Mohd Naim (@naimibrahim) header
Mohd Naim (@naimibrahim) profile picture

X, QX and RX random X

Joined April 2009
Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)Photo by Mohd Naim (@naimibrahim)
Walaupun ubi adalah makanan tradisi masyarakat pribumi, tetapi bukan semua ubi boleh dimakan begitu sahaja. Bagi spesies beracun seperti ubi Gadong, proses penyahtoksikan yang teliti diperlukan. Ubi dipotong nipis, direndam dalam air yang mengalir selama beberapa hari, kadangkala diperam, dan dicuci berulang kali sebelum direbus. Amalan ini menghilangkan toksin semula jadi, menjadikannya selamat untuk dimakan. Terokai rahsia kepelbagaian biologi Malaysia, kearifan tempatan dan kaitanya dengan budaya dalam Webinar Biodiversiti dan Budaya yang akan diadakan pada 4 November 2026. Pautan pendaftaran diruangan komen. Semua peserta akan dihadiahkan dengan buku digital Ubi-ubian Liar Malaysia (2026) yang baru diluncurkan.
1
33
1
85
1,626
Orang Asli Bateq mencari ubi liar menggunakan alat yang mudah dibawa, iaitu sebatang kayu kecil bertanduk mata besi. Walaupun ringkas, alat ini sangat efektif untuk mengorek tanah keras dan mencari ubi di dalam hutan tanpa merosakkan hasilnya. Inilah satu cara iktiar hidup (survival) masyarat Orang Asli dalam hutan. Ia juga adalah contoh bagaimana masyarakat tempatan kita hidup harmoni dengan alam. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang rahsia khazanah biodiversiti Malaysia? Ikuti webinar Biodiversiti dan Budaya yang akan berlangsung pada 4 Nov 2026 (Rabu) jam 8.30 pagi dan anda berpeluang memenangi hadiah kuiz Kahoot yang berupa buku mewah MyBIS (buki fizikal) dan hadiah menarik yang lain. Semua peserta juga akan mendapat buku digital percuma bertajuk Ubi-ubian Liar Malaysia yang baru diluncurkan pada 28 Okt 2026 lalu. #OrangAsli #Bateq #KearifanLokal #WarisanMalaysia #KhazanahHutan #FaktaMenarik
20
1
68
1,182
WEBINAR: BIODIVERSITI DAN BUDAYA ๐ŸŒฟ Dari pembayang pantun hingga ke jinjang pelamin, masyarakat kita bergantung erat kepada alam dalam setiap aspek kehidupan. Ayuh bersama MyBIS menyelami keunikan hubungan antara alam dan warisan budaya kita! ๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 4 November 2026 (Rabu) ๐Ÿ•˜ Masa: 8.30 Pagi ๐Ÿ“ Platform: ZOOM & Facebook Live ๐Ÿ“œ E-Sijil Penyertaan disediakan ๐ŸŽ Sesi Kahoot & hadiah menarik menanti pemenang! ๐Ÿ”— Pendaftaran Percuma: go.gov.my/BiodiversitiBudaya
2
1
3
240
Mengenali spesies sotong popular di Malaysia. Sotong merupakan antara hasil laut yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran domestik. Bagaimanapun, ramai dalam kalangan pengguna malah pengusaha industri makanan yang masih keliru mengenai klasifikasi spesies sotong yang terdapat di pasaran. ๐Ÿฆ‘ Sotong Jarum (Uroteuthis duvaucelii) Berbentuk silinder, tirus, dan memanjang (seperti peluru). Kulitnya berwarna putih dengan tompokan kromatofor merah jambu halus. Mempunyai tulang dalaman lutsinar jenis yang menyerupai plastik. ๐Ÿฆ‘ Sotong Putih (Sepioteuthis lessoniana) Berbentuk silinder yang lebar, tebal, dan membulat (bujur/oval). Bahagian hujung badannya tirus tetapi tumpul. ๐Ÿฆ‘ Sotong Katak Harimau (Sepia pharaonis) Berbadan bulat, leper, dan mempunyai corak jalur melintang yang jelas menyerupai belang harimau dan mempunyai struktur tulang kapur yang keras (cuttlebone). ๐Ÿฆ‘ Sotong Katak Pasar (Sepia recurvirostra) Mempunyai morfologi yang hampir sama dengan Sepia pharaonis tetapi dengan saiz yang jauh lebih kecil. Ciri utamanya adalah duri tajam yang melengkung ke atas pada hujung tulang kapurnya. ๐Ÿฆ‘Sotong Kurita (Octopus Vulgaris) Mempunyai badan berbentuk bulat seumpama mentol (bulbous mantle) yang lembut dan berotot tanpa sebarang tulang. Sotong bukan sahaja menjadi komponen penting dalam sektor keterjaminan makanan dan ekonomi kulinari, tetapi juga sebagai petunjuk keseimbangan ekosistem biodiversiti marin. Hargai dan hayati kepelbagaian spesies ini. Gunakan sumber marin ini dengan berhemat dan jangan tangkap ia secara berlebihan (overconsumption). #HasilLautMalaysia #BiologiMarin #MyBIS #Biodiversiti
