M 🇲🇾🏴 retweeted
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan, manakala wakil DAP lain kekal dalam Kabinet.
Anthony Loke letak jawatan menteri, wakil DAP lain kekal dalam Kabinet
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan, manakala wakil DAP lain kekal dalam Kabinet.
M 🇲🇾🏴 retweeted
Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy 💅
🇲🇾🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#GuruMADANI
M 🇲🇾🏴 retweeted
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Saya berbangga kerana kita diberi kesempatan meraikan pengorbanan dan kebebasan, di samping terus merangkul seluruh kekuatan rakyat yang rencam kaum dan agama di bawah panji Jalur Gemilang.
Merdeka! 🇲🇾
#YakinMADANI
#Merdeka69
M 🇲🇾🏴 retweeted
The performance of the Malaysian economy in the second quarter of 2026 was released today.
For highlights and more, read our report at bnm.gov.my/gdp2q26en
#GDP #2Q2026BNMQuarterlyBulletin
M 🇲🇾🏴 retweeted
Alhamdulillah, tatkala ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan global dan pergolakan di Asia Barat, angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dicatat melonjak sebanyak 6% pada suku kedua 2026.
Kadar pertumbuhan ini mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014.
Kekuatan ini dimungkinkan oleh ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memastikan kehidupan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk oleh tempias inflasi dunia rentetan krisis di Asia Barat. Selain bantuan seperti BUDI MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak yang telah diusahakan Kerajaan MADANI di sebalik tabir untuk mengawal harga serta memastikan bekalan terus mencukupi.
Saya menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI untuk memastikan bukan sahaja momentum pertumbuhan ini kekal lestari, tetapi kekayaan dan kemajuan negara dapat dikecapi bersama oleh seluruh rakyat melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan kekal pada landasan reformasi untuk mengangkat darjat rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi tanah air yang tercinta.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
M 🇲🇾🏴 retweeted
Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang akan mengambil bahagian dalam pesta demokrasi esok.
Saya yakin para pengundi meyakini HARAPAN sebagai gabungan yang telah meningkatkan martabat dan harakat rakyat negeri ke tahap yang membanggakan di penggal-penggal terdahulu.
Segala retorik perkauman mesti ditolak kerana kita yakin nikmat pembangunan mesti dirasai setiap rakyat tanpa mengira kaum.
Kekal HARAPAN! 🚩
#KekalHARAPAN
#UndiHARAPAN
M 🇲🇾🏴 retweeted
Perdagangan Malaysia mengukuh 44.7% kepada RM340.9 bilion pada Jun 2026, disokong peningkatan aliran eksport (+45.4%) dan import (+43.9%).
#StatsMalaysia
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti
#BE2026
#BanciEkonomi2026
#EconomicCensus2026
M 🇲🇾🏴 retweeted
Saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan nada saya. Teguran itu bukan kerana marah, tetapi luahan daripada sanubari saya yang mahu melihat martabat dan maruah negara ini diangkat ke tahap tertinggi.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
M 🇲🇾🏴 retweeted
Dalam jawapan saya di Dewan Negara hari ini, saya menjelaskan bahawa kes eFishery merupakan dakwaan penipuan korporat yang turut menjerat pelabur terkemuka dunia seperti Temasek, SoftBank dan 42XFund. KWAP bukan satu-satunya pelabur yang terkesan.
Walaupun kerugian pelaburan itu telah diambil kira pada 2024, KWAP tetap mencatat keuntungan bersih RM12.9 bilion dengan pertumbuhan nilai dana sebanyak 9.3%, sekali gus mencerminkan pengurusan dana yang profesional dan berhemat.
Melalui ikhtiar GEAR-uP, KWAP bersama GLIC lain akan terus meningkatkan pelaburan dalam syarikat tempatan berpotensi seperti ZUS Coffee, Bateriku dan Lapasar demi menjana pulangan mampan, memperkukuh ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada anak Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
M 🇲🇾🏴 retweeted
Alhamdulillah. Malam tadi telah berlangsung Majlis Doa Selamat di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan DUN Parit Raja.
M 🇲🇾🏴 retweeted
Alhamdulillah dan terima kasih!
Malam tadi, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan nama saya secara rasmi sebagai bakal calon daripada Pakatan Harapan bagi kerusi N22 DUN Parit Raja pada Pilihanraya Negeri Johor akan datang. – at Seri Gading, Johor
M 🇲🇾🏴 retweeted
Bagi yang malas nak baca panjang or TLDR, ini summary jawapan saya:
1) Pecat Undang kena ada persetujuan ahli DKU lain?
Jawapan: Proses pecat tu kuasa mutlak Adat dalam Luak tu sendiri, bukan urusan luak lain. DKU cuma perakui pemecatan tu dan bertindak sebagai penasihat, bukannya buat undian setuju atau tak. Keputusan perakuan tu adalah muktamad.
2) Yamtuan tak boleh panggil DUN & Undang kononnya Co-Ruler?
Jawapan saya: Kuasa panggil DUN tak perlukan green light atau persetujuan Undang, ia dibuat atas nasihat EXCO. Undang juga BUKAN Pemerintah Bersama/Co-Ruler yang setara tarafnya dengan Yamtuan. Di bawah perlembagaan, Yamtuan kekal sebagai pemerintah tertinggi negeri.
3) Ahli DKU boleh panggil mesyuarat sendiri macam syarikat?
