Ns’ (@szalyee) header
Ns’ (@szalyee) profile picture

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Joined July 2017
Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)Photo by Ns’ (@szalyee)
You are more blessed than you think you are. Sometimes you just struggle to realize how much is in front of you because you're constantly thinking of what you have to obtain. A rich person is not someone who has a lot, but the one that has enough.
1
2
7
9,230
Ns’ retweeted
Forever a flower girl
17
104
1,772
Jawapan yang cukup berani seorang Perdana Menteri apabila ditanyakan soalan yang cukup padu.
1
43
2
189
8,379
Dialog Negara bersama PMX malam tadi BEST GILA weyhhh‼️ Rakyat tanya. PMX jawab. No text. No skrip. Dia jawab on the spot. Hats off, the BEST Prime Minister of Malaysia 🫶❤️🫶
88
2
371
3,337
Ns’ retweeted
Anwar tersenarai antara 10 pemimpin paling berpengaruh di dunia bernama.com/bm/dunia/news.ph… #BernamaNews
20
258
21
1,056
35,063
Antara perkara yang saya suka pada zaman ini, podcast dah jadi salah satu perkara yang lazim bagi semua dan ramai diantara kita jadikan medium ini sebagai salah satu kaedah untuk menambah pengetahuan kita. Saya nak perkenalkan pada semua terutamanya rakyat Malaysia yang gemar mendengar perkongsian ilmu dan wacana yang bermutu iaitu saluran YouTube Bidoona Waraq (بدون ورق). Jumlah pengikut pun hampir mencecah 2 juta subscribers. Saluran ini sangat terkenal di negara-negar Arab kerana sentiasa membawakan perbincangan yang berkualiti, matang, dan sarat dengan isi yang bermanfaat untuk kehidupan seharian. Mereka sering mengupas isu masyarakat, kekeluargaan, dan pemikiran semasa secara santai dan mudah hadam. Saya bawakan sedikit snippet dari episod yang menampilkan panelis Dr. Jassim al-Mutawwa', pakar rujuk hal ehwal keluarga, perkahwinan, pendidikan dan pembangunan belia dari Kuwait yang menyentuh tentang formula penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Kata beliau, perkara paling penting dalam sesebuah perkahwinan ialah rasa percaya, rasa selamat, dan rasa hormat. Ini kerana perkahwinan tanpa rasa percaya akan membuatkan pasangan tak rasa selamat. Beliau juga berkongsi hasil kajian terhadap kira-kira 300 buah keluarga yang melibatkan 10 soalan kepada wanita dan 10 soalan kepada lelaki. Hasil kajian mendapati keperluan utama wanita dan lelaki adalah berbeza. Bagi golongan wanita, keutamaan nombor satu mereka ialah rasa selamat. Seorang isteri amat memerlukan keyakinan untuk mempercayai suaminya supaya dia dapat menjalani kehidupan berumah tangga dengan tenteram, walaupun mungkin terdapat sedikit kekurangan daripada suaminya dalam beberapa bab lain. Sebaliknya, keutamaan nombor satu bagi golongan lelaki pula ialah rasa hormat. Dalam kehidupan seorang lelaki, nilai hormat mempunyai kedudukan yang amat besar dan dapat dizahirkan melalui tutur kata yang baik, cara layanan yang sopan, serta sikap menghormati ahli keluarga suami termasuk ibu dan bapanya. Pendek kata, untuk membina keluarga yang bahagia, suami isteri perlu faham keperluan emosi masing-masing dalam membentuk institusi kekeluargaan yang kukuh. Saat wanita merasa aman kerana adanya kepercayaan, dan begitu juga pihak lelaki dihormati sewajarnya; maka lahirlah rumah tangga yang harmoni, saling melengkapi, dan berkekalan.
