Tak faham la fb dengan ig ni. Sekali je boleh. Dah buat auto fb reels terus auto post kat ig jugak. Dah berapa kali try tak boleh. Itu hari jela sekali first time buat jadi.
296
Elly 🤍 retweeted
LANGKAWI BERJAYA HASILKAN TIRAM BERKUALITI ANTARABANGSA
Kita mungkin fikir tiram berkualiti tinggi hanya datang dari Jepun, Perancis, Australia atau Korea Selatan kan?
For your information, usahawan Bumiputera di Langkawi sudah berjaya menghasilkan tiram tempatan yang berkualiti tinggi dan mendapat permintaan pasaran.
Apa yang menarik, projek ini bukan sekadar kisah kejayaan penternakan tiram. Ia adalah contoh bagaimana ekonomi biru (Blue Economy) boleh diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan pembangunan komuniti setempat.
Tiram yang diternak di Langkawi hari ini bukan sahaja mendapat permintaan daripada pengeluar sos tiram, malah turut dibekalkan kepada hotel dan resort mewah di pulau itu sendiri.
Ini bukti produk tempatan mampu memenuhi piawaian industri hospitaliti dan pelancongan bertaraf tinggi.
Paling dibanggakan, operasi ladang ini memanfaatkan penggunaan tenaga solar yang dibantu oleh UEM menerusi inisiatif komuniti.
Selain membantu mengurangkan kos operasi, penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar boleh bergerak seiring.
Tahniah kepada UEM yang menunjukkan keprihatinan terhadap komuniti kecil melalui sokongan pembiayaan, infrastruktur dan bimbingan teknikal sehingga berjaya membantu melahirkan usahawan baharu.
Daripada sekumpulan kawan yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19, mereka kini berjaya membina perusahaan sendiri yang memberi manfaat kepada keluarga dan komuniti setempat.
Inilah contoh sebenar bagaimana kerjasama antara sektor swasta, institusi ilmu dan komuniti mampu melahirkan model pembangunan yang berdaya tahan.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke lebih banyak kawasan. Mudah-mudahan suatu hari nanti, tiram Langkawi bukan sahaja menjadi kebanggaan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan dikenali di peringkat global sebagai antara produk premium negara.
Daripada kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 kepada membina jenama sendiri yang pernah menjadi sebahagian daripada hidangan delegasi ASEAN.
Ini bukti bahawa dengan peluang, sokongan dan kesungguhan, kejayaan boleh lahir daripada cabaran yang paling sukar.
Last makan abc yg sedap kat pd. Jauh nau nak pergi sana semata nak mkn tu je 🤣 entahlah. Sebenarnya biasa je. Sbb masa pregnant teringin nak mkn tapi asyik dpt yg ntah pape. Pastu bila ek bulan lepas ke 2 bulan lepas pergi makan kat tepi pantai baru terasa mcm makan abc sebenar.
116
Ni dah 2 kali ya barang ada kesan kena toreh 🙄 kalau jahanam barang dalam parcel tu tahu tak menyusahkan orang nak mintak refund ke return bagai tu.
81





