SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14) header
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14) profile picture
Selangor
Joined August 2019
Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)Photo by SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@SHAMMIM14)
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” 20 Oktober 2026 ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—  ๐—ญ๐—˜๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ซ BERSAMA ingin menarik perhatian umum kepada krisis kewangan yang sedang melanda Zetrix AI Berhad (dahulunya MyEG Services Berhad) sedangkan ia sebuah syarikat berkepentingan awam yang mempunyai kesan besar kepada keselamatan negara. Setakat ini, perbincangan mengenai Zetrix AI Berhad hanya berlegar dikalangan pelabur di Bursa Kuala Lumpur akibat kejatuhan harga sahamnya secara mendadak. Tidak ada lagi ahli parlimen atau parti politik yang memberi tumpuan mengenai implikasi kejatuhan saham Zetrix kepada kepentingan awam. Mengikut pelaporan kewangan Zetrix sendiri, harga penutup sahamnya pada 1 April 2026 adalah 75.5 sen sesaham. Pada 19 Oktober 2026, harga sahamnya telah jatuh kepada 5 sen sesaham, iaitu penyusutan mendadak sebanyak 93.4% dalam tempoh enam bulan (terutamanya kejatuhan yang bermula pada 28 Ogos 2026). Berdasarkan maklumat awam yang diperolehi dari laporan-laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, berikut ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh dana-dana awam: ๐—ž๐—ช๐—ฆ๐—ฃ Jumlah saham Zetrix: 67,674,000 Maklumat setakat: 1 April 2026 ๐—ž๐—ช๐—”๐—ฃ Jumlah saham Zetrix: 390,090,000 Maklumat setakat: 2 Oktober 2025 ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ (๐—จ๐—๐—ฆ๐—•) Jumlah saham Zetrix: 211,507,500 Maklumat setakat: 1 April 2026 Maklumat terkini pegangan dana-dana awam di dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia tidak dilaporkan sehinggalah Laporan Tahun Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan. Walau bagaimana pun, berdasarkan maklumat pegangan setakat Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dipegang oleh ketiga-tiga dana awam ini adalah begitu besar. Sekiranya ketiga-tiga dana awam ini masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku pada 28 Ogos 2026, besar kemungkinan mereka terlepas peluang untuk menghadkan kerugian dan terpaksa terus memegang hingga sekarang. Jika ini berlaku, dana-dana awam KWSP, KWAP dan UJSB berdepan dengan potensi kerugian sebanyak RM472 juta (pada kerugian 70.5 sen setiap saham). Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix ini melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata. Sejak sebulan yang lalu, selain dari kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada JPJ sebanyak RM314 juta, Zetrix terus berdepan dengan masalah aliran tunai. Terbaru ialah pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix, yang sehingga kini masih belum diselesaikan. Umum mengetahui bahawa HeiTech Padu Berhad telah dianugerahkan kontrak bernilai RM1.05 bilion untuk membangunkan sebuah sistem imigresen bersepadu negara (NIISe). Semasa HeiTech Padu memenangi kontrak ini dalam tahun 2024, dua pemegang saham terbesarnya ialah Rosetta Partners Sdn Bhd (yang dikuasai bersama oleh DYMM Sultan Kelantan dan Farhash Wafa Salvador) dan Zetrix AI Berhad (sebelum itu dikenali sebagai MyEG Services Berhad). HeiTech Padu juga mengumumkan bahawa Zetrix adalah rakan teknologi yang akan bersama-sama membangunkan teknologi yang digunakan NIISe. Walau bagaimana pun, ekoran krisis kewangan yang melanda Zetrix, pada 2 September 2026 Zetrix telah menjual keseluruhan 16.9% pegangan di dalam HeiTech Padu, yang menimbulkan persoalan mengenai peranan Zetrix sebagai penyedia teknologi kepada projek NIISe ini. Berdasarkan perkembangan-perkembangan ini, saya berpandangan pentadbiran Madani, terutamanya Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan, tidak lagi berdiam diri dan berharap isu ini tidak disedari rakyat. Sebagai jaguh tata kelola negara, rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara-perkara berikut: 1. Berapa jumlah saham yang dipegang oleh GLIC (KWSP, KWAP dan UJSB) dan GLC (Maybank, CIMB dan lain-lain) pada 1 April 2026, untuk menunjukkan keterdedahan dana awam kepada krisis kewangan yang dihadapi Zetrix? 2. Berapa jumlah saham yang masih dipegang pada 20 Oktober 2026 dan berapa jumlah kerugian dana awam melalui GLIC dan GLC akibat krisis Zetrix ini? Berapa kerugian atas kertas (bagi saham-saham yang masih dipegang) dan berapa kerugian yang telah ditanggung (bagi saham-saham yang telah dijual antara 1 April 2026 hingga 20 Oktober 2026, berbanding harga pembelian asal)? 3. Syarikat mana yang menjadi pembekal teknologi kepada projek NIISe apabila Zetrix telah melupuskan pegangan di dalam HeiTech Padu dan apa kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu? Kejatuhan Zetrix membuka pekung kroni kapitalisme yang masih segar di bawah pentadbiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Saya akan memberi tumpuan kepada perkara ini sehinggalah rakyat mendapat jawapan yang memuaskan dan mereka yang terlibat disiasat; seperti mana saya memberi tumpuan kepada skandal-skandal kewangan dana awam yang terdahulu di bawah pentadbiran UMNO (1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA, NFC). Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ Kenyataan media penuh boleh diakses di laman web BERSAMA: bersama.org/ms/kenyataan-medโ€ฆ
20
157
13
333
21,643
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—”๐—ฆ๐—˜ 20 October 2026 ๐—ฃ๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—– ๐—™๐—จ๐—ก๐—— ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—— ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—–๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—ฆ ๐—ข๐—™ ๐—ญ๐—˜๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ซโ€™๐—ฆ ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—–๐—˜ ๐—–๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—˜ BERSAMA wishes to draw public attention to the financial crisis engulfing Zetrix AI Berhad (formerly MyEG Services Berhad), a company of significant public interest whose activities have major implications for national security. So far, discussion of Zetrix AI Berhad has largely been confined to investors on Bursa Malaysia following the sharp collapse in its share price. No Member of Parliament or political party has yet focused on the implications of Zetrixโ€™s share price collapse for the public interest. According to Zetrixโ€™s own financial reporting, its closing share price on 1 April 2026 was 75.5 sen. By 19 October 2026, its share price had fallen to 5 sen โ€” a dramatic decline of 93.4% over six months, with the sharp sell-off beginning on 28 August 2026. Based on publicly accessible financial reports, the following public funds held shares in Zetrix: ๐—ž๐—ช๐—ฆ๐—ฃ Number of Zetrix shares: 67,674,000 Information as at: 1 April 2026 ๐—ž๐—ช๐—”๐—ฃ Number of Zetrix shares: 390,090,000 Information as at: 2 October 2025 ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ (๐—จ๐—๐—ฆ๐—•) Number of Zetrix shares: 211,507,500 Information as at: 1 April 2026 The latest holdings of these public funds in Zetrix are unknown, as they will not be reported until Zetrixโ€™s annual report for the 2026 financial year is finalised. Nevertheless, the holdings disclosed as at October 2025 and April 2026 show that these three public funds held a substantial number of shares. If these three public funds were still holding Zetrix shares when the sharp sell-off began on 28 August 2026, they may well have missed the opportunity to limit their losses and been left holding the shares until today. If that is the case, EPF, KWAP and UJSB face potential losses of RM472 million, based on a decline of 70.5 sen per share. The financial crisis involving Zetrix extends beyond losses to