1
112
1
357
6,500
Ns’ retweeted
nothing worse than a failed nap attempt and you be running out of time
65
21,526
354
176,276
1,822,174
Penyakit ain memang wujud dan kita perlu berwaspada dengannya. Tapi tidaklah sampai tak boleh berkongsi apa-apa nikmat yang kita dapat, tak boleh share kebahagiaan sebab risau terkena ain. Dindinglah diri dengan zikir pagi petang. Kemudian, jika nak memuji, latih diri untuk dahulukan Allah dalam pujian.
1
118
4
338
4,989
Kenapa hati masih rasa kosong walaupun kita dah jaga ibadah? Kadangkala kita hairan, kita dah jaga solat sehabis baik, doa pun tak tinggal, tapi masih lagi kita rasa gelisah dan kadang tu selalu juga overthink soal masa depan Prof Dr. Soleh Sindi berkongsi satu kaedah; jika kita ingin menjadi hamba yang benar-benar mengagungkan Allah, mencintai-Nya, berharap dan hanya bertawakal kepada-Nya, kuncinya hanya satu. Kita harus kenal Allah melalui makna nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Logiknya senang je. Macam mana kita nak jatuh cinta dan percaya 100% dekat seseorang kalau kita tak kenal pun siapa dia, kan? Selalu kita dengar orang kata tak kenal, maka tak cinta. ​Mustahil untuk seseorang itu mengagungkan dan mencintai Tuhan yang tidak dikenalinya. Semakin mendalam ilmu seseorang tentang sifat rahmat, keagungan, pengawasan, dan kekuasaan Allah, semakin hebat rasa cinta (mahabbah), takut (khauf), berharap (raja’), dan tawakal dalam jiwanya. ​Apabila kita benar-benar faham apa erti Allah itu Al-Latif (Maha Lembut) dan Al-Wakil (Maha Menguruskan), keimanan kita akan bertambah, keyakinan makin teguh, dan natijahnya pintu kebahagiaan akan terbuka luas walaupun di tengah ujian yang menimpa. ​Begitu juga apabila jiwa raga kita mengenali Allah sebagai Al-Hakim (Maha Bijaksana) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Kerisauan kita akan takdir, rezeki, dan masa depan akan bertukar menjadi ketenangan serta keyakinan yang kukuh kerana kita percaya dan yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita, dan kasih sayang-Nya itu tiada bandingan. Indah sekali gambaran Imam Ibnul Qayyim tentang orang yang berjalan menuju Allah melalui pintu ini: “Orang yang berjalan menuju Allah melalui jalan mengenal nama-nama dan sifat-sifat-Nya, keadaannya sangat menakjubkan dan urusannya sungguh luar biasa. Kebahagiaan telah dihimpunkan untuknya walaupun ketika dia sedang berbaring di atas tempat katilnya. Dan engkau melihat gunung-ganang itu, engkau menyangkanya tetap kaku tidak bergerak, padahal ia bergerak pantas seperti laksana bergeraknya awan (menuju Allah)”. Zahirnya mungkin kelihatan tenang dan biasa, tetapi hatinya sedang memecut laju menuju Allah, mendahului ramai ahli ibadah lain kerana mereka sentiasa dalam keadaan syukur, redha akan ketentuan qada' qadar-Nya, selalu basahi lidah mereka dengan zikir, dan juga penghayatan akan sifat-sifat Allah. Ayuh kita perbaharui azam hari ini. Jangan cuma sekadar menghafal nama-nama Allah di bibir, tetapi luangkanlah masa untuk mempelajari, memahami, dan menghayati maknanya satu demi satu. Di situlah terletaknya rahsia ketenangan dan kebahagiaan kita yang sebenar ditengah kesibukan dunia yang penuh tipudaya ini. ✍️ @mdsyaha
أقسم عليه الشيخ: ستسبق به كثيرًا من العابدين. "خذها قاعدة: إذا أردت أن تكون معظِّمًا لله، محبًّا، خائفًا، راجيًا، متوكلًا، فكن ذا علمٍ بمعاني أسماء الله -عز وجل- وصفاته. كلما ازدادت معرفتك بالله وعلمك به زاد إيمانك، وارتفع إيقانك، وفُتحت عليك أبواب السعادة". أ.د. صالح سندي
