Sungai Yamuna di India dipenuhi buih putih tebal akibat pencemaran, namun keadaan itu tidak menghalang penganut Hindu daripada menjalani upacara mandi sempena perayaan Chhath Puja, Isnin.
Rakaman pada 16 November itu menunjukkan beberapa penganut tetap turun ke sungai berkenaan meskipun permukaan air dilitupi buih yang dikaitkan dengan sisa kumbahan, bahan pencuci dan pelepasan industri. Pendedahan kepada air tercemar itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kerengsaan kulit dan mata.
Masalah pencemaran Sungai Yamuna bukan perkara baharu apabila kejadian sama pernah dilaporkan sebelum ini, khususnya ketika musim perayaan. Walaupun pelbagai usaha pembersihan dilaksanakan, kemunculan semula buih tebal itu terus mencetuskan persoalan mengenai keberkesanan langkah pemulihan sungai berkenaan.
Sumber: The Indian Express
Video: World Quick
29
Sudah lama menetap di Malaysia, tetapi masih tidak layak membeli minyak masak paket bersubsidi RM2.50. Itu keluhan seorang lelaki dikenali sebagai AB yang mempersoalkan syarat penggunaan MyKad dan aplikasi eCOSS.
“Padahal, kami sudah tinggal lama banget di Malaysia, cuma memang tidak punya identitas Malaysia saja,” katanya menerusi hantaran Facebook yang mengundang perhatian.
AB turut mendakwa dasar itu menyusahkan golongan sepertinya kerana terpaksa membeli minyak masak botol yang lebih mahal.
“Kebijakan ini benar-benar menyusahkan! Hidup di Malaysia benar-benar terasa menyiksa sekarang,” katanya sambil meminta menteri mengubah sistem supaya lebih adil kepada semua.
Bagaimanapun, ruangan komen bertukar panas apabila netizen mengingatkan bahawa subsidi minyak masak memang dikhaskan untuk rakyat Malaysia, bukannya berdasarkan berapa lama seseorang menetap di negara ini.
Untuk rekod, kerajaan melarang penjualan dan pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh bukan warganegara sejak 1 Mac 2026 bagi mengelakkan ketirisan subsidi. Pelaksanaan eCOSS pula bertujuan memantau pembelian supaya bantuan sampai kepada golongan yang layak.
Maka, lama menetap di Malaysia tidak secara automatik melayakkan seseorang menikmati subsidi yang diperuntukkan kepada warganegara.
24
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan hubungan Malaysia–Perancis kini dinaik taraf kepada perkongsian strategik, sekali gus membuka peluang kerjasama lebih besar dalam industri berteknologi tinggi, pertahanan dan tenaga.
Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di X selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara perkembangan paling menarik ialah projek Carester–Malaco yang dijadualkan bermula pada 2027, membolehkan nadir bumi diproses di Malaysia dengan kapasiti penapisan di Perancis.
Kedua-dua negara turut memperkukuh kerjasama pertahanan melibatkan helikopter mencari dan menyelamat Airbus, selain merancang pusat bersama bagi menangani ancaman hibrid.
Kerjasama itu juga merangkumi semikonduktor, cip berprestasi tinggi, pusat data, keselamatan kabel dasar laut, gas asli cecair dan tenaga nuklear awam.
Macron turut mengumumkan usaha menghidupkan semula program biasiswa dan penyelidikan bersama, sambil menyifatkan hubungan kedua-dua negara sebagai langkah penting ke arah ekonomi yang lebih kukuh dan kurang bergantung kepada pihak luar.
Sumber: Emmanuel Macron (X)
32
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan, setakat ini tiada bukti kukuh yang mengesahkan syarikat berkaitan Malaysia menjadi punca kebakaran hutan dan lahan (karhutla) di Indonesia, susulan dakwaan membabitkan 21 syarikat.
Menurutnya, hasil pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran di kawasan yang diperiksa bermula dari luar ladang milik syarikat Malaysia sebelum merebak ke kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, Arthur berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang terbukti bertanggungjawab menyebabkan kebakaran dan pencemaran jerebu, serta tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.
27
Seramai 25 warga asing ditahan dalam Ops Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Selasa.
Antara kesalahan dikenal pasti termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial, melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/25-warga-asin…
26
Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Naim Ismail tampil mempersoalkan kenyataan berhubung peletakan jawatan bapanya, Datuk Ismail Lasim.