public funds alone. Over the past month, besides failing to remit RM314 million in government revenue collected on behalf of the Road Transport Department (JPJ), Zetrix has continued to face cash flow difficulties. The latest development is a breach of the terms of its RM2 billion sukuk issuance, which remains unresolved. It is publicly known that HeiTech Padu Berhad was awarded a contract worth RM1.05 billion to develop the National Integrated Immigration System (NIISe). When HeiTech Padu won this contract in 2024, its two largest shareholders were Rosetta Partners Sdn Bhd, jointly controlled by His Royal Highness the Sultan of Kelantan and Farhash Wafa Salvador, and Zetrix AI Berhad, previously known as MyEG Services Berhad. HeiTech Padu also announced that Zetrix was its technology partner and would jointly develop the technology used in NIISe. However, following the financial crisis engulfing Zetrix, the company sold its entire 16.9% stake in HeiTech Padu on 2 September 2026, raising questions about its role as a technology provider for the NIISe project. In light of these developments, I believe the Madani administration, particularly Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim as Minister of Finance, must stop remaining silent and hoping that this issue escapes public attention. As a champion of good governance, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim carries the publicโ€™s high expectations that he will explain the following: 1. How many Zetrix shares were held by government-linked investment companies (GLICs), including EPF, KWAP and UJSB, and government-linked companies (GLCs), including Maybank, CIMB and others, on 1 April 2026? This disclosure is necessary to establish the extent of public fund exposure to Zetrixโ€™s financial crisis. 2. How many shares remained held on 20 October 2026, and what losses have public funds incurred through these GLICs and GLCs as a result of the Zetrix crisis? How much consists of paper losses on shares still held, and how much consists of realised losses on shares sold between 1 April 2026 and 20 October 2026, measured against their original purchase costs? 3. Which company is providing the technology for NIISe following Zetrixโ€™s disposal of its stake in HeiTech Padu, and what are the implications for the implementation of this national security project? Zetrixโ€™s collapse lays bare the crony capitalism that continues to thrive under Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahimโ€™s administration. I will continue to pursue this matter until the public receives satisfactory answers and those involved are investigated, just as I pursued previous financial scandals involving public funds under the UMNO administration: 1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA and NFC. For BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ The full media statement is available on the BERSAMA website: bersama.org/ms/kenyataan-medโ€ฆ
19
171
5
392
49,815
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” 20 Oktober 2026 ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”๐—ก, ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š-๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š Saya telah mendengar sepenuhnya jawapan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mengenai mafia korporat, termasuk tuduhan bahawa R Ramanan (Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PKR) telah menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk menyelesaikan masalah mafia korporat. Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengenai tuduhan ke atas R. Ramanan itu, Perdana Menteri menyebut di Parlimen bahawa menteri terbabit telah mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin mengesahkan bahawa sehingga sekarang, saya belum menerima apa-apa writ saman dari R. Ramanan. Jika Datoโ€™ Seri Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R. Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti yang saya ada di mahkamah. Tetapi jika Datoโ€™ Seri Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya โ€œsatu kenyataan politik yang tidak disertakan buktiโ€, beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil. Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil; dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat. Jawapan-jawapan beliau mengenai mafia korporat dan siasatan yang telah diambil juga berpusing-pusing. Di awal jawapan beliau, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menerangkan mengenai jenayah-jenayah korporat yang telah berlaku di masa lalu untuk memberi gambaran ia bukan perkara baru. Jawapan beliau itu cuba mengelak dan menyembunyikan kontroversi sebenar mengenai mafia korporat. Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu SPRM dan PDRM yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka. Ini satu bentuk salah guna kuasa yang kita belum dengar sebelum ini, apatah lagi ada watak-watak yang dituduh menggunakan kaedah ini untuk mencuci wang haram dari kegiatan jenayah (yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap). Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan. Laporan-laporan mengenai mafia korporat disusuli dengan beberapa pendedahan lain, seperti: 1) Laporan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang jumlahnya telah melanggar peraturan penjawat awam. Sebahagian saham itu adalah di dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat. 2) Pemilikan saham oleh Farhash Wafa Salvador di dalam beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin dan mafia korporat. 3) Perebutan saham di dalam NexG Berhad yang menyebabkan Victor Chin melarikan diri ke luar negara dan membuat pendedahan susulan mengenai mafia korporat. 4) Tuduhan bahawa Victor Chin memberi suapan RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat. R Ramanan telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen itu dan beliau tidak memfailkan saman sehingga hari ini. 5) Watak bernama Mr R yang menjadi pengantara dalam perebutan saham syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat telah dikenal pasti sebagai Ruben, iaitu peguam kepada Farhash Wafa Salvador. Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Datoโ€™ Seri Anwar di Parlimen hari ini. Sebaliknya, beliau memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah-jenayah kolar putih. Saya akan terus menjawab beberapa lagi perkara yang disentuh dan tidak disentuh oleh Datoโ€™ Seri Anwar mengenai mafia korporat, melalui kenyataan media, ceramah dan podcast secara berterusan. Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ
35
223
7
502
30,223
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Farhash beli saham HeiTech Padu melalui Rosetta Partners. Lima hari sebelum itu, MyEG Capital juga membeli saham syarikat yang sama. Kemudian, HeiTech Padu mendapat kontrak RM1 bilion. Bila diteliti pegangan saham dan kedudukan mereka, kaitan Farhash dan TS Wong bukan setakat di HeiTech Padu. Nama yang sama turut muncul di Excel Force MSC dan Cuscapi. Sebab itu kita perlu melihat keseluruhan kaitan ini. Siapa pemegang sahamnya, bila saham dibeli dan bagaimana syarikat yang berkaitan mendapat peranan dalam projek kerajaan. Takkan setiap kali perkara ini dibangkitkan, jawapannya semua kebetulan? Farhash beli saham, kebetulan. MyEG Capital beli saham syarikat yang sama selang lima hari, kebetulan. Syarikat itu kemudian mendapat kontrak RM1 bilion, pun kebetulan? Kalau perkara yang sama berlaku di bawah UMNO, tentu sudah kecoh soal kroni. Takkan apabila berlaku di bawah pentadbiran sekarang, kita tak boleh bertanya? Ukuran ketelusan mesti sama, siapa pun yang memerintah. Persoalan tentang kontrak kerajaan dan kaitan pemegang saham perlu dijawab dengan jelas. Rakyat berhak tahu. Jelaskan kaitan ini supaya rakyat boleh menilai sendiri. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 68 di saluran YouTube saya.
