For PLUS highway customer enquiries or feedback, tweet us at @PLUS2u. For emergencies or accidents, call our PLUSLine 1800880000 (24hrs-a-day)

Petaling Jaya, Selangor
Joined February 2016
Perjalanan di lebuh raya PLUS kini lebih menarik! πŸš—πŸŽ‰ Guna JustGO dengan kaedah pembayaran Maybank yang layak dan rebut peluang memenangi Proton X50 serta baucar petrol RM200! β›½ πŸ“… 12 Okt 2026 – 28 Feb 2027 Maklumat lanjut: justgo.com.my/guna_justgo_da… #GunaJustGOdanMenang #PLUSMalaysia #LaneFreedom
Penantian berakhir! πŸŽ‰ GUNA JustGO & MENANG bersama @plus2u dan @MyMaybank kini bermula! Rebut peluang memenangi 3 buah Proton X50 🚘 dan 2,000 baucar petrol mingguan bernilai RM200 setiap satu! β›½
1,557
Gaji dah masuk? Masa untuk reward diri! Nikmati diskaun sehingga 20% sempena Promosi Hari Gaji Oktober 2026! Tebus pelbagai barangan eksklusif menggunakan Mata Ganjaran PLUSMiles mulai esok hingga 31 Oktober 2026. Jangan tunggu lama, tebus sekarang! bit.ly/3pO2PYs *Tertakluk kepada terma & syarat. #PLUSMiles #PayDayPresto
1
172
Kebelakangan ini cuaca di beberapa kawasan kerap berlaku hujan jadi banyak perkara yang kita kena bersiap sedia!!πŸ›΅πŸŒ§οΈ Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada penunggang motosikal tip keselamatan semasa musim hujan. Ingat! sentiasa rancang perjalanan anda dan pastikan anda ikuti tip keselamatan ini demi menjaga nyawa anda serta pengguna lebuh raya yang lain. #PLUS_Safety #PLUS_Comfort #TipPerjalananSelamat
1
2
161
PLUS Malaysia Berhad retweeted
PEMBERITAHUAN Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh. Sila rancang perjalanan anda dan pandu cermat. #Pembersihan #PLUS_comfort
1
1
244
TIP PEMANDUAN SELAMAT KETIKA MUSIM HUJAN πŸš—πŸ’¨ Sempena musim hujan ini, pastikan anda bersedia dengan mengikuti beberapa tip pemanduan selamat ketika musim hujan ini agar perjalanan kekal lancar dan selamat. Pandulah dengan berhemah, berhati-hati di lebuh raya, dan semoga anda selamat tiba ke destinasi yang dituju. πŸ’™ #PLUS_Safety #PLUS_Comfort #TipPerjalananSelamat
1
1
330
PEMBERITAHUAN PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan masuk ke Stesen Minyak Shell di Hentian Sebelah Tangkak (Arah Selatan) akan ditutup sementara mulai Rabu, 28 Oktober 2026, jam 9.00 malam hingga Khamis, 29 Oktober 2026, jam 6.00 pagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan turapan jalan. Sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya yang ingin mengisi minyak boleh menggunakan stesen minyak berdekatan sebagai alternatif. Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi papan tanda serta arahan trafik yang disediakan. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih dan semoga selamat sampai ke destinasi. #PLUS_Safety #PLUS_Comfort
383
Teruskan Perjalanan Anda Sempena Hujung Minggu Ini πŸš— Turut nikmati lebih banyak ganjaran bersama PLUSMiles! πŸŽ‰ Layari maklumat lanjut di: shorturl.at/h9TvM *Tertakluk kepada terma dan syarat.
295
Yahooo cuti long weekend untuk warga Selangor minggu ni! Dah ada plan nak ke mana? Kalau belum.. jom la kita roadtrip ke Ipoh dengan itinerary 3 hari 2 malam yang dah siap susun untuk korang ni!
1
1
1
422
Lagi mudah perjalanan bila gunakan JustGO! Tak perlu topup kad dah, masuk je mana-mana lorong, tahu-tahu dah lancar sampai ke destinasi!
1
99
Stay tuned untuk lebih banyak itinerary menarik bakal kami kongsikan untuk inspo perjalanan korang pada minggu-minggu seterusnya!
45
Warga Pulau Pinang, masih sempat lagi! πŸ™Œ Singgah ke reruai JustGO di Festival Bahasa Jiwa Bangsa sebelum acara berakhir petang ini!
Terima kasih warga Pulau Pinang datang memeriahkan reruai JustGO di Festival Bahasa Jiwa Bangsa πŸ₯³πŸ“š πŸ—“οΈ24 Oktober 2026 ⏰9.30 pagi - 4.00petang πŸ“Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang.
