and hard to come by. Mari lah ribut, mari lah taufan, mari lah ugutan apa sekalipun, tetap bersama di belakang sahabat seperjuangan.
11
156
6
652
54,381
Ameruddin Ibrahim retweeted
TNG bakal hilang monopoli. Kehilangan fungsi auto debit ni menunjukan ada perubahan besar dalam sistem pembayaran tol kita nanti. Kemungkinan besar, bank 100% tempatan akan masuk campur untuk membantu sistem baru iaitu JustGo. Sistem JustGo dilancarkan pada bulan Januari hari tu tapi ramai tak terbaca berita tu. JustGo ada abiliti untuk baca nombor plet dan banyak lagi. Kita dah boleh download aplikasi ni untuk cuba.
79
1,100
33
3,411
214,757
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ Ucapan di demo perlu pendek. Saya diminta memberi ucapan yang terakhir di demo Tangkap Azam Baki hari ini. Tidak banyak yang boleh disebut dalam 10 minit. Hanya perkara pokok kenapa kita perlu terus bersuara. Yang paling penting, kenapa perjalanan kita membuang barah rasuah dalam masyarakat masih panjang. Sebab sistem negara dan masyarakat kita masih berteraskan wang dan kedudukan. Ia saling berkait. Orang mengejar kedudukan untuk mendapatkan wang, dengan wang boleh mendapatkan kedudukan. Dengan wang dan kedudukan, semuanya boleh dibeli. Jika rasuah berleluasa, peraturan kepada rakyat biasa tidak sama dengan peraturan kepada orang yang ada wang dan kedudukan. Sebab itu kita kena lawan rasuah, supaya masyarakat kita tidak tewas kepada godaan wang bila mereka diberi kedudukan yang ada amanah. Selagi kita tidak dapat lakukan ini, demo hari ini hanyalah satu episod dari episod yang panjang.
30
318
14
924
74,985
Ameruddin Ibrahim retweeted
Ini video yang disoalsiasat. Di mana berita palsunya? Saya tengok dari awal sampai hujung. Semuanya fakta yang telah pun dikongsikan pada umum. Apa yang galak sangat nak lindungi Azam Baki, nak bazirkan masa pegawai penyiasat, nak takutkan rakyat.
KENYATAAN MEDIA MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU TERHADAP SPRM; MCMC BUKA KERTAS SIASATAN #MCMC
16
343
14
468
39,927
Aku walaupun bergaji tetap, aku pernah try part time FnB dan courier. Apa aku nampak? Budakยฒ tempatan kita komited buat kerja. Stop bagi alasan anakยฒ tempatan tak suka kerja renyah Isu lambakan warga asing ni punca dia adalah majikan yang nak tenaga kerja murah + politicians ๐Ÿ’๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
65
2,469
41
5,775
151,107
Ameruddin Ibrahim retweeted
28 April 2026, 10am.
27
136
13
344
21,529
Ameruddin Ibrahim retweeted
Saya telah menerima surat tunjuk sebab yang terbaru daripada PKR bertarikh 9 April 2026. Berikut merupakan jawapan balas saya: ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐Ÿต ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab kedua yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin bertarikh 9 April 2026, dengan rujukan LD2025-2028/TS/030. 2. Berikut adalah penjelasan bertulis saya seperti yang dikehendaki:
75
425
48
1,131
89,651
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐— ๐—ซ, ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Datoโ€™ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Datoโ€™ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Datoโ€™ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Datoโ€™ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: โ€œYou ada the final say. Iโ€™ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, thatโ€™s your decision. You donโ€™t have to plead macam niโ€ Jawapan Datoโ€™ Seri Anwar: โ€œSaya tak mahulah nanti you buat kecohโ€ Saya jawab balik: โ€œAkhirnya itโ€™s your decision. Saya hanya minta Datoโ€™ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.โ€ Datoโ€™ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Datoโ€™ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Datoโ€™ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.
127
543
50
1,315
107,880
Ameruddin Ibrahim retweeted
๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Berita wajib tiap-tiap hari kebelakangan ini ialah โ€œRafizi Menteri Paling Gagal, Patut Bersara Dari Politikโ€. Seluruh media; dari media perdana ke media ceplos akan ulang perkara yang sama. Koordinasi berita-berita ini sangat baik. Sudah tentu serangan dan naratif โ€œmenteri gagalโ€ ini disusun; ada kumpulan berpengaruh di belakang naratif ini. Sebabnya individu-individu yang buat serangan dan gesaan ini, orang pun tak kenal. Kalau tidak disusun, saya tak rasa media-media utama di negara ini sudi menghabiskan ruang media mereka melaporkan komen-komen mereka. Ini antara individu-individu yang disusun untuk mengulangi serangan - cuba tengok mana yang betul-betul anda kenal sebelum ini: Ng Lum Yong - konon pengasas PKR yang kemudian masuk MCA dan tiap-tiap hari maki Anwar Ibrahim sebelum ini Faizan Mohd Noor - konon aktivis politik? Eyh aktivis politik senang-senang masuk berita, berlambak lagi menteri yang berhari-hari media tak cover Mahmud Epah - yang dapat 721 undi sahaja dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas Saya akan jawab tuduhan-tuduhan โ€œmenteri gagalโ€ ini dalam Podcast YBM #42 hari Jumaat ini. Saya tidaklah terkejut dengan serangan-serangan ini kerana ia cubaan untuk mengalih perhatian. Tapi saya juga sedar saya pun ada banyak perkara yang gagal. Saya gagal berdiam diri bila saya rasa ada rasuah, lagi tinggi pangkat, lagi kuat saya bersuara. Sebahagian kegagalan saya itu ada kesan kepada masyarakat. Minggu ini, Datoโ€™ Seri Najib diarahkan membayar lebih RM5 bilion kepada kerajaan akibat penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB. Masa saya mula-mula dedah mengenai SRC dan 1MDB, ramai pencacai yang memaki fitnah, gagal, sotong dan macam-macam. Minggu ini, mahkamah membuktikan kegagalan saya itu ada kebenaran. Minggu ini juga, kenyataan saya yang menamakan Naib Presiden PKR, R Ramanan sebagai ahli parlimen yang menerima RM9.5 juta dari Victor Chin dalam kes mafia korporat masih tidak dicabar. Saya juga gagal dalam membodek. Kalau harga tidak membodek itu bermakna saya diserang, dimaki atau dicerca, saya gagal takut dan tidak sekali-kali akan membodek sesiapa pun yang berkuasa. Saya juga gagal berhenti walau disiasat, disaman, dikenakan tekanan. Jumlah kes dan siasatan yang saya terpaksa lalui sejak 2010 hingga sekarang sudah mencecah 20 kes, sebahagiannya menyebabkan saya dilokap dan dijatuhkan hukuman penjara. Tapi saya tetap gagal berhenti. Yang paling saya gagal ialah saya gagal meletakkan kepentingan peribadi dan keluarga saya setelah saya pikul amanah jadi ahli parlimen. Setelah anak saya diserang, isteri saya diugut, sepatutnya saya ikut saja apa yang mereka mahu - saya berhenti dari politik, cium tangan dan membodek, walaupun saya tahu ada perkara yang tidak kena. Tapi sebab saya sudah setuju untuk pikul amanah, mahu tidak mahu, selagi itulah saya perlu teruskan kegagalan saya. Biarlah gagal di mata manusia, apatah lagi di mata pencacai berbayar, daripada gagal di mata Allah.
55
187
10
600
21,843