48
3
95
1,893
Setiap tahun sekitar 50 juta burung berhijrah melalui laluan East Asian-Australasian Flyway (EAAF)! Laluan ini ibarat "lebuh raya udara" utama yang digunakan oleh burung-burung penghijrah untuk berehat, mencari sumber makanan dan berlindung. Laluan ini merangkumi 19 buah negara, bermula dari Rusia merentasi Asia sehinggalah ke Australia dan New Zealand. Sempena sambutan Hari Burung Penghijrah Sedunia, mari kita hargai peranan Malaysia dalam pemuliharaan. Bako Buntal Bay di Sarawak telah diiktiraf sebagai Flyway Network Site yang pertama di Malaysia pada tahun 2013! Di manakah burung-burung ini singgah? ๐Ÿž๏ธ Burung-burung ini amat bergantung kepada habitat seperti: ๐ŸŒณ Paya bakau ๐ŸŒŠ Pesisir pantai ๐Ÿ’ง Tanah lembap air tawar โ›ฐ๏ธ Hutan pamah & pergunungan Habitat-habitat ini menjadi tempat persinggahan bagi pelbagai spesies yang terancam seperti Kedidi Pasir Kendi, Bangau Cina, Pedendang dan banyak lagi. Mari kita bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi dan memelihara habitat persinggahan burung-burung ini. Kelangsungan hidup spesies ini terletak di tangan kita! ๐Ÿ’š Pernahkah anda melihat mana-mana burung penghijrah di kawasan anda? Kongsikan pengalaman atau gambar burung yang anda ambil di ruangan komen di bawah!
32
2
60
1,005
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Contract for Service (CFS) di bawah Projek Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) โ€“ United Nations Development Programme (UNDP) โ€“ Global Environment Facility (GEF): Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia. Kriteria dan cara memohon boleh dimuat-turun melalui pautan : go.gov.my/iklan-gwp-npm
22
25
1,724
KELIP-KELIP VS KUNANG-KUNANG: SAMA TETAPI BERBEZA? Pernah tertanya-tanya apakah perbezaan kelip-kelip dan kunang-kunang? Walaupun kedua-duanya dikenali dengan keupayaan menghasilkan cahaya, setiap satunya mempunyai keunikan dari segi habitat dan tingkah laku. Kelip-kelip sering ditemui secara berkumpulan di kanopi pokok berhampiran sungai, manakala kunang-kunang lebih kerap terbang secara bersendirian di habitat hutan darat. Menarik, kan? Setiap spesies memainkan peranan tersendiri dalam ekosistem dan menjadi sebahagian daripada khazanah biodiversiti Malaysia. Kenali biodiversiti kita, hargai kelestariannya! #kelipkelip #kunangkunang #Hargaibiodiversitinegara #MyBIS
2
73
2
114
8,326
Pesisir Pantai Marang, Terengganu menyaksikan detik bersejarah apabila Penyu Belimbing (Leatherback Turtle), kembali mendarat untuk bertelur. Pendaratan spesies purba yang dikategorikan status Vulnerable dalam Senarai Merah IUCN ini memberikan sinar harapan baharu kepada usaha pemuliharaan marin negara. Penemuan jejak merangkak fizikal selebar 2.1 meter membuktikan bahawa perairan tempatan masih kekal sebagai habitat yang selamat bagi spesies warisan bernilai tinggi ini. Ini adalah bebenang ๐Ÿงต1/4
1
29
1
44
915
Penemuan Spesies Asing: Ikan Pirana Perut Merah di Pahang Dipercayai seekor ikan piranha perut merah telah dijumpai dan direkodkan buat pertama kali di Sungai Klau, Raub, Pahang, selepas ditangkap oleh seorang penduduk menggunakan jala. Tabiat pemakanan ikan air tawar ini merupakan omnivor dan bersifat oportunistik iaitu bergantung kepada sumber makanan yang tersedia. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia sekiranya menemui spesies asing yang disyaki seumpamanya di perairan tempatan.