Jawapan saya: DKU tu majlis adat rasmi negeri yang diatur oleh Perlembagaan, bukan BOD syarikat korporat. Yamtuan WAJIB jadi Pengerusi. Tak wujud pun kuasa untuk kelompok ahli DKU memandai-mandai buat atau panggil persidangan sendiri kat luar.
Penjelasan panjang lebar, ada di bawah. Tak tahu kenapa tak boleh buat thread, so, sis reply myself ajalah.
M 🇲🇾🏴 retweeted
Banksy has unveiled a new sculpture of a man stepping off a stone base with his face obscured by a flag.
The overnight installation in Waterloo Place, London, was revealed in a video shared by the artist, and has drawn fans of his politically charged works.
Banksy sculpture appears to show politician blinded by his own flag
More on Aljazeera.com
M 🇲🇾🏴 retweeted
Mesyuarat bersama YAB Perdana Menteri membincangkan hala tuju @KUSKOPMalaysia bagi tahun 2026.
Saya mengemukakan beberapa cadangan dasar untuk membantu PMKS, termasuk isu pencukaian, pengurangan birokrasi dan akses kepada modal. Cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada Isnin depan.
Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan.
Tahun 2026 ialah tahun kita hebatkan perniagaan Malaysia. 🇲🇾
Make Malaysian businesses great! 🇲🇾
M 🇲🇾🏴 retweeted
Hari pertama di KUSKOP: Untuk 1 tahun ini, KUSKOP akan fokus seluruh usaha dalam Strategi ABCD untuk mengemudi ekonomi rakyat Malaysia:
Anjakan productiviti
Birokrasi dipermudahkan
Capaian modal
Daya akses pasaran
3 keputusan pertama pada hari pertama saya di Kementerian:
1) moratorium pembayaran balik pinjaman tanpa faedah kpd MSME & koperasi yg terkesan dgn bencana banjir seluruh negara di bawah 7 agensi KUSKOP.
2) Peningkatan modal mikrokredit untuk PMKS Malaysia: Bumiputera Melayu, Sabah, Sarawak dr RM300J ke RM500J; komuniti India RM30J ke RM50J; skim pembiayaan mikrokredit baru PMKS komuniti Cina RM50J. Penambahan pasaran modal mikrokredit sebanyak RM270J!
3) Arahan kepada pengurusan tertinggi untuk serta merta menyemak semula proses & kos birokrasi merentas seluruh Kementerian untuk mengurangkan karenah birokrasi bagi meningkatkan kecekapan dan mewujudkan persekitaran lebih mesra perniagaan. Hasilnya lanjut akan diumumkan bulan Januari 2026!
Jalan teruih!
@KUSKOPMalaysia
#BeritaFMT Dana biaya Bumiputera, usahawan India naik tahun depan freemalaysiatoday.com/catego…
M 🇲🇾🏴 retweeted
Setelah hampir enam bulan berunding, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS sudah dimeterai! Ini bukan pilihan kita, tapi realiti geopolitik yang kita hadapi untuk pertahan akses ke pasaran eksport terbesar kita. Kepada yang kritik, tolonglah berhujah dengan fakta, bukan fitnah! Kami, Kerajaan MADANI, bertindak pantas dan berprinsip untuk melindungi mata pencarian jutaan rakyat Malaysia. Hasilnya? Kadar tarif AS berjaya diturunkan dari 25% kepada 19%, malah kita dapat pengecualian untuk 1,711 barisan tarif produk utama bernilai RM22 bilion!
Isu garis merah negara seperti hak Bumiputera dan standard Halal kita pertahankan, tiada satu klausa pun yang melanggarnya.
Pembelian berjumlah RM1 trilion dari AS? Senarai perolehan di bawah perjanjian ini bukan perkara baharu. Saya ada terangkan pada bulan Ogos yang lepas di Parlimen. Pembelian-pembelian yang bakal dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan merupakan cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada Kerajaan. Apa yang kita buat, kita tanya kepada syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia dan juga GLC, apakah perancangan pembelian mereka dari Amerika Syarikat dan kita senaraikan semua pembelian tersebut. Kalau tak ada tarif pun, memang mereka akan beli juga kerana ia adalah perolehan yang telah dirancang.
Sebagai contoh, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada bulan Mac 2025, jauh lebih awal daripada tarikh pengumuman tarif oleh Trump.
Samalah juga dengan cadangan perolehan LNG oleh PETRONAS. PETRONAS sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat. Sebelum pengumuman tarif pun PETRONAS dah beli LNG dari Amerika Syarikat. Tapi sebab kita tak kerja di PETRONAS, bila dengar pengumuman sahaja, terus melompat, sedangkan perkara ini bukan baharu. Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial PETRONAS bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa.
ART ini adalah pagar yang kita bina, memastikan tindakan selepas ini mesti melalui rundingan, bukan ugutan unilateral. Kedaulatan negara tetap terpelihara! 🇲🇾
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #parlimen #dewanrakyat
M 🇲🇾🏴 retweeted
Kerajaan didesak tak tunduk cubaan halang RUU Pekerja Gig - UNI-MLC
#BHnsional RUU Pekerja GIG 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen minggu depan antara lain membabitkan perlindungan pekerja gig termasuk melindungi hak pekerja dan kewajipan entiti kontrak
bharian.com.my/berita/nasion…




