823
Jom semua pakat singgah ke reruai JustGO di Festival Bahasa Jiwa Bangsa! Ada hadiah menarik menanti anda! 🎁πŸ₯³
πŸ“’ BERITA BAIK UNTUK WARGA PENANG!! Kali ni team @JustGO_Malaysia akan berada di Festival Bahasa Jiwa Bangsa πŸ“š πŸ—“οΈ 24 Oktober 2026 ⏰ 9.30pagi - 4.00petang πŸ“ Padang Kota Lama, Gtown Mai ramai-ramai singgah kat booth kami naa! 😍
289
Menjelang weekend ni, hati-hati memandu di lebuh raya πŸš— Dah dengar bunyi β€˜klik’? πŸ”Š Kalau dah, barulah ready untuk mulakan perjalanan! Pastikan anda dan semua penumpang memakai tali pinggang keledar dengan sempurna.Ingat, satu β€˜klik’ kecil mampu membawa makna besar untuk keselamatan anda dan insan tersayang. πŸ’š #PLUS_Safety
368
PEMBERITAHUAN Pihak PLUS akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan turapan konkrit di lorong kenderaan berat dan lebar di Plaza Tol Kota Damansara, mengikut jadual berikut: πŸ“Œ Lorong Masuk M01: πŸ—“οΈ 23 Oktober 2026 (Jumaat), bermula jam 10.00 malam hingga 24 Oktober 2026 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari. πŸ“Œ Lorong Keluar K11: πŸ—“οΈ 24 Oktober 2026 (Sabtu), bermula jam 10.00 malam hingga 25 Oktober 2026 (Ahad), jam 12.00 tengah hari. Sehubungan itu, lorong M01 dan lorong K11 ini akan ditutup sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan selamat. Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan, gunakan lorong alternatif dan patuhi papan tanda trafik serta arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran perjalanan. Kerjasama anda amat kami hargai. #PLUS_Safety
378
𝐑&𝐑 π’πžπ«πžπ¦π›πšπ§ πƒπ’π§π¨π›πšπ­π€πšπ§ π“πšπ§ππšπ¬ π“πžπ«π›πšπ’π€ π“πŽπ“π˜π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐒 𝐑&𝐑 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berasa amat berbesar hati apabila R&R Seremban (Arah Selatan) dinobatkan "Toilet of the Year (TOTYA 2026)" untuk kategori R&R. Majlis penganugerahan ini telah diadakan di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2026. Dalam majlis tersebut, R&R Seremban (Arah Selatan) telah membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai bernilai RM20,000. Pengiktirafan ini mencerminkan tahap penyelenggaraan dan kualiti fasiliti yang tinggi di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah PLUS. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming. Turut dihadiri oleh wakil-wakil PLUS termasuk Ketua Bahagian Penyelenggaraan & Projek, EUR ING IR. Ts. Azizul Faiz Abdul Aziz, Pengurus Wilayah Tengah, Encik Hot Hamzah, Ketua Penyelenggaraan Rutin Sivil, Encik Faizin Marjunid, Pengurus Seksyen C5, Encik Mohd Ismadi Nasri Mhamat Nasudin dan Pengurus Seksyen C3/C4, Encik Arul Azlan Abdul Karim. Semoga komitmen PLUS Malaysia dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti, selesa, dan memenuhi keperluan pengguna lebuh raya akan terus mempertingkatkan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan memuaskan bagi semua pengguna lebuh raya. #PLUS_Comfort #TOTYA2026 @kpkt_gov @moworksmy @LLMrasmi
1
281
Jawapannya.. pastikan anda menjadi penunggang yang berhemah. Menunggang dengan selamat bukan sekadar melindungi diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. Elakkan sikap tergesa-gesa, menunggang ketika penat atau mengantuk, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di lebuh raya. #PLUS_Safety @moworksmy @LLMrasmi
268
Satu latihan simulasi kecemasan telah diadakan di KM16.7 hingga KM17.7 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), melibatkan laluan Kubang Semang ke Lunas (Arah Timur) pada hari ini, 21 Oktober 2026. Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan masa tindak balas pasukan PLUS, pasukan penyelamat serta agensi berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan di lebuh raya, di samping memperkukuh koordinasi dan komunikasi antara agensi. Seramai kira-kira 100 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat dan rakan strategik telah terlibat dalam latihan ini, selaras dengan komitmen berterusan PLUS untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya.
1
425
PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi serta rakan strategik atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan latihan simulasi kecemasan ini. Bacaan lanjut: plus.com.my/media-centre/ #PLUS_Safety
99
PLUS Malaysia Berhad retweeted
PEMBERITAHUAN Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh. Sila rancang perjalanan anda dan pandu dengan berhati-hati. #Pembersihan #PLUS_comfort
2
1,084