MyDigital_ID (@mydigital_ID) header
MyDigital_ID (@mydigital_ID) profile picture

Akaun Rasmi MyDigital ID | Satu Kunci Untuk Semua | Hubungi kami di [email protected] atau +60386872772

Level 16, IOI City Tower 2
Joined December 2023
Hi semua, seperti yang dijanjikan, MyDigital ID dah ada new update untuk pemmegang MyKad generasi baharu. So siapa yang dah ada MyKad generasi baharu boleh refer panduan ni.
1
282
Sekarang ni, tak perlu dah nak batlkan sijil MyDigital ID anda setiap kali kalau lupa password. Tekan saja butang " Forget Password" untuk reset password MyDigital ID anda.
12
jom jumpa abang bomba esok! kami pun ada sana.
19
Lupa password MyDigital ID? Macam mana nak reset password MyDIgital ID? Macam ni caranya kalau nak reset password MyDigital ID korang
35
Hi semua, ni nak bagitau ni dah ada feature baru untuk pengguna MyDigital ID. Kalau terlupa password, jangan risau MyDigital ID dah ada function "forgot password"
51
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kegembiraan, kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran buat anda seisi keluarga. Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian yang menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Ikhlas daripada warga MyDigital ID. Muat turun sekarang di digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #DahDigital
1
46
Kini, anda boleh mendaftar MyDigital ID dengan lebih mudah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)! KLIA Terminal 1 - Aras 5, di antara Kaunter J-K - Aras 5, di antara Kaunter G-H - Aras 5, bersebelahan mesin ATM KLIA Terminal 2 - Aras 3, berhampiran Kaunter Daftar Masuk Domestik
1
1
103
Jadi, sementara menunggu penerbangan, ambil peluang untuk mendaftar MyDigital ID dan nikmati kemudahan pengesahan identiti digital yang lebih selamat, pantas dan mudah. Muat turun sekarang di digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #DahDigital
40
Sape je nak bagi 3 bulan langganan AI percuma 😍 Jom redeem di RakyatDigital. Log masuk menggunakan MyDigital ID. #RakyatDigital #mydigitalid #selamatpantasmudah #dahdigital #maridaftar
1
56
Warga Selangor, ada aktiviti menarik untuk anda hujung minggu ini! MyDigital ID akan berada di Karnival Celik Kewangan Selangor di Central i-City, Shah Alam. Singgah ke reruai kami untuk mengenali MyDigital ID dengan lebih dekat dan ketahui bagaimana identiti digital boleh memudahkan urusan anda dalam talian. 📅 23–25 Oktober 2026 (Jumaat–Ahad) ⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam 📍 Central i-City, Shah Alam Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke reruai MyDigital ID. Ajak keluarga dan rakan-rakan sekali. Jumpa anda di sana! Muat turun sekarang di digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #DahDigital
64
14.2 juta rakyat Malaysia telah mendaftar MyDigital ID. Sehingga 7 Oktober 2026, MyDigital ID terus memperluas penggunaan identiti digital negara, dengan 82.75 juta transaksi log masuk terkumpul sejak 2024. Terima kasih atas kepercayaan anda dalam bersama-sama membina ekosistem digital negara.
1
1
111
Satu lagi lapisan perlindungan untuk identiti digital anda. MyDigital ID menggunakan Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA), yang memerlukan pengguna melalui lebih daripada satu tapisan pengesahan sebelum akses diberikan. Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko penipuan, penyamaran dan kecurian identiti ketika mengakses perkhidmatan dalam talian yang diintegrasikan dengan MyDigital ID.
1
1
1
27
Keselamatan digital memerlukan persediaan berterusan. MyDigital ID merancang penambahbaikan jangka panjang, termasuk persediaan ke arah penggunaan Kriptografi Pasca Kuantum (Post-Quantum Cryptography – PQC) bagi menghadapi perkembangan ancaman siber pada masa hadapan. Usaha ini mencerminkan komitmen untuk terus memperkukuh keselamatan identiti digital selaras dengan perkembangan teknologi dan piawaian berkaitan.
39
Hai warga Pahang! Jom jumpa di Program MADANI KITA! Singgah dan kenali MyDigital ID, identiti digital yang membantu memudahkan akses ke pelbagai perkhidmatan dalam talian dengan lebih mudah dan selamat. 📅 18 Oktober 2026 (Ahad) ⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang 📍 Dataran Raub, Raub, Pahang Bawa keluarga dan rakan-rakan, luangkan masa bersama kami dan ketahui lebih lanjut tentang MyDigital ID. Kami tunggu anda di sana! Muat turun sekarang di digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #DahDigital
74
Nak daftar MyDigital ID dengan lebih mudah? Kini, anda boleh mendapatkan kiosk MyDigital ID di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Antara lokasi yang menyediakan kiosk MyDigital ID ialah: 1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau UTC 2. Pejabat Pos Malaysia 3. Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 4. Kiosk Sentuhan MADANI Untuk mengetahui lokasi kiosk yang lebih tepat, layari pautan berikut: digital-id.my/support#faq_ki… Selamat. Pantas. Mudah. Daftar MyDigital ID anda hari ini! Muat turun sekarang di digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #kiosk
2
2
88
Orang Pulau Pinang, jom meriahkan Program MADANI KITA! MyDigital ID akan berada di Padang Polo, George Town untuk bertemu anda dan berkongsi lebih lanjut tentang kemudahan identiti digital yang memudahkan urusan dalam talian. 📅 17 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang 📍 Padang Polo, 18, Solok Piggot, Taman Scotland, 10450 George Town, Pulau Pinang Singgah ke reruai MyDigital ID, dapatkan maklumat dan ketahui bagaimana identiti digital boleh membantu memudahkan urusan anda. Jumpa anda di sana! Muat turun sekarang di digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #DahDigital
1
61
Sekarang dah tak perlu lagi topup sebelum masuk tol. Jalan terus je. Log masuk dengan MyDigital ID untuk pengalaman yang lagi selamat, pantas dan mudah. #JustGo #MyDigitalID #MariDaftar #DahDigital
1
1
72
Malaysia kini mempunyai cara lebih mudah untuk melalui tol dengan aplikasi JustGo! Kenapa perlu hafal banyak kata laluan bila anda boleh log masuk guna MyDigital ID je. Lebih selamat dan diyakini, anda boleh pandu terus tanpa perlu tambah nilai di tepi jalan. Muat turun aplikasi JustGo sekarang di Google Play Store, Huawei AppGallery atau App Store dan alami kemudahan perjalanan anda! Download now at digital-id.my/download #MariDaftar #SelamatPantasMudah #MyDigitalID #DahDigital
2
1
85