2
299
4
765
14,601
Hari ini genap empat tahun saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan menerima amanah mengemudi Kerajaan MADANI. Empat tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat, namun saya masih ingat betapa beratnya amanah ini tatkala negara berdepan pelbagai cabaran. Ekonomi tertekan, kedudukan kewangan negara terbatas, sementara rakyat bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sekian lama berakar turut menuntut keberanian untuk melakukan perubahan. Sejak hari pertama melangkah masuk ke Perdana Putra, tekad saya adalah untuk memulihkan negara dan memperbaiki kehidupan rakyat. Bukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi amanah ini mesti terus digalas dengan penuh kesungguhan. Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini, kita telah bersama-sama membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia. Kedudukan kewangan negara diperkemas, tatakelola diperbaiki, reformasi institusi digerakkan dan kebajikan rakyat terus diperkukuh. Perjalanan ini masih jauh dan banyak lagi yang sedang kita usahakan. Saya sedar bahawa ukuran sebenar kemajuan negara adalah apabila kehidupan setiap keluarga menjadi lebih baik, rezeki lebih terjamin dan masa depan anak-anak lebih terbela. Itulah yang sedang kita perjuangkan. Dengan asas yang telah kita bina, saya yakin kita mampu melangkah lebih jauh, meringankan beban rakyat dan membuka lebih banyak ruang serta peluang yang adil untuk semua. Terima kasih atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan saudara-saudari sekalian. Selagi diberi amanah ini, akan saya curahkan segala daya dan upaya demi rakyat dan negara yang saya cintai. Perdana Menteri boleh datang dan pergi, tetapi nasib rakyat mesti terus dibela, dan martabat negara mesti terus diangkat. MAKA KAMI 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
84
1,430
74
4,319
128,472
Sindiket penyembelihan haram yang didalangi pekerja bukan beragama Islam mengaut keuntungan hingga RM10,000 sehari sejak hampir empat tahun lalu Sindiket yang menggaji 55 pekerja dengan upah antara RM50 hingga RM200 sehari - Bukit Aman
2
151
4
227
7,240
Ns’ retweeted
Pernah tak kita terkeliru dalam solat, dekat mana yang perlu angkat tangan? Adakah setiap kali bangun rakaat baru, kena angkat tangan? Dalam mazhab Imam Syafi'i, ada 4 tempat kita disunatkan untuk angkat tangan.
3
505
3
1,477
44,442
Team Pengurusan Banjir Selangor ni memang teruk betul ni Tak pantau langsung ke? Tunggu org dah desak baru nak turun. Tu pun turun kat PPS setakat ambik gambar. Belum campur ada kes PPS kena catu. Kat Kampung Bukit Hijau tu dah dua minggu banjir termenung. Takda satu bantuan pun sampai macam pam ke apa untuk sedut air banjir tu Come on Selangor come on Pakatan Harapan. Dah 3 negeri kalah ni. Takkan kubu kuat pun tak terjaga YB mana. Staf staf YB mana?. Ni tak cerita kawasan lain lagi ni
25
211
11
745
59,176
Semua orang boleh beri pendapat. Tapi tak semua orang boleh bertanggungjawab atas hasil dari pendapat yang diberikan. Action without a consequence is easy because you have no accountability.
3
4
222
Waalaikumussalam Sebab Nabi ﷺ pernah menyebut: الجُمُعة حقٌّ واجبٌ على كلِّ مُسلمٍ، إلَّا أربعةً: عبْدٌ مملوكٌ، أو امرأةٌ، أو صَبيٌّ، أو مَرِيضٌ Maksudnya: “Solat Jumaat adalah hak yang wajib ditunaikan kepada semua orang melainkan 4 kategori ini: 1- Hamba 2- Wanita 3- Anak kecil yang belum baligh 4- Orang yang sakit HR Abu Daud, 1067.
