Yusoff Bachek (@mohayusba) header
Yusoff Bachek (@mohayusba) profile picture

Pelajar sepanjang hayat dan membantu mencerdaskan. Membantu Malaysia menjadi lebih madani.

Kajang, Selangor
Joined February 2012
Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)Photo by Yusoff Bachek (@mohayusba)
Yusoff Bachek retweeted
Saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping, sebagai penutup kepada acara lawatan rasmi ke Shenzhen di bawah kerangka Sidang Kemuncak APEC 2026 yang baru selesai. Saya menzahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan Presiden Xi yang terus memainkan peranan penting dalam mencorak landskap geopolitik dan tatacara dunia (world order), khususnya kebijaksanaan beliau dalam mengemudi hubungan antara kuasa-kuasa besar serta memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun. Saya turut menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan China menganjurkan Sidang Kemuncak APEC 2026 dengan begitu cemerlang, sekaligus memperlihatkan keupayaan luar biasa negara itu dari sudut pembangunan prasarana, kecekapan pentadbiran dan penyelarasan organisasi yang mantap. Lebih bermakna, pendekatan China yang memberikan penghormatan dan layanan saksama kepada semua negara, tanpa mengira kekuatan ekonomi mahupun kedudukan geopolitik, wajar dijadikan teladan dalam membina tatanan antarabangsa yang lebih adil dan bermaruah. Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama China, tanpa tunduk kepada sebarang tekanan luar, berteraskan prinsip saling menghormati, kepercayaan dan kepentingan bersama demi kemakmuran kedua-dua negara serta kesejahteraan rantau ini. #APEC2026 #DiplomasiMADANI
90
208
10
2,323
104,304
Hanya haters dan CT berbayar berusaha bersungguh untuk beri gambaran sebaliknya.
Welcome home Mr. Prime Minister @anwaribrahim
5
145
Hanya haters dan CT berbayar yang cuba gambarkan sebaliknya.
Mabuhay 💪
2
8
116
Yusoff Bachek retweeted
Kredit TikTok InfiruMY. Malaysia tak sempurna, tapi kita tak mudah mengalah.
10
111
1
508
5,512
Jom hadir dengar nasihat dari para ulamak yang tidak ikut nafsu politik.
20
Who then should resign? Any suggestion?
5
138
Mat Maslan nacam? Buat malu orang Pontian aje.
2
3
1
13
174
Benarkah ini yang berlaku?
5
130
Yusoff Bachek retweeted
Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Melaka, semoga amanah ini digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat. Penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi, serta jentera dan semua calon Pakatan Harapan yang telah bekerja keras. Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat, dan Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat.
97
236
22
1,751
102,193
Warkah Terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. (Risalah Al-Muluk). Beza pendapat bukan menjebat Luah rasa bukan menderhaka. FA #DaulatTuanku
17
562
11
1,332
51,761
Sejarah membuktikan bahawa kekejaman bukan ditentukan oleh seseorang itu beragama Islam atau bukan Islam, tetapi oleh ketamakan terhadap kuasa. Apabila kuasa menjadi matlamat utama, sesiapa sahaja yang dianggap ancaman sanggup disingkirkan, bahkan dibunuh, demi mengekalkan ...
1
1
82
...mengekalkan kekuasaan. Kezaliman tidak mengenal agama, bangsa atau keturunan. Ia lahir apabila kerakusan mengatasi nilai kemanusiaan dan keadilan.
51
Kekejaman tentera Umayyad terhadap mush politik mereka. Selepas Zayd bin Ali terbunuh pada tahun 740M, pengikutnya mengebumikan jenazah beliau secara rahsia. Namun, pihak pemerintah Umawiyah berjaya menemui kuburnya lalu menggali semula jenazah, memenggal kepalanya dan menggan
1
1
118
..tung mayatnya di tempat awam di Kufah sebagai amaran kepada penentang kerajaan. Mayatnya dibiarkan tergantung untuk tempoh yang panjang sebelum akhirnya dibakar dan abunya dilaporkan ditaburkan ke Sungai Furat. Rujukan: Tarikh al-Tabari, peristiwa tahun 122H.
21
Kekejaman Panglima Umawiyah terhadap Abdullah bin al-Zubair Pada tahun 692M (73H), Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarahkan panglimanya, al-Hajjaj bin Yusuf, mengepung Makkah bagi menumpaskan Abdullah bin al-Zubair, seorang sahabat Rasulullah SAW yang menentang pemerintahan
1
2
5
227
Umawiyah. Tentera al-Hajjaj menggunakan manjanik untuk melontar batu sehingga kawasan Kaabah turut terkena serangan. Abdullah akhirnya terbunuh dalam pertempuran. Lebih kejam, mayatnya digantung dan dipamerkan kepada orang ramai sebagai penghinaan. Ibunya, Asma' binti Abu
1
88
Bakar, yang sudah lanjut usia, tetap berani menegur al-Hajjaj atas kekejamannya. Pengajaran sejarah: Perebutan kuasa boleh membawa kepada kezaliman, bahkan terhadap sesama Muslim. Kekuasaan tidak semestinya membuktikan kebenaran atau keadilan. Rujukan: Sahih Muslim 2545;
2
31
KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN AGAMA SEPATUTNYA MENYATUKAN, BUKAN MENJADI ALAT MEMECAH-BELAH MASYARAKAT Saya memandang serius kenyataan bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah negara sekalipun tidak sezalim orang bukan Islam, seperti yang dilaporkan dalam ceramah politik di Melaka. Kenyataan sedemikian amat dikesali kerana ia membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 8, yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” Sangat jelas Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil walaupun terhadap pihak yang tidak disukai. Sungguh amat dikesali ada yang membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang zalim tetap lebih baik daripada orang bukan Islam, hanya kerana perbezaan agama? Seseorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan identiti agamanya semata-mata, tetapi berdasarkan amanah, keadilan dan keupayaannya melindungi rakyat. Rasulullah SAW mengajar bahawa setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya. Rasuah tetap rasuah. Penindasan tetap penindasan. Pengkhianatan terhadap amanah tetap satu kesalahan, siapa pun pelakunya. Jangan kita menggunakan agama untuk memberikan perlindungan moral kepada pemimpin yang rasuah. Saya ingin mengingatkan bahawa Islam tidak menjadi mulia dengan merendahkan agama lain. Islam menjadi mulia melalui keadilan, akhlak, ilmu, amanah dan contoh kepimpinan yang baik. Begitu juga, kekuatan orang Melayu dan umat Islam tidak akan terhakis hanya kerana kita menghormati hak kaum dan agama lain. Sebaliknya, umat Islam akan lebih dihormati apabila mereka menjadi contoh terbaik dalam keadilan, kemajuan, kebijaksanaan dan sifat rahmah kepada seluruh manusia. Pilihan raya sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat menilai rekod prestasi, integriti dan kemampuan calon serta parti politik, bukannya medan untuk membangkitkan ketakutan dan prasangka kaum dan agama. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Ketua Setiausaha Pakatan Harapan 13 November 2026
22
56
9
314
11,033
Siapa kata kes 1MDB tiada mangsa?
1
10
2
21
1,871
Calon paling muda di PRN Melaka Sdra Mukhlis Mubin, 24 tahun graduan UPM dan juga Maahad Tahfix Jasin, Chenderah. Malaysia masih ada harapan.
2
6
156
Ralat - Mukhlis Mubin graduan UKM
1
54