Menerusi hantaran di Instagram, Naim turut mendakwa wujud usaha menjatuhkan individu dalam parti sendiri, selain mengingatkan supaya kepentingan pihak tertentu tidak menyebabkan orang lain dijadikan kambing hitam.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/jangan-jadika…
Syifa Melvin tampil memohon maaf secara terbuka kepada bekas adik iparnya, Shafiq Shaheen selepas mengakui terlalu mengikut emosi sehingga membuat siaran langsung yang mengaibkan lelaki berkenaan.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/kami-mengaku-…
97
Laporan portal Indonesia, Kumparan Sport yang menggunakan tajuk “Malaysia Akhirnya Melunak” berhubung permintaan menambah acara Sukan SEA 2027 boleh menimbulkan tanggapan seolah-olah Malaysia sudah mengubah pendirian.
Bagaimanapun, kesediaan Malaysia untuk mempertimbangkan permintaan Indonesia tidak bermaksud cadangan itu sudah dipersetujui.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menjelaskan bahawa senarai 43 sukan membabitkan 473 acara sudah dipersetujui oleh 11 negara anggota Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), termasuk Indonesia. Malaysia terbuka untuk membincangkan permintaan tambahan, namun sebarang perubahan perlu melalui proses yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol turut menegaskan bahawa keputusan menambah acara bukan terletak pada Malaysia semata-mata, sebaliknya perlu dibincangkan di peringkat SEAGF. Justeru, gambaran bahawa Malaysia sudah berlembut terhadap tuntutan Indonesia masih terlalu awal kerana belum ada keputusan rasmi yang mengesahkannya.
17
Nak jadikan hospital kerajaan tempat rawatan khusus untuk rakyat Malaysia sahaja? Buat masa ini, jawapan Kementerian Kesihatan (KKM) ialah belum ada perancangan ke arah itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui kapasiti hospital dan kewangan kerajaan memang terhad, tetapi akses warga asing tidak akan ditutup sepenuhnya.
Bagaimanapun, bukan bermakna warga asing boleh datang mendapatkan rawatan dengan subsidi seperti rakyat Malaysia. Mereka dikenakan caj berbeza, sementara KKM memperketat kutipan bayaran sebelum pesakit keluar dari wad.
Bagi pelarian dan pemohon suaka pula, kerajaan sedang meneliti cadangan mewajibkan insurans kesihatan supaya kos rawatan tidak terus bergantung kepada dana awam.
Sumber: Jawapan bertulis Menteri Kesihatan di Parlimen
24
Hospital kerajaan untuk rakyat Malaysia, warga asing pula dapatkan rawatan di hospital swasta. Itu tuntutan yang disuarakan seorang pengguna media sosial yang mahu kemudahan kesihatan awam dikhaskan kepada warganegara, susulan kebimbangan terhadap tunggakan bil rawatan warga asing.
“Boleh tak kerajaan ubah polisi Hospital Kerajaan untuk warganegara Malaysia sahaja? Warga Asing sila ke Hospital Swasta. Cukai rakyat malaysia pulak kena menanggung hutang rawatan Warga asing,” tulisnya.
Cadangan itu turut mendapat sokongan pengguna lain yang mahu insurans perubatan diwajibkan kepada warga asing bagi memastikan kos rawatan ditanggung sendiri.
Isu kesesakan hospital kerajaan dan tempoh menunggu yang panjang turut menjadi kebimbangan rakyat. Bagi pesakit yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan kesihatan awam, mendapatkan pemeriksaan atau rawatan tepat pada masanya jauh lebih penting daripada sekadar angka statistik penggunaan hospital.
Sumber: Threads Wansuri 83
Beliau memberi amaran bahawa penduduk Hong Kong mungkin lenyap sekiranya kadar kelahiran yang rendah terus berlarutan.
Menurutnya, Hong Kong sudah sekian lama mencatatkan antara kadar kelahiran terendah di dunia, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan populasi wilayah itu.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/elon-musk-pen…
16
Hannah Yeoh mempertahankan keputusan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) susulan persetujuan menukar status tanah kepada tanah institusi.
Beliau menjelaskan, perubahan status itu menyebabkan tanah berkenaan kehilangan potensi pembangunan komersial, selain menegaskan kepentingan memelihara bangunan warisan berusia 103 tahun tersebut.
Hannah turut membidas kritikan pemimpin UMNO dan PAS yang didakwanya cuba memainkan sentimen kaum dan agama berhubung keputusan berkenaan.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/hannah-yeoh-p…
27
BN sudah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, tetapi Istana Negeri Sembilan menjelaskan surat berkenaan masih belum disahkan ketulenannya. Malah, peletakan jawatan itu hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja pada Selasa, surat tersebut hanya dihantar ke Istana Hinggap, Seremban pada pukul 12.16 pagi tadi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq. Ini bermakna surat berkenaan diterima selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan peletakan jawatan Ismail pada malam sebelumnya.