29
273
13
748
49,782
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
"Go away, I don't want to see you!" DYMM YDPB Tuanku Muhriz sangat murka terhadap Ismail Lasim. #DaulatTuanku #TuankuMuhriz
542
2,641
334
8,727
686,214
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Ada bertanya tentang penjelasan terbaru kononnya audit JAN (Jabatan Audit Negara) yg guna Realisable Asset Value (RAV) dan PwC (marked to market). Kata mereka dua2 betul, jadi audit PwC itu saja2 dibuat untuk burukkan TH. Sebenarnya TH tak rugi pun. Berikut beberapa ilmu perakaunan & pelaporan kewangan yg saya belajar sebagai seorang akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW). 1. Standard akan dikemaskini dari semasa ke semasa (FRS etc) tetapi mengikut beberapa hukum kewangan yang tak berubah 2. Hukum kewangan ni macam rukun akaun la, membantu kita menentukan sesuatu yang rumit 3. Satu rukun - substance over form. Maknanya sesuatu transaksi itu mesti dilaporkan mengikut hakikat sebenar, bukan yang diklasifikasikan. Kalau transaksi itu bermakna ia adalah hutang, walaupun dipanggil walaupun dipanggil preference shares, mesti dilaporkan sebagai hutang. 4. Jadi kena tengok sifat transaksi itu - ada bayar recurring coupons yg tidak bergantung kepada prestasi kewangan ke tidak? Ada fixed terms kena redeem ke tidak? 5. Satu lagi rukun yg sangat penting - prudence. Maknanya setiap pelaporan kewangan itu mesti menunjukkan nilai yang paling realistik dengan apa yang akan dibayar bila aset dicairkan. Selalunya nilai itu lebih rendah daripada apa yang kita nak atau kita rasa. 6. Rukun prudence ini penting supaya entiti perniagaan tidak leka dengan nilai yang mereka sendiri letakkan tinggi, sebenarnya ia tidak begitu bernilai di pasaran. Dalam kes TH, bila ada yang cuba berhujah mengenai RAV lawan marked to market, sangat jelas bahawa RAV ini bertentangan dengan rukun prudence dan rukun substance over form. Substance over form - kita boleh bergaduh konon untung atas kertas >RM3b dan bukan rugi RM1b sebab kita pakai RAV. Tetapi bila nak bayar hibah, bila kena guna duit pendeposit (terutamanya pendeposit baru), itu dah jadi rolling duit pendeposit. Maknanya substance dah bertukar - hibah itu bukan dari keuntungan, ia dari pendeposit sebab rolling. Prudence - sangatlah jelas kaedah RAV ini inflate aset2 TH yang nilainya jauh lebih rendah dari apa yg boleh diperolehi dari pasaran. Bukti dah ada - dah 8 tahun aset TH dipindahkan kpd UJSB untuk dipulihkan, tak dapat pulih sampai hutang UJSB kpd TH kena rolling 10 tahun lagi. Kita mungkin ada pandangan politik masing-masing, tetapi bagi mereka yang dilatih sebagai professional kewangan dan yg bersumpah akan menjadi seorang akauntan bertauliah yg jujur, benda TH ni sudah cukup jelas. Lebih baik tumpu macam mana nak selesaikan masalah hutang rakyat akibat kena bail out TH.
22
251
8
650
37,960
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Perwakilan DAP sudah buat keputusan. 88% undi kekal. Episod ini saya rakam dua hari sebelum undian itu, dan saya memang jangka keputusannya begitu. Sebab bila saya tengok kedudukan DAP hari ini, mereka tersepit dua-dua jalan. Kalau keluar, mereka kena buat keputusan yang saya dan Nik sudah buat, terima hakikat yang mungkin sampai mati kami tidak akan kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan. Saya tidak pasti mereka bersedia untuk benda itu. Jadi mereka kekal. Bila kekal, strateginya jelas: guna kuasa dan pengaruh dalam kerajaan untuk lindungi undi Cina dan kerusi Cina, selepas apa yang berlaku di Johor dan di Negeri Sembilan. Di situ masalahnya. Kalau strategi itu berjaya, DAP mungkin menang 30 hingga 40 kerusi dalam PRU16. Tapi PKR dengan AMANAH nampak gayanya payah. Katakanlah DAP menang 35, PKR menang 5, AMANAH menang 1, pada ketika itu, Pakatan Harapan sudah tidak wujud. DAP akan jadi seperti Gerakan. Gerakan pun mula sebagai parti berbilang kaum. Tokoh-tokoh ilmiah Melayu, progresif Melayu, semuanya masuk. Lama-kelamaan ia jadi parti Cina, dan orang Melayu tidak pergi dekat. Hari ini Gerakan cium tangan PAS. Trend itu bukan teori. Di Johor, kos kekalahan jatuh kepada PKR dan AMANAH. Di Negeri Sembilan pun begitu. Jadi akhirnya bukan DAP yang terpaksa buat pilihan. Pengundi bukan Melayu yang terpaksa buat pilihan. Bagi saya DAP dan PH sudah sampai kemuncak perjalanan politik mereka. Yang belum pasti ialah sama ada mereka sedar atau tidak. Tonton kupasan penuh keputusan Kongres Khas DAP ini di Podcast YBM Episod 59: youtube.com/live/EUvzOPbs7CEโ€ฆ
38
186
4
786
79,524