1
87
5
100
2,673
KENALI KEAJAIBAN GUA KITA, HABITAT FLORA DAN FAUNA! Jika disebut tentang gua, mesti terlintas ia adalah suatu kawasan yang gelap dan menyeramkan! Akan tetapi, gua bukan sekadar ruang kosong yang sunyi, ia sebenarnya kaya dengan nilai sejarah, ekonomi serta ekologi dan biodiversiti. Proses pembentukan gua tidak berlaku dalam beberapa bulan tetapi mengambil masa ribuan hingga jutaan tahun. Dari gua batu kapur hingga gua laut, setiap darinya menyimpan keunikan yang tersendiri! Tag kawan yang anda nak ajak masuk gua sama-sama! Oops! Gua bukan semata-mata tempat untuk healing bila favourite team anda tiada skor je tau! Jom kenali alam kita dengan lebih mendalam! Layari mybis.gov.my atau ikuti @mybisgovmy #MyBIS #GuaMalaysia #Biodiversiti #AlamSekitar #CavingMalaysia
1
23
38
519
Kita belajar sebelum ini bahawa salah satu makanan penyu adalah Ubur-ubur. Sengatan Ubur-ubur Kotak boleh membawa maut. Pada tahun 2025, dua orang kanak-kanak maut terkena sengatan ubur-ubur, satu di Kuala Penyu, Sabah dan satu lagi di Langkawi, Kedah. Kehadiran penyu membantu mengawal populasi ubur-ubur.
106
1
134
2,280
Letโ€™s learn some facts about turtles: โœ… The shell is part of the skeleton. โœ… They are one of the most illegally traded animals. โœ… There are over 300 species of turtles. โœ… Turtles are cold-blooded animals. โœ… They are one of the oldest creatures. โœ… All species of sea turtles are affected by climate change. โœ… They are essential components of ecosystems.
51
1
69
1,301
Sempena pendaratan kali kedua Penyu Belimbing di Terengganu, jom kita ulang kaji berkenaan penyu. 4 Fakta Unik Mengenai Penyu Laut Yang Anda Perlu Tahu! 1๏ธโƒฃ Mulut Penyu Belimbing adalah Perangkap ubur-ubur! 2๏ธโƒฃ Penyu Menangis Bukan Kerana Sedih! 3๏ธโƒฃ Suhu Pasir Menentukan Jantina Anak Penyu! 4๏ธโƒฃ Boleh Tidur di Dalam Air Sehingga 7 Jam! Penerangan lanjut ada dlm gambar.
1
190
3
261
5,859
Berita gembira! Penyu Belimbing kedua pada tahun ini mendarat dan bertelur di Terengganu awal pagi tadi..
๐๐„๐๐˜๐” ๐๐„๐‹๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐† ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐“, ๐๐„๐‘๐“๐„๐‹๐”๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐€๐๐€๐๐† #Dungun Seekor penyu belimbing dikesan mendarat dan bertelur 81 biji di Pantai Rantau Abang awal pagi tadi, menjadi pendaratan kedua spesies itu di Terengganu tahun ini selepas kali pertama direkodkan di Pantai Pasir Putih, Marang pada 1 Sept lepas. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Pang Nyukang berkata spesies penyu terbesar di dunia itu dipercayai mendarat di pantai tersebut pada 1.30 hingga 2.30 pagi tadi dan sarang telur berkenaan ditemukan pemajak telur penyu pada 4 pagi. Bagaimanapun, beliau berkata ibu penyu berkenaan telah kembali ke laut selepas selesai bertelur dan tidak lagi berada di lokasi ketika sarang telur ditemukan. ๐Ÿ“ท fotoBERNAMA Berita penuh: bernama.com/bm/am/news.php?iโ€ฆ #BernamaNews
4
554
2
1,264
26,024
Dari Pokok ke Pinggan: Nikmati Kepelbagaian Pisang Malaysia! Malaysia kaya dengan pelbagai spesies pisang, daripada saiz kerdil hingga ke saiz gergasi. Sama ada dimakan terus atau diolah dalam masakan tradisional, setiap jenis pisang mempunyai tekstur dan rasa tersendiri. Antara pisang yang boleh terus dimakan mentah ialah: โœ…Pisang Mas/Emas โœ…Pisang Berangan โœ…Pisang Cavendish โœ…Pisang Raja โœ…Pisang Rastali Pisang yang perlu dimasak pula terdiri daripada: โœ…Pisang Nipah/Abu โœ…Pisang Tanduk โœ…Pisang Nangka โœ…Pisang Awak Kepelbagaian spesies kultivar pisang ini bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi juga sebagai warisan khazanah biodiversiti yang perlu terus dijaga.