32
1
117
4,011
Biar video berbicara. PMX 'mendunia'!!!! . MAKA KAMI 🇲🇾
140
1,005
78
4,852
202,229
Suatu hari nanti apabila kita mati, kita hanyalah ingatan dan kenangan untuk orang yang kita tinggalkan di dunia ini. Malangnya kalau kita menjadi orang yang diingati kerana keburukan dan bukannya kebaikan.
1
129
2
243
8,358
Jejak digital akan berkekalan walaupun kita sudah pergi nanti. Justeru, kekalkanlah perkara yang baik-baik sahaja. Fikir dahulu sebelum menulis.
4
1,008
11
2,674
41,190
Di akhirat kelak, jika kita berjaya menyeberangi titian sirat dengan selamat, kita akan ditahan pula di satu tempat bernama qantarah (persinggahan). Qantarah ni terletak di antara syurga dengan neraka. Ia tempat untuk membersihkan kita sebersih-bersihnya iaitu dengan menyelesaikan perselisihan yang berlaku sesama manusia di dunia yang belum selesai. Dah selesai urusan, baru kita diizinkan untuk masuk ke dalam syurga. Keadaan kita ketika itu, sebolehnya kita nak segala urusan kita dipercepatkan dan dipermudahkan. Jiwa dah meronta-ronta nak masuk syurga. Namun disebabkan urusan di dunia yang belum selesai, kita terpaksa menunggu. Bayangkan jika kita banyak menuntut dan dituntut pengadilan di akhirat. Berapa lama harus menunggu? Jaga hubungan kita dengan Allah, dan jaga hubungan kita sesama manusia. Jangan zalimi diri kita dengan menzalimi orang lain. Allah itu Maha Pengampun, tapi belum tentu hambaNya mampu memaafkan kita. Maka sebaiknya, segala pertelingkahan, persengketaan dan salah silap kita sesama manusia cuba selesaikan di dunia. Buanglah ego dan rendahkan diri. Selamatkan akhirat kita.
5
583
10
1,452
28,012
Merci, cher @anwaribrahim, et merci aux Malaisiens, pour votre accueil, pour votre confiance et votre amitié. La Malaisie et la France franchissent aujourd’hui une étape importante : nous élevons notre relation au rang de partenariat stratégique. Moins de dépendances, plus de souveraineté. Nous passons des ambitions aux actes. Dès 2027, le projet Carester-Malaco permettra de transformer des terres rares en Malaisie, avec des capacités de raffinage en France. Nous assurons nos approvisionnements stratégiques et renforçons notre souveraineté industrielle. En matière de défense, nous renforçons notre coopération avec un accord pour la fourniture d’hélicoptères Airbus de recherche et de sauvetage, une feuille de route commune pour nos industries de défense et la création d’un centre franco-malaisien de lutte contre les menaces hybrides. Pour notre souveraineté énergétique, nous approfondissons notre coopération dans le gaz naturel liquéfié, le nucléaire civil et les interconnexions électriques en Asie du Sud-Est, au service de la décarbonation. Dans les technologies d’avenir, nous avançons ensemble sur les semi-conducteurs, les microprocesseurs de haute performance, les centres de données et la sécurisation de nos infrastructures numériques, notamment les câbles sous-marins. Nous renforçons aussi les liens entre nos jeunesses, avec la relance de programmes de bourses et de recherche conjoints, et de nouvelles coopérations entre nos grands musées. À l’approche des 70 ans de nos relations diplomatiques, ce partenariat stratégique porte une ambition commune : des nations souveraines, des économies plus fortes et un ordre international fondé sur le droit, le respect et la coopération. Vive l’amitié entre la Malaisie et la France !
305
1,147
57
5,784
296,829
Alhamdulillah, ekonomi negara terus ampuh dengan pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6%, ketimbang 4.8% bagi tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5% bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak. Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, Kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda. Insya-Allah, Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam. Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan. #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
67
580
30
2,445
39,558