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Kita sambung lagi bincang tentang pelaburan KWAP dalam eFishery. Saya berpengalaman sebagai auditor. Itu kerja saya sejak muda. Setiap skandal kerajaan yang saya bongkar sebelum ini semuanya bermula daripada tiga penyata yang sama. 1 - Income statement. Penyata untung rugi. Berapa pendapatan? Berapa perbelanjaan? Berapa untung? 2 - Balance sheet atau kunci kira-kira. Berapa aset, berapa hutang, berapa duit di bank, berapa masuk untuk saham? Kedua-dua ni bersaling kait. Untung rugi daripada income statement akan masuk ke bahagian equity dalam balance sheet. Semuanya sepatutnya balance out. Itulah keindahan perakaunan yang bertahan selama ini iaitu debit dan kredit. Kalau ada satu kaki di debit, mesti ada satu kaki di kredit. Tetapi orang selalu lupa penyata yang ketiga: 3 - Cash flow statement Kalau syarikat itu untung, dan untung dia nampak cantik, kemudian ia diletakkan dalam balance sheet. Kita perlu pergi check satu perkara sahaja. Duit itu betul-betul masuk ke dalam tidak? Sepadan atau tidak dengan untung yang dilaporkan? Income statement boleh cakap apa dia nak cakap. Balance sheet boleh cakap apa dia nak cakap. Tapi cash flow? Bila invois itu direka, duit itu memang tak pernah ada. Ini bukan forensik yang rumit. Ini penyata ketiga. Penyata yang mana-mana auditor sepatutnya membuka terlebih dahulu. Jadi saya cuma nak tahu satu perkara. Macam mana due diligence dibuat? Macam mana auditor mengesahkan angka-angka ini? Dan apa sebenarnya yang mereka jumpa sebelum pelaburan ini diluluskan? Tonton kupasan lanjut isu pelaburan KWAP dalam eFishery di Podcast YBM #56 di saluran YouTube saya: youtu.be/nXMJ_FxwfjM?si=lrYEโ€ฆ
19
152
3
454
30,787
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Take responsibility! Youโ€™re the MB. You were the MB when it started. Masa elections mengaku semua yg elok you punya.
KENYATAAN MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI ISU NETWORK SCHOOL DI FOREST CITY 1. Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN). 2. Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan keputusan yang segera, jelas dan muktamad berhubung status individu terlibat serta operasi Network School. 3. Dalam bidang kuasa negeri, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. MBIP telah melaksanakan semakan terhadap pematuhan lesen perniagaan, penggunaan premis perniagaan serta pematuhan terhadap syarat-syarat papan iklan. 4. Hasil pemeriksaan mendapati syarikat beroperasi di dua premis, di mana satu premis mempunyai lesen pejabat urusan yang sah, manakala satu lagi premis didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan MBIP walaupun dimiliki oleh seorang warganegara tempatan. 5. Selain daripada itu, pihak syarikat juga didapati telah melanggar jenis perniagaan yang dibenarkan iaitu pejabat urusan dan menggunakannya sebagai ruang kelas serta promosi perniagaan yang tidak dikemukan permohonan secara terperinci 6. Sehubungan itu, MBIP telah mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut: a) Notis Henti Niaga IP012N260714001 dikeluarkan ke atas premis yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah. b) Notis Lesen Iklan (6103) dikeluarkan di bawah Seksyen 107(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana mempamerkan papan iklan yang tidak mematuhi syarat dan tidak selaras dengan kelulusan yang telah diberikan. 7. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa MBIP akan meneruskan siasatan terhadap semua aspek di bawah bidang kuasanya. Sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan yang berkuat kuasa, tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang. DATOโ€™ ONN HAFIZ GHAZI Menteri Besar Johor
11
1,288
9
2,220
86,215
Mantap betul zaman Malaysia Madani ni. Konvoi jentera parti politik pun kena escort polis. Kita rakyat marhaen ni terpaksa mengalah ke tepi jalan untuk bagi laluan kepada mereka. Parti korang hader?
33
359
24
502
54,782
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ Ucapan di demo perlu pendek. Saya diminta memberi ucapan yang terakhir di demo Tangkap Azam Baki hari ini. Tidak banyak yang boleh disebut dalam 10 minit. Hanya perkara pokok kenapa kita perlu terus bersuara. Yang paling penting, kenapa perjalanan kita membuang barah rasuah dalam masyarakat masih panjang. Sebab sistem negara dan masyarakat kita masih berteraskan wang dan kedudukan. Ia saling berkait. Orang mengejar kedudukan untuk mendapatkan wang, dengan wang boleh mendapatkan kedudukan. Dengan wang dan kedudukan, semuanya boleh dibeli. Jika rasuah berleluasa, peraturan kepada rakyat biasa tidak sama dengan peraturan kepada orang yang ada wang dan kedudukan. Sebab itu kita kena lawan rasuah, supaya masyarakat kita tidak tewas kepada godaan wang bila mereka diberi kedudukan yang ada amanah. Selagi kita tidak dapat lakukan ini, demo hari ini hanyalah satu episod dari episod yang panjang.
30
319
14
925
74,972
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Pandangan tidak popular: Krisis tenaga dunia ni bukan main-main, kalau perang berterusan, dalam sebulan dua kesannya mula dirasai di Malaysia juga. 1) Bekalan petrol dan diesel akan berkurangan mendadak 2) Dana kerajaan akan berkurangan mendadak dan tidak lagi mampu mengekalkan harga seperti sekarang Sesiapa pun jadi kerajaan, keadaan ini tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama: 1) kereta terus memenuhi jalan raya terutamanya musim rumah terbuka 2) teladan yang ditunjukkan pimpinan politik (konvoi beramai-ramai, perhimpunan politik dan perjalanan Perdana Menteri dan pengiring ke mana-mana) memberi gambaran ada disconnect antara mesej krisis tenaga yang rakyat perlu fahami, dengan tingkah laku pimpinan Sebaiknya acara-acara yang tidak diperlukan: Program Madani Rakyat (PMR), program-program politik besar-besaran dll, boleh dihentikan terlebih dahulu. Mungkin tidak boleh menjimatkan jutaan liter petrol dan diesel, tapi paling kurang jimat wang dan beri teladan yang baik kepada rakyat. Pakai video call je la lepas ni jap sampai krisis ni habis.