66
2
109
1,673
Pada 1-3 September 2026 telah berlangsung Program Kem Explorasi MyBIS : Sahabat Biodiversiti di FRIM Kepong. Program ini telah disertai oleh 24 mahasiswa dari 5 buah universiti iaitu UPM, UKM, UM, UPSI dan Universiti Nottingham Malaysia. Para peserta telah didedahkan dengan teknik pengecaman spesies, teknik pengambilan gambar biodiversiti, bagaimana menggunakan MyBIS dengan berkesan dan latihan dalam kumpulan. Selepas program Kem ini, para peserta akan pulang ke universiti masing-masing dan perlu menjalankan program biodiversiti bersama komuniti setempat.
1
8
395
Selamat Menyambut Hari Primat Sedunia 2026 Tanggal 1 September 2026 merupakan Hari Primat Sedunia. Malaysia cukup bertuah kerana hutan hujan tropika kita menjadi rumah kepada pelbagai spesies primat yang unik, comel, dan sangat menakjubkan. Walau bagaimanapun, banyak antara mereka kini berdepan dengan ancaman kepupusan. Berikut adalah antara spesies primat kebanggaan negara yang wajib kita kenali: โœ… Orangutan Borneo Primat ikonik yang sangat pintar ini merupakan satu-satunya spesies kera besar di Asia dan hanya boleh ditemui di Kepulauan Borneo. โœ… Ungka (Gibbon) Primat yang tidak berekor, sangat mahir bergayut di kanopi hutan, dan sering bernyanyi bersahut-sahutan pada waktu pagi. โœ… Kongkang (Slow Loris) Primat nokturnal (aktif pada waktu malam) yang sangat pemalu, bergerak perlahan, dan mempunyai sepasang mata bulat yang besar. โœ… Monyet Belanda (Proboscis Monkey) Mudah dikenali melalui hidungnya yang besar dan memanjang. Mereka merupakan perenang yang pakar di kawasan paya bakau dan sungai. โœ… Lotong (Leaf Monkey) Kumpulan primat pemakan daun yang sering dilihat bergerak dalam kumpulan; anak lotong biasanya dilahirkan dengan warna bulu yang terang seperti jingga keemasan. โœ… Kera Hantu (Western Tarsier) Primat yang paling unik, kecil, dan misteri di dunia. Di Malaysia, spesies ini hanya boleh ditemui di Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak). โœ… Kera Ekor Panjang (Long-tailed Macaque) Bersaiz sederhana, sangat lincah, dan mempunyai ekor yang lebih panjang daripada badan mereka untuk mengimbangi pergerakan. Perhatikan primat ini dari jauh dan jangan mengganggu mereka. Buktikan sokongan kita terhadap konservasi dengan membiarkan primat bebas di habitat asal. Menjadikan mereka haiwan peliharaan adalah tidak beretika dan salah di sisi undang-undang.
