ammarsaludin retweeted
Ada usaha yg kita buat, hasilnya nampak serta-merta.
Ada yg esok baru nampak.
Ada yg bulan depan baru nampak.
Ada yg makan tahun.
Ada yg kita dah tua baru nampak.
Ada yg kita tak nampak pun, tp anak cucu cicit kita yg nampak.
Apa2 pun, berusahalah, dan sabarlah dalam usaha.
ammarsaludin retweeted
Banyak sebenarnya kebaikan menjaga pandangan (ghad al-basar). Bila sebut ni kita biasa fikir lelaki perempuan mesti tundukkan pandangan.
Tapi bukan tu je, banyak lagi kena ghad al-basar. Ghad al-basar daripada melihat kemewahan orang lain supaya kita lebih bersyukur.
Tunduk
ammarsaludin retweeted
Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
ammarsaludin retweeted
Khutbah Sebelum Nikah In Case Kau Tak Pay Attention utk Jadi Suami yg Baik
Satu point je kena ingat dan tanam ulang² dalam diri.
(Thread)
ammarsaludin retweeted
Umur Yang Baik
Setiap orang berhasrat untuk menjadi orang yang terbaik lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lanjut umur. Setiap orang mengharapkan agar sisa-sisa umur yang ada dapat melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Namun, adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?
Satu daripada kelompok orang yang terbaik adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Hadis Rasulullah SAW:
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ
Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." (Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih
Mukmin yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa melakukan amal soleh. Dengan sebab umur yang bertambah membolehkannya melakukan amal soleh yang pelbagai dan berterusan.
Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Modal yang banyak akan memberi peluang yang luas untuk dilaburkan dan peluang meraih keuntungan lebih banyak juga cerah. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.
Gunakanlah sebaik mungkin modal umurnya, modal kesihatan serta pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah sebagai modal untuk melakukan amal soleh. Gunakanlah semua modal yang ada untuk kita meraih pahala khususnya pahala yang berterusan walaupun kita telah meninggal dunia nanti.
Berkata Al Munawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini menyebutkan:
خير الناس من طال عمره وحسن عمله ) لان من كثر خيره كلما امتد عمره وكثر أجره وضوعفت درجاته( وشر الناس من طال عمره وساء عمله ) لان الاوقات كرأس مال التاجر وكلما كان رأس المال كثيرا كان الربح أكثر
“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik perbuatannya”, kerana barangsiapa yang banyak kebaikannya setiap kali ia bertambah umurnya dan bertambah pahalanya dan ditinggikan kedudukannya, sedangkan “seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya”, kerana waktu adalah seperti modal seorang pedagang dan setiap kali modalnya banyak, nescaya keuntungan akan lebih banyak.” Lihat kitab At Taisir Bisyarh Al jami’ Ash Shaghir, 1/1071.
Ali RA lebih menyukai orang yang mati setelah usia lanjut di mana usia yang lanjut digunakan untuk mengenali Allah berbanding kanak-kanak yang meninggal semasa kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. Kata Ali:
مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ
“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Allah adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tayyibi)
Namun perlu diingat, hadis di atas juga menyebutkan orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.
Umur yang lanjut tetap ada kebaikannya. Nabi SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang suka berbuat kejahatan pula, barangkali dia akan berubah (bertaubat).” (HR Bukhari)
Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fixed deposit berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.
ammarsaludin retweeted
Korang tau tak, Universiti Malaysia Pahang ada bangunkan bas pintar tanpa pemandu?
Projek ni mereka panggil Smart Campus Autonomous Vehicle (SCAV) dan pembangunannya telah bermula sejak 2021 lagi. Baru2 ni April 2023...
ammarsaludin retweeted
Nak beli PS5 harga RM1000? Lepas bank in, seller block?
Segera telefon 997. Perkhidmatan yang disediakan hasil kerjasama Bank Negara, PDRM, SKMM dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan bank-bank dan telco.
Nombor 3 digit yang mudah diingat dan perlu disimpan sebagai nombor kecemasan kedua anda selepas pasangan.
Dengan laporan anda yang pantas, Pusat Respons Scam Kebangsaan ini boleh menyekat transaksi walaupun ia telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun bank (dalam negara) yang berbeza.
Ia boleh membantu anda mengelakkan kerugian tambahan, mencari semula duit anda, siasatan jenayah, dan menguatkuasa undang-undang.
Apa sahaja jenis scam dalam talian. Macau scam, phishing scams, Macau scams, malware attack scams, COD tak sampai atau parcel scams dan love scams.
Talian ini boleh diakses pada setiap hari jam 8 pagi - 8 malam.
Copy paste dari WhatsApp
ammarsaludin retweeted
Bulan Ramadan belum menjelma, namun lagu Raya sudah diperdendangkan di serata kedai.
Jika Ramadan itu seorang manusia, terlukakah hatinya?
ammarsaludin retweeted
Excel tricks untuk fresh grad/pelajar intern.
Korang boleh cuba belajar dari awal sebelum masuk alam pekerjaan 👇
ammarsaludin retweeted
Sekecil-kecil ujian yang Allah beri, pasti ada sebesar-besar hikmah yang mendatang. Maka, bersabarlah demi Tuhanmu, Allah.
-Ustaz Kazim Elias-
ammarsaludin retweeted
"Jika Allah ﷻ mengambil sesuatu daripadamu yang tidak kau sangka kehilangannya, maka kelak Allah ﷻ akan memberikanmu sesuatu yang tidak kau sangka akan memilikinya."
-Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi-
ammarsaludin retweeted
Sebab godaannya sangat dahsyat.
Sama macam kita pada hari ini tahu sesuatu benda itu haram, tapi kita tetap buat sebab tergoda.
Godaan Dajjal jauh lebih besar berbanding apa yang kita mampu bayangkan.
This Post is from an account that no longer exists. Learn more
ammarsaludin retweeted
Apa saja ujian dalam hidup ini sebenarnya ujian tauhid.
Kita kena yakin dalam hati - "solat is the solution and doa is the most powerful weapon."
Selagi mana kita yakin dan percaya dengan janji Allah, ketenangan akan segera hadir. ❤️
ammarsaludin retweeted
Dosa yang paling besar yang banyak dilakukan oleh manusia pada hari ini dan hampir ada di dalam setiap rumah ialah dosa meninggalkan solat.
- Ustaz Wadi Annuar -
ammarsaludin retweeted
Satu kes rompakan bersenjata telah berlaku di Klang dan menyebabkan 4 suspek menjadi PDRM 'Most Wanted' minggu ini.
Ini thread analisa.






