64
1,407
37
2,969
156,624
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
24 ๐˜๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช 2026 ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—š-๐—ฃ๐—ฃ: ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ž-๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก Kami mengalu-alukan pembentangan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 yang bertujuan memisahkan fungsi pendakwaan jenayah dari jawatan Peguam Negara. Ini selari dengan tuntutan reformasi yang diperjuangkan selama ini untuk memastikan pendakwaan dilakukan secara bebas (tanpa pengaruh dan campur tangan mana-mana pihak berkepentingan), adil dan telus. Ahli-ahli Parlimen kerajaan telah dimaklumkan bahawa pengundian untuk meluluskan akta ini dijangka akan dibuat pada 3 Mac 2026 (Selasa minggu depan) yang memerlukan kelulusan undi dua pertiga Dewan Rakyat. Berdasarkan bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, berikut adalah intipati pindaan Perlembagaan yang dicadangkan kerajaan berkenaan mekanisme untuk mewujudkan satu jawatan baru Pendakwa Raya: i)Perkara 138 Fasal 1A โ€“ Calon Pendakwa Raya akan disyorkan oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; ii)Perkara 145A: a.Pendakwa Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicaranya, atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; b.Syarat pelantikan Pendakwa Raya ialah seorang warganegara dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya sepuluh tahun dalam litigasi; c.Tempoh jawatan Pendakwa Raya ialah tujuh tahun, kecuali dia memilih untuk meletakkan jawatan atau dipecat melalui kaedah tribunal; d.Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan boleh membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Pendakwa Raya, sama ada atas alasan tidak berdaya untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya (atas sebab kelemahan tubuh atau akal), atau salah laku atau berperangai buruk; e.Berdasarkan representasi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal, dan boleh atas syor tribunal itu memecat Pendakwa Raya dari jawatan. iii)Perkara 145B memerihalkan kuasa dan tugas Pendakwa Raya. Kami juga mengambil maklum pendirian bersama pertubuhan-pertubuhan sivil yang terdiri dari BERSIH, C4 Center, IDEAS, Projek SAMA, Rasuah Busters, IKRAM Malaysia dan ABIM yang dikeluarkan semalam (Isnin, 23 Februari 2026). Mereka menggesa supaya Ahli-ahli Parlimen memberi perhatian kepada keperluan menguatkan lagi semangat pemisahan kuasa dan memperkukuhkan semak imbang dalam pindaan Perlembagaan ini, supaya tidak ada mana-mana satu individu memegang kekuasaan penuh dalam proses ini. Oleh itu, pertubuhan-pertubuhan sivil tersebut telah mencadangkan supaya pelantikan Pendakwa Raya melalui proses berlapis yang telus dan bertanggungjawab dengan melibatkan Parlimen (sebagai institusi terbesar yang dipilih oleh rakyat) di dalam proses ini. Kami mempunyai pandangan yang selari dengan pendirian pertubuhan-pertubuhan sivil ini, terutamanya setelah menginsafi beberapa kejadian unik sebelum ini. Contoh yang baik adalah berhubung kritikan yang memuncak terhadap tingkah laku Peguam Negara (yang pada ketika itu memegang kuasa seorang Pendakwa Raya) semasa skandal 1MDB. Walaupun kritikan rakyat terhadap perilaku Peguam Negara ketika itu dalam mengendalikan siasatan skandal 1MDB turut diterjemahkan di Parlimen oleh ahli-ahli Parlimen, rakyat dan Parlimen tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Pendakwa Raya. Malah, berdasarkan cadangan pindaan Perlembagaan dalam bentuk sekarang, secara hipotetikal, sekiranya tingkah laku dan prestasi Pendakwa Raya tidak diperakukan oleh rakyat sehingga rakyat menzahirkan keputusan untuk menukar kerajaan dan ahli-ahli Parlimen, seorang Pendakwa Raya itu masih boleh kekal dengan jawatan dan kuasanya. Ini mewujudkan satu institusi penguatkuasaan undang-undang yang kuasanya dipusatkan kepada beberapa orang sahaja, iaitu: i)Perdana Menteri, yang mempunyai kuasa mencadangkan nama-nama anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; ii)Anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, yang mempunyai kuasa mencadangkan nama calon Pendakwa Raya kepada Yang di- Pertuan Agong dan berkuasa membuat representasi menubuhkan tribunal untuk memecat Pendakwa Raya; ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป iii)Pendakwa Raya, yang jawatan dan kuasanya mempunyai perlindungan Perlembagaan, asalkan dia mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri dan anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Oleh yang demikian, kami menyeru kerajaan mengambil kira cadangan-cadangan dan pendirian kami seperti berikut: (๐Ÿญ)๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป (๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป) (๐—ก๐—ผ. ๐Ÿฎ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป (๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜๐—ถ๐˜๐˜‚๐˜€๐—ถ) ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฌ๐—• ๐—ช๐—ถ๐—น๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ผ๐—ป๐—ด. Langkah merujuk pindaan Perlembagaan ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah selari dengan semangat pemisahan kuasa di antara cabang eksekutif dan perundangan; yang merupakan salah satu tonggak utama reformasi institusi yang dibawa oleh kerajaan Madani sendiri. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hendaklah mendapatkan maklum balas dan pendirian rentas parti dari ahli-ahli Parlimen untuk menambah baik cadangan pindaan Perlembagaan sedia ada. (๐Ÿฎ) ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ. Antara mekanisme yang boleh dipertimbangkan ialah seperti berikut: (a)Calon Pendakwa Raya yang disyorkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah melalui proses prosiding pengesahan (๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ณ๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ณ๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด) di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang disiarkan kepada orang ramai; (b)Calon yang telah melepasi tapisan prosiding pengesahan diundi oleh Dewan Rakyat dan memerlukan undi majoriti untuk disahkan; (c)Calon Pendakwa Raya yang telah diundi dan disahkan Parlimen diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan dan pelantikan. (๐Ÿฏ) ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ. Pindaan Perlembagaan memasukkan satu mekanisme supaya Dewan Rakyat boleh membuat satu usul untuk memulakan proses tribunal ke atas seorang Pendakwa Raya (tertakluk kepada bentuk-bentuk kesalahan seperti yang telah digariskan di dalam draf sedia ada), yang memerlukan undi dua pertiga untuk diluluskan. Sekiranya diluluskan, Parlimen berhak membuat representasi kepada Yang di- Pertuan Agong supaya satu tribunal ditubuhkan, seperti mana kaedah yang digariskan di dalam cadangan Perkara 145A. (๐Ÿฐ) ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป. Tempoh tujuh tahun yang dicadangkan adalah terlalu panjang dan boleh menjadikan seorang Pendakwa Raya terlalu berkuasa merentasi beberapa kerajaan. Tempoh yang terlalu panjang juga akan memisahkan kuasa rakyat yang dizahirkan di peti undi dari mempunyai apa-apa makna kepada perjalanan pentadbiran undang- undang. Kami bertanggungjawab menyampaikan hasrat pengundi-pengundi progresif yang mahukan proses berlapis seperti ini untuk mengelakkan kuasa melantik dan memecat Pendakwa Raya berpusat di kalangan beberapa orang sahaja. Sokongan kami kepada pindaan Perlembagaan ini (yang memerlukan undi dua pertiga) adalah bergantung dan tertakluk kepada keterbukaan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan- cadangan ini. Lebih-lebih lagi, kami berpandangan sesuatu pindaan sepenting ini tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan memerlukan rundingan dan pandangan semua pihak. ๐——๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ: ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ AP Pandan ๐—ช๐—ข๐—ก๐—š ๐—–๐—›๐—˜๐—ก AP Subang ๐—ฅ๐—ข๐——๐—ญ๐—œ๐—”๐—› ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ AP Ampang ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— AP Setiawangsa ๐—Ÿ๐—˜๐—˜ ๐—–๐—›๐—˜๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—จ๐—ก๐—š AP Petaling Jaya ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฉ๐—”๐—ก AP Sg Siput ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—›๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—”๐—ก AP Wangsa Maju ๐—•๐—”๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—œ๐—ž AP Balik Pulau ๐—ข๐—ก๐—ก ๐—”๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ AP Batu Pahat ๐—›๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—œ๐—  AP Pasir Gudang Kenyataan media penuh boleh diakses di pautan ini: drive.google.com/file/d/1R82โ€ฆ
17
176
9
505
27,909
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ & ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ #๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—บ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถ Pagi Jumaat lalu, ada beberapa orang aktivis anak muda tanya saya kalau mereka anjurkan demonstrasi untuk zahirkan kemarahan dan tuntutan berkenaan Tan Sri Azam Baki, apakah saya sudi untuk hadir. Saya kata Insya Allah saya boleh hadir. Saya juga maklumkan secara terbuka dalam sidang media pagi Jumaat lalu bahawa kami, 8 orang ahli parlimen PKR yang mengambil pendirian keras mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki ini, mencadangkan supaya BERSIH2.0 mengetuai gabungan rakyat menganjurkan demonstrasi. Pukul 4 petang hari Jumaat, notis dipaparkan oleh BERSIH2.0 memanjangkan penganjuran demonstrasi oleh gabungan NGO (yang kebanyakannya anak-anak muda) menuntut siasatan bebas ke atas Tan Sri Azam Baki. Alhamdulillah, dengan notis 24 jam sahaja dan ketika orang sudah mula bercuti, kehadiran itu baik. Saya tak tahu berapa orang yang hadir, boleh suruh AI (artificial intelligence) kira dan anggarkan ha3. Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan rakyat kerdil yang hadir. Ia mengingatkan saya kepada siri demonstrasi #KitaLawan yang bermula bulan Februari 2015. Ketika itu, Datoโ€™ Seri Anwar kembali ke penjara setelah dijatuhkan hukuman kali kedua. PAS sudah berjauh hati dan Pakatan Rakyat retak menunggu belah. Tanpa PAS, pada ketika itu, pimpinan BERSIH2.0 pun tidak yakin sebarang demonstrasi akan berjaya menarik kehadiran. Dalam PKR pula, kepimpinan sudah dikuasai oleh kumpulan Datoโ€™ Seri Azmin Ali yang tidak berminat pun untuk berdemonstrasi atau membawa isu 1MDB, rasuah kerajaan dan sebagainya. Ketika itu, saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR. Ketua Angkatan Muda adalah Nik Nazmi. Maka kami buat keputusan, kalau ada 10 orang pun, kita kena mulakan siri demonstrasi yang kami panggil #KitaLawan untuk terus mendedahkan mengenai 1MDB, kepincangan pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib dan membakar semangat melawan rakyat. Memang betul, demonstrasi #KitaLawan yang pertama hanya ada kurang dari 50 orang. Saya tak sempat hadir sebab 2 hari sebelum demonstrasi dah kena tangkap. Kemudian Nik, Lih Kang (sekarang dah menteri), Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng), Chean Chung (Ahli Parlimen PJ), Wei Kiat (ADUN Rawang), Akmal (sekarang dah menteri) dan yang muda-muda teruskan anjurkan yang seterusnya. Merasa jugalah Nik, Lih Kang, Chean Chung dan Kar Hing pakai baju lokap menjadi penganjur demonstrasi. Selepas beberapa siri, demonstrasi #KitaLawan dalam bulan Mac 2015 ada kehadiran yang baik dan menambah keyakinan kami bahawa rakyat akan tetap menyokong kalau isu yang dibawa itu tepat dengan jiwa mereka. Saya tidak tahu berapa banyak lagi demonstrasi #TangkapAzamBaki ini akan diadakan. Saya pun makin berumur dan sudah berpuluh tahun menyertai demonstrasi. Tapi kalau saya jadi Nurul Izzah atau Datoโ€™ Seri Saifuddin Nasution yang boleh bisikkan kepada Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, saya akan sampaikan cerita siri demonstrasi #KitaLawan ini. Sebab dia dalam penjara masa itu, mungkin dia tak tahu. Sebab teladannya ialah jangan sekali-kali memandang rendah semangat sekumpulan kecil rakyat, terutamanya yang anak muda, sekiranya mereka rasa yang mereka perjuangkan itu adalah benar dan tanpa ada kepentingan peribadi kepada mereka. Lama-lama suara mereka itu akan turut disambut oleh rakyat yang lain. Isu integriti Tan Sri Azam Baki ini benar-benar menepati semua ciri-ciri itu. Jumpa lagi di demonstrasi #TangkapAzamBaki, jika dianjurkan lagi. Tolong bagi notis awal sikit ha3.