59
1
78
1,956
PENEMUAN SPESIES KETAM BAHARU DI SARAWAK! ๐Ÿฆ€ Berita baik untuk biodiversiti negara! Satu spesies ketam separuh darat (semiterrestrial) baharu daripada kumpulan ketam 'vampire', iaitu ๐‘ฎ๐’†๐’๐’”๐’†๐’”๐’‚๐’“๐’Ž๐’‚ ๐’‘๐’†๐’๐’“๐’Š๐’”๐’”๐’†๐’, telah berjaya direkodkan dan didokumentasikan sebagai spesies baharu. ๐Ÿ“ Lokasi Penemuan: Spesies ini ditemui di hutan pergunungan di Gunung Penrissen, Barat Daya Sarawak, pada ketinggian sekitar 1,040 meter dari aras laut. Ia lazimnya ditemui di celah-celah lapisan daun gugur atau tumbuh-tumbuhan berhampiran aliran air dan formasi batuan. Ciri-ciri Unik: โœ… Spesies ini dinamakan ๐‘ฎ๐’†๐’๐’”๐’†๐’”๐’‚๐’“๐’Ž๐’‚ ๐’‘๐’†๐’๐’“๐’Š๐’”๐’”๐’†๐’ sempena lokasi penemuannya, iaitu Gunung Penrissen. โœ… Ia mempunyai cangkerang yang berbentuk hampir segi empat sama. โœ… Mempunyai variasi warna dari coklat kemerahan gelap (bagi ketam dewasa) hingga warna coklat gelap dengan sedikit kilauan. โœ… Mempunyai bintik-bintik kecil berwarna biru atau putih pada cangkerang dan apendajnya (terutamanya pada ketam muda), manakala matanya berwarna hitam berbanding berwarna kuning berkilauan dan boleh memantulkan cahaya dalam tona yang berbeza seperti spesies Geosesarma yang lain. โœ… Signifikan Penemuan: Ini merupakan spesies genus ketam Geosesarma yang ketiga yang diketahui mendiami kawasan hutan pergunungan di kepulauan Borneo (selain G. larsi dan G. aurantium). ๐Ÿ‘ Tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik, iaitu Dr. Jongkar Grinang dari UNIMAS, Sarawak, Dr. Paul Y. C. Ng, dan Dr. Peter K. L. Ng dari Singapura atas penerbitan hasil kajian ini di dalam Raffles Bulletin of Zoology (2026). Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar agar habitat pergunungan yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies endemik yang unik seperti ketam ini terus terpelihara dan kekal dara. ๐Ÿ“ท photographed by Chien Lee #MyBIS #BiodiversitiMalaysia #KetamVampire #VampireCrab #GeosesarmaPenrissen #GunungPenrissen #Sarawak #SpesiesBaharu #PemuliharaanAlam Sekitar #KhazanahMalaysia
21
1,012
107
3,129
141,983
7 tahun yang lalu iaitu pada 23 Ogos 2019, YAB Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengangkat pokok merbau sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia semasa merasmikan Pameran 'Hutan Kita'. Merbau atau malacca teak (Intsia palembanica) merupakan spesies daripada kaum kekacang (famili Fabaceae). Pokok merbau dipilih menjadi Pokok Kebangsaan Malaysia sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia.
4
13
474
SELAMAT MENYAMBUT HARI NYAMUK SEDUNIA! ๐ŸฆŸ Tahukah anda? Walaupun saiznya kecil, nyamuk adalah haiwan paling berbahaya di dunia! Sempena Hari Nyamuk Sedunia hari ini, mari kita sama-sama beringat dan ambil tindakan. Setiap tahun pada 20 Ogos, Hari Nyamuk Sedunia disambut untuk memperingati penemuan oleh Sir Ronald Ross pada tahun 1897, dimana nyamuk betina dikenalpasti sebagai pembawa penyakit malaria. Di Malaysia, nyamuk utama yang menjadi musuh kita ialah nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi. Tanggungjawab membanteras nyamuk ini bukan hanya terletak pada pihak berkuasa, tetapi bermula dari rumah kita sendiri. Apa yang kita boleh kita lakukan? Mudah sahaja! โœ… Luangkan 10 minit seminggu untuk mencari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk. โœ… Tutup bekas simpanan air dan buang tempat takungan air di luar rumah. โœ… Gunakan penghalau serangga apabila keluar rumah pada waktu senja dan awal pagi. โœ… Gunakan kelambu atau ubat nyamuk ketika tidur. Lindungi keluarga kita. Tiada Aedes, Tiada Denggi! Ikuti @malaysiabiodiversity untuk penemuan fakta alam dan usaha pemuliharaan yang memukau! #MyBIS #Biodiversiti #HariNyamukSedunia #CegahDenggi Rujukan: 1. World Mosquito Program. 2026. World Mosquito Day & How Mosquito Spread Disease. 2. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2019. Nyamuk berWolbachia. 3. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2017. Penyakit-penyakit Bawaan Nyamuk
12
19
512