Lebih menarik, istana memaklumkan Ismail sebenarnya sudah mendapat perkenan untuk menghadap Tuanku Muhriz pada Jumaat, 20 November ini, jam 10 pagi. Perkara itu dimaklumkan kepadanya melalui WhatsApp pada pukul 8.38 malam, kira-kira 80 minit sebelum pengumuman BN dibuat. Setakat ini, istana belum mengesahkan ketulenan surat yang didakwa ditandatangani Ismail.
Sumber: Kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Negeri Sembilan
39
Beliau menegaskan Presiden UMNO tidak pernah memintanya meletakkan jawatan susulan desakan beberapa Ahli Parlimen berhubung kontroversi pantun di Dewan Rakyat.
Ahmad turut menyindir pihak yang mendesaknya berundur dengan menyifatkan mereka melenting hanya kerana serangkap pantun, selain menegaskan beliau kekal tenang menghadapi kritikan tersebut.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/presiden-umno…
17
Daripada jadi Batman yang sibuk menjaga Gotham City, Robert Pattinson kini bertukar kerjaya menjadi ejen perisik British pula. Pelakon berusia 40 tahun itu secara rasmi diumumkan sebagai James Bond baharu oleh Amazon MGM Studios pada Isnin, menggantikan Daniel Craig yang menamatkan tugas sebagai 007 menerusi No Time to Die pada 2021.
Pattinson mengakui peluang membawa watak legenda itu merupakan satu penghormatan besar sepanjang kerjayanya. Bintang Twilight dan The Batman itu bakal bekerjasama dengan pengarah Dune, Denis Villeneuve, manakala skrip filem James Bond ke-26 akan ditulis oleh Steven Knight, pencipta Peaky Blinders.
Dengan pemilihan ini, Pattinson menjadi pelakon ketujuh yang membawa watak James Bond dalam siri filem rasmi. Daripada vampire kepada superhero, sekarang ejen rahsia pula. Persoalannya, mampukah dia mengisi kasut Daniel Craig dan membuatkan peminat menerima wajah baharu 007?
Sumber: Amazon MGM Studios, Reuters
43
Baru 106 hari duduk di kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim akhirnya mengundurkan diri. Belum sempat genap empat bulan, pentadbiran yang bermula pada 2 Ogos lalu sudah sampai ke penghujungnya.
Peletakan jawatan itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Isnin (16 November). Surat berkenaan diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ketika negeri itu berdepan kemelut politik dan pentadbiran.
Kini giliran BN mencari pengganti. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan calon Menteri Besar baharu untuk mendapat perkenan Tuanku Muhriz. BN berharap pertukaran kepimpinan ini dapat memulihkan kestabilan politik dan melancarkan semula pentadbiran negeri.
Sumber: Bernama
40
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu nampaknya bukan lagi sekadar mahu mempertahankan negaranya. Kali ini, beliau mendakwa Israel turut berperang demi menyelamatkan tamadun Barat daripada pihak yang dilabelnya sebagai golongan tidak bertamadun.
Menurut Netanyahu, peperangan yang dihadapi Israel bukan hanya soal keselamatan negaranya, malah turut melibatkan masa depan dunia Barat. Beliau juga memberi amaran bahawa Eropah tidak terkecuali daripada ancaman yang sedang dihadapi Israel.
Netanyahu turut mengulangi dakwaan mengenai kekejaman terhadap orang awam ketika serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. Dalam masa sama, beliau mengkritik pemimpin Eropah yang didakwanya lebih sibuk mengecam Israel berbanding menangani ancaman keganasan.
26
Rakaman kelibat makhluk bersayap besar yang menyerupai pterodactyl mencetuskan tanda tanya selepas tular di media sosial, dengan dakwaan ia muncul di ruang udara Ciudad Juárez, Mexico.
Menurut laporan media tempatan, video berkenaan turut menarik perhatian pengkaji fenomena UFO, Jaime Maussan. Bagaimanapun, Pengarah Perlindungan Awam Ciudad Juárez, Sergio Rodríguez menolak dakwaan kemunculan haiwan prasejarah itu kerana tiada bukti kukuh yang menyokongnya.
Kelibat misteri itu turut dikaitkan dengan sejenis burung bangau besar, manakala sebahagian gambar dan video yang tersebar dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI. Setakat ini, tiada bukti sahih menunjukkan haiwan prasejarah tersebut masih hidup.
Sumber: Infobae, El Debate
1
2
850


























