
🧕 @yatt_azml 👧 Nur Zara Aleesya 👧 Aleena mikayla
Joined September 2010
- Tweets173K
- Following758
- Followers4K
- Likes1.5K
Baba Cal retweeted
Calon N.52 Sdr Tew Chian How & kedua ibu bapanya.
Bacaan lanjut profile calon termasuk pengisytiharan harta yang di wajibkan untuk semua calon BERSAMA:
bersama.org/ms/calon/tew-chi…
Baba Cal retweeted
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
(1/3)
Baba Cal retweeted
𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗧𝗨𝗡 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞
Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Dato’ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion.
Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB.
Hakim YA Dato’ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Dato’ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu.
Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Dato’ Seri Najib.
Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya.
Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini.
Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini.
Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun.
Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing.
Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini.
Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju.
Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat.
Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Dato’ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi.
Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi.
Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga.
Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang.
Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Dato’ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah.
Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita.
Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi.
Hak untuk terus membela Dato’ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka.
Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati.
Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka.
Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung.
Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi.
Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini.
Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010.
Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016.
Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara.
Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka.
Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB.
Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di rafiziramli.com/category/1md…
Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing.
Damailah kita dengan emosi itu.
Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan.
Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.
Baba Cal retweeted
Selepas setahun simpan rahsia, i’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming
Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project
Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung 😊
Baba Cal retweeted
Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM dlvr.it/TPS7gR
Baba Cal retweeted
Slightly out of topic, tapi aku nak share sikit cara Islamik untuk hilangkan stress dengan tawakkal, tips daripada Sheikh Belal Assaad. Ada tiga langkah yang dia ajar. Aku sendiri dah praktik benda ni alhamdulillah so far berhasil. Hati makin tenang.
You’re unable to view this Post because this account owner limits who can view their Posts. Learn more
DUN Terengganu baru lulus peruntukan RM16 juta untuk pinjaman kenderaan YB, di mana setiap wakil rakyat boleh pinjam hingga RM200,000 bagi beli kereta baru termasuk model mewah seperti Tesla Model 3 atau Mazda CX5.
Bila rakyat minta bantuan, selalu jawab “duit tak ada”, tapi bila bab kemudahan untuk YB, tiba-tiba duit ada pula?
Sedangkan MB dan Exco dah ada kereta rasmi siap dengan minyak, tol dan pemandu, semuanya ditanggung kerajaan negeri. Bukankah RM16 juta itu lebih baik digunakan untuk kebajikan rakyat atau pembangunan negeri yang sekarang banyak bergantung pada kerajaan pusat?
Keutamaan kerajaan negeri ni sebenarnya untuk siapa? Rakyat atau kereta baru YB?
Baba Cal retweeted
📞📞📞
Dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni sebentar tadi, beliau telah memaklumkan kepada saya sebab ketidakhadiran beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berikutan keperluan mendesak di Rome saat ini dalam merangka serta menggubal undang-undang berkaitan belanjawan serta perbincangan yang berlaku di peringkat Kesatuan Eropah. Saya beritahu PM Meloni bahawa Malaysia memahami sepenuhnya keutamaan dan keperluan domestik yang menuntut tumpuan penuh beliau pada ketika ini.
Dalam perbualan tersebut, saya menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menyambut beliau ke Kuala Lumpur awal tahun hadapan bagi memuktamadkan perjanjian strategik antara PETRONAS dan Eni S.p.A (ENI). Saya turut merakamkan penghargaan atas pendirian Itali yang terus mendukung seruan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat di Gaza, yakni satu suara hati nurani yang amat diperlukan di pentas dunia saat ini.
Lantas, kedua-dua kami bersepakat dalam mempercepat dan memuktamadkan kerjasama PETRONAS-ENI dalam waktu terdekat. Insya-Allah, hubungan akrab Malaysia-Itali akan terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Foto: Afiq Hambali
🇲🇾🤝🇮🇹
#MADANIbekerja
#DiplomasiPenelefonan
#RingRing
Baba Cal retweeted
Sebenarnya dokumen tu tak palsu, ini kronologi salah paham yg aku dpt dari org dlm berkenaan kes FAM ni.
Masa 7 player ni isi borang kewarganegaraan tu, ada box yg dorg kena tanda. Dekat box tu ada tulis Bangsa : Melayu, Cina, India, Singh dan Latin-latin.
Dorang tanda kat Latin-latin tu. So betul la dokumen yg dorg isi tu, mana ada palsu.
Baba Cal retweeted
KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima dokumen penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung keputusan tatatertib berkaitan isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan.
Dengan penerimaan dokumen ini, FAM akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan. FAM juga ingin menegaskan bahawa semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera melalui saluran rasmi.
FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain “memperoleh dokumen yang dipalsukan” atau dengan sengaja berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan. FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA.
Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan, dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan. Pada setiap masa, para pemain bertindak dengan penuh niat baik, bergantung sepenuhnya kepada proses pengesahan dan pendaftaran yang dijalankan oleh FAM.
FAM berpendapat bahawa penggambaran ini adalah tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi.
FAM kekal komited untuk mempertahankan kepentingan bola sepak negara, melindungi hak para pemain, serta memastikan proses ini berjalan dengan telus dan mengikut peraturan. FAM akan menggunakan segala saluran undang-undang yang ada untuk memperjuangkan kes ini.
FAM juga ingin menegaskan bahawa kes ini melibatkan dan mengandungi maklumat rasmi berhubung prosedur Kerajaan Malaysia bagi pengeluaran dan pengesahan pasport.
Selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966, sebarang pendedahan berkaitan bahan atau proses tersebut tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali. Justeru, FAM terikat secara undang-undang untuk mengekalkan kerahsiaan terhadap elemen-elemen tersebut. Oleh itu, FAM hanya akan berkongsi maklumat berkenaan dengan pihak FIFA bagi tujuan kes ini sahaja.
Persatuan Bolasepak Malaysia
digitalhub.fifa.com/m/7fd28b…
Baba Cal retweeted
Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.
Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT.
Alhamdulillah!
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Baba Cal retweeted
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab2 keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai. Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu2 yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar.
Baba Cal retweeted
This is the vile, monstrous, genocide-loving woman who vetoed a ceasefire today at the UN council. We will never forgive you. We will haunt you forever.
May you face a millionfold what Gaza goes through, you fiendish ghoul! حسبي الله فيكي وينتقم منك
unavailable
Baba Cal retweeted
If car brands in Malaysia went to school together (1/5) @CarsomeMy
Baba Cal retweeted
I extend my heartfelt commendation to YAB Dato’ Seri @anwaribrahim, the Prime Minister of Malaysia, for his remarkable role in facilitating a peaceful resolution between Thailand and Cambodia.
As the Rotating Chair of ASEAN, his wise and timely efforts have uplifted the spirit of diplomacy and unity in our region. A true embodiment of the Madani vision — rooted in compassion, justice, and moral courage.
May Allah ﷻ bless him with continued strength and wisdom in his service to humanity.
Baba Cal retweeted
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan-rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas permintaan kedua-dua pihak.
Pendekatan damai ini mencerminkan semangat Piagam ASEAN berlandaskan hormat-menghormati, penyelesaian secara rundingan, dan penolakan keganasan demi kemanusiaan.
Kita mesti teguh mempertahankan perpaduan ASEAN agar rantau ini kekal sebagai antara wilayah paling aman, stabil dan makmur di dunia. Keamanan adalah asas kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serantau.
Saya merakamkan penghargaan kepada Thailand dan Kemboja atas penyelesaian diplomatik ini, serta kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping atas peranan menyokong usaha damai ini.
ASEAN terus membuktikan kepimpinan berwibawa di pentas antarabangsa berpaksikan dialog, diplomasi dan nilai kemanusiaan.
======
Alhamdulillah, two fellow ASEAN nations, Thailand and Cambodia, have agreed to end their hostilities through the implementation of a ceasefire, effective from midnight tonight.
As the rotating Chair of ASEAN, Malaysia has been entrusted with the important responsibility of monitoring the implementation and compliance of this ceasefire at the request of both parties together with our regional partners.
This peaceful resolution reflects the true spirit of the ASEAN Charter, which is rooted in mutual respect, dialogue, and the rejection of violence in favour of humanity. Once again, ASEAN affirms its role as a credible and principled force on the global stage, guided by diplomacy and a shared commitment to human dignity.
I express my sincere appreciation to Thailand and Cambodia for choosing the path of diplomacy, and to President Donald Trump and President Xi Jinping for their constructive support in advancing this peace initiative.
#ASEAN
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Baba Cal retweeted
Full transcript of PM @anwaribrahim's speech:
- immediate and unconditional ceasefire at 24:00h tonight
- meeting of regional military commanders on Tuesday morning
- General Border Committee on Aug 4, hosted by Cambodia
#BREAKING: IMMEDIATE AND UNCONDITIONAL CEASEFIRE BETWEEN THAILAND AND CAMBODIA AT MIDNIGHT
Malaysian PM @anwaribrahim announces breakthrough after talks between acting Thai PM @phumtham and Cambodia PM Hun Manet in Putrajaya






