43
515
14
1,459
47,049
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Saya jumpa kawan-kawan lama PKR minggu lepas. Orang yang masuk politik masa reformasi belum popular, masa kena pukul, masuk lokap, ceramah buat di rumah sendiri. Bila dengar cerita mereka, satu benda jelas: mereka bukan masuk PKR semata-mata sebab Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka masuk sebab percaya perubahan mesti lebih besar daripada seorang individu. Masalahnya sekarang, sentimen yang mereka risaukan itu datang balik, PKR dilihat seolah-olah hanya kenderaan untuk beliau menjadi Perdana Menteri, habiskan penggal kedua, selepas itu selesai. Kalau semuanya dipusatkan pada Dato' Seri Anwar Ibrahim sahaja, tanpa pelapis yang diyakini dan tanpa hala tuju parti yang jelas selepas beliau, PKR akan mati bersama DSAI. Soalan sebenar yang orang akar umbi tanya bukan โ€œboleh menang atau tidakโ€, tapi apa seterusnya untuk PKR selepas Anwar Ibrahim. Itu soalan yang kita tak boleh elak. Tonton komen penuh saya berkenaan isu ini di Podcast YBM Episod 31: youtube.com/live/NiTsEvlvM34โ€ฆ
29
92
3
424
40,767
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Komen aku dalam page rasmi PKR. Beratus-ratus ahli dan mungkin beribu membuat aduan berbayar. Aku ulang ADUAN BERBAYAR: RM100 bagi SETIAP aduan. Hasil kutipan bernilai puluhan ribu dan mungkin mencecah ratusan ribu, malangnya kesemua aduan itu dibakul sampahkan. TIDAK ADA SEBARANG BALASAN/JAWAPAN. Tiba-tiba keluar jawapan dalam media โ€œsila MOVE ONโ€. Korang boleh gunakan media tetapi ahli tak boleh???Undang-undang Hitler mana korang pakai???๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Ini link kalau nak tengok/baca komen-komen dalam tu: facebook.com/share/p/1bEuNacโ€ฆ
18
85
3
232
23,135
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Kisah yang Ramai Tidak Tahu: Bagaimana Seorang Bernama Datoโ€™ Bahri Menyebabkan Kes 1MDB yang Hampir Dimusnahkan Akhirnya Dapat Didakwa Ramai menyangka kes 1MDB terbongkar kerana perubahan politik semata-mata. Hakikatnya, jauh sebelum itu, kes ini hampir lenyap sepenuhnya โ€” bukan kerana tiada bukti, tetapi kerana terlalu ramai yang takut. Dalam saat genting itulah, seorang penjawat awam memilih untuk tidak tunduk. Apabila siasatan SRC International dan 1MDB diambil alih oleh SPRM daripada PDRM, keadaan sudah pun tegang. Polis dilihat tidak bergerak dan terlalu akur kepada kuasa politik ketika Najib Razak masih berkuasa. Dalam suasana itu, Datoโ€™ Bahri tampil sebagai antara orang kanan SPRM yang percaya satu perkara: kebenaran mesti diselamatkan, walau apa pun risikonya. Langkahnya berstrategi dan berperingkat. SRC disiapkan dahulu kerana aliran wangnya lebih jelas dan mudah dibuktikan. Bila SRC hampir lengkap, barulah 1MDB mula digerakkan. Ketika itu, kebenaran sudah terlalu hampir โ€” mungkin terlalu hampir untuk sesetengah pihak. Namun, campur tangan berlaku tepat pada waktunya untuk menghentikan segalanya. Kepimpinan SPRM ditukar. Dengan pertukaran itu, siasatan 1MDB dibekukan, manakala kes SRC diarahkan NFA oleh Peguam Negara ketika itu. Bagi kebanyakan orang, itu noktah terakhir. Bagi Datoโ€™ Bahri, itu tanda bahaya. Beliau sedar satu hakikat pahit: jika semua dokumen dibiarkan di satu tempat, semuanya boleh dimusnahkan. Maka, sebelum bersara awal, beliau mengambil keputusan senyap tetapi berani. Dokumen asal siasatan dipecahkan kepada tiga salinan dan disimpan di lokasi berasingan, di tangan individu yang benar-benar dipercayai. Beliau memastikan agar dokumen itu, walau apa pun berlaku, tidak jatuh ke tangan orang yang salah. Tidak lama kemudian, Datoโ€™ Bahri bersara. Ramai menyangka kisah itu sudah berakhir. Malah, semasa kepimpinan baharu SPRM, fail SRC sekali lagi diarahkan NFA, kononnya tiada kes. Hakikatnya, kes itu tidak mati โ€” ia disembunyikan demi sebuah kebenaran. Ada mungkin bertanya, apa justifikasinya? Tekanan pada ketika itu sangat hebat. Pegawai SPRM di ganggu. Bayangkan Timbalan pendakwa raya ditangkap dan dilokap. IO dan SIO SPRM pula menyusul ditahan dan pejabat SPRM di serbu. Polis yang sepatutnya menumpukan siasatan ke atas 1MDB, sebaliknya digunakan untuk menekan Bahagian Operasi Khas SPRM. Dalam kemuncak tekanan itulah Datoโ€™ Bahri melafazkan kata yang kekal menjadi saksi prinsipnya: โ€œKamu ada kuasa. Aku ada Allah.โ€ Tahun 2018 mengubah segalanya. Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Ketakutan yang selama ini membungkam semua pihak mula surut. Datoโ€™ Bahri dipanggil semula. Dengan dokumen yang telah diselamatkan bertahun-tahun sebelumnya, kes SRC berjaya disiapkan dalam masa sekitar satu setengah hingga dua bulan sahaja. Cepat, kemas, dan cukup kukuh untuk dibawa ke mahkamah. Dari situlah, kes 1MDB dibuka semula. Kali ini tanpa arahan senyap, tanpa perlindungan kuasa. Barulah jelas kepada semua: bukti sentiasa ada โ€” yang tiada hanyalah keberanian. Kes 1MDB akhirnya dapat didakwa bukan kerana sistem tiba-tiba sempurna, tetapi kerana seorang bernama Datoโ€™ Bahri memilih untuk menjaga amanah, ketika yang lain memilih untuk berdiam diri. Dan benarlah, seperti yang disebut dalam al-Quran: mereka merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancang.
13
210
8
421
19,953
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di rafiziramli.com/category/1mdโ€ฆ Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.
104
855
52
1,913
200,701
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Yang menderita adalah doktor kerajaan bergaji murah tapi kerja tungkus lumus tanpa tidur Polis trafik bergaji rendah bekerja semasa hujan lebat Rakyat yang memerlukan lebih bantuan Murid yang belajar di sekolah usang Semua kerana duit rakyat disapu semasa ruang fiskal sempit
9
1,283
14
1,832
104,782
SHA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก Ada satu berita positif mengenai Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah banyak cerita negatif dan keputusan pilihanraya akhir-akhir ini. Minggu ini, Malaysia melangkah setapak lagi untuk menukar wajah industri elektronik kita - dari menjadi tukang pasang saja, kepada pencipta chip elektronik yang dipakai dalam pelbagai aplikasi moden. Ia satu perkara yang sentimental kepada saya. Sebagai Menteri Ekonomi, saya diberi tanggungjawab untuk merancang. Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Kalau perancangan itu baik, setelah sudah dibuat semua, program atau dasar itu akan diambil oleh kementerian atau agensi lain. Ada program yang dibangunkan, bila diserahkan kepada kementerian lain, berjalan dengan baik. Contohnya Dasar Gaji Progresif. Ada dasar yang pada mulanya dipersetujui bersama, bila telah dibangunkan, dibangkang oleh kementerian lain. Ada banyak kes begini. Ada juga yang ditentang habis-habisan oleh beberapa menteri lain, tetapi saya bertegas sehinggalah berjalan, bila dah berjalan, menteri yang mati-matian menentang itu - merekalah yang paling kedepan tersenyum berjabat tangan. Ini pengalaman pahit manis saya cuba merombak dan menaik taraf industri semikonduktor negara. Salah saya hanyalah kerana ada angan-angan. Angan-angan saya ialah untuk melihat kita beralih dari menjadi kilang tukang pasang yang nilainya rendah, kepada negara yang mencipta dan biar orang pasang barang kita. Dari Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kerana bila kita cipta sendiri, untung yang lebih tinggi bukan sahaja memberi nilai ekonomi, ia mewujudkan pekerjaan bergaji dan berkepakaran tinggi kepada anak-anak kita. Idea ini bukanlah angan-angan Mat Jenin sangat sebab negara lain seperti China, Korea Selatan dan Taiwan pun ambil pendekatan yang sama. Orang kita senang terkeliru bila ada kilang besar dibuka di Malaysia. Kita ingat itu secara automatik akan memindahkan teknologi. Sebenarnya tidak. Kalau kilang itu dibangunkan oleh syarikat global hanya untuk memasang, maka kita hanya digaji untuk memasang. Sebab itu negara lain telah lama memberi tumpuan kepada membangunkan harta intelek, atau IP sendiri. Saya berpandukan kepada pengalaman China, Korea Selatan dan Taiwan dalam usaha menukar hala tuju industri semikonduktor. Mereka membeli IP asas untuk membuat chip. Dari IP asas itu, mereka perbaiki dan hasilkan IP mereka sendiri. Berdasarkan IP itu, mereka cipta chip yang dijual diseluruh dunia. Angan-angan inilah yang menghasilkan Silicon Vision yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi, dengan cita-cita menghasilkan chip ciptaan Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di siliconvision.ekonomi.gov.myโ€ฆ Kami berjaya berunding dengan ARM, iaitu syarikat IP chip terkemuka dunia untuk membangunkan satu program chip nasional bagi sebuah negara, iaitu program pertama seumpamanya di dunia yang dipersetujui ARM. ARM adalah syarikat yang mencipta chip yang memonopoli pasaran chip dunia. Lebih 90% dari chip yang digunakan di dalam telefon pintar, gajet dan pelbagai peralatan moden dicipta oleh ARM. Saya yakin majoriti rakyat yang mengikuti bersetuju bahawa ini jalan ke depan untuk memodenkan ekonomi kita. Semua ahli akademik, profesor, pakar-pakar netizen kuat bersyarah bahawa kita mesti meningkatkan penghasilan teknologi. Tapi bila sampai nak buat, masing-masing toleh kiri toleh kanan. Itulah pengalaman pahit manis saya - bila dah siap semua, paling saya terkejut ialah bangkangan mati-matian itu banyaknya berdasarkan kepada hujah โ€œkita belum bersediaโ€. Hujah yang diberikan kepada saya: berapa banyak syarikat yang boleh buat ni? Sebenarnya kita telah kenal pasti dari awal syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencipta chip Made by Malaysia dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Memang bukan semua syarikat tempatan boleh mencipta chip elektronik. Tetapi untuk menghasilkan lima syarikat Malaysia dalam tempoh 10 tahun itu boleh. Dan ada syarikat global yang ingin datang melabur dan menjadi sebahagian dari program pembangunan cip dengan ARM ini. Akhirnya dalam tempoh kurang dari 9 bulan setelah Kementerian Ekonomi melancarkan Silicon Vision, dua syarikat pertama diterima masuk ke dalam program ini. Satu syarikat tempatan iaitu Skyechip, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh jurutera-jurutera yang pernah bekerja dengan gergasi dunia seperti Intel. Mereka adalah antara syarikat tempatan yang meneraju penciptaan chip di Malaysia. Satu lagi ialah syarikat antarabangsa, iaitu XPeng, pembuat kereta elektrik mewah dari China yang menawarkan EV berteknologi tinggi. Perbincangan saya dengan XPeng awal tahun ini meneroka pembangunan bersepadu: mereka membangunkan chip yang direka Malaysia dan akan digunakan di dalam kereta-kereta mereka di seluruh dunia. Ini termasuk membuka pusat pembangunan chip di Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan. Pembangkang, dan kini penyokong kerajaan, selalu menuduh yang kerja saya tidak berbekas. โ€œSekarang baru bising, masa jadi menteri tidak buat apaโ€ Ada segelintir orang kita yang suka nampak benda di depan mata. Berapa banyak projek diumum, berapa banyak wang diagihkan. Yang ini konon banyak buat kerja. Mereka tidak gemar perkara-perkara yang rumit. Kalau terang pun dia suruh lukis. Menteri yang cuba ubah sesuatu ke arah lebih baik secara radikal dengan pasang cita-cita besar, menteri itu sebenarnya bodoh. Sebab usaha itu tidak dapat tepukan dari rakyat di luar, dan mendapat tentangan dari dalam kerana mencabar status quo. Tapi kalau kita pasang niat jadi menteri untuk ubah keadaan, bukan untuk makan duit atau bermewah dengan kedudukan, satu-satunya kepuasan ialah apabila angan-angan Mat Jenin kita jadi kenyataan. Saya harap dalam 4-5 tahun dari sekarang, apabila Malaysia melancarkan cip ciptaan Malaysia yang pertama, saya akan tersenyum puas.
14
137
7